KENANGAN YANG TERSINGKAP :)

Walau bertahun ia berlalu,
Bagai semalam, ia bertamu
Kenangan kita, sering di ingatan...
Membius cinta, Rahmat dariNya...

(ramai-ramai)
Kasih dan sayang, yang kita jalinkan..
Tak berubah, walau berjuta halangan...
Indahnya budi, kerana santunnya,
Begitulah erti persahabatan kita.....

Kenangan yang sering bertandang, (aaaaaaaaa...aaaaaaa)
Kadang Kadang mengundang tangisan,
Tawa menyusur, Terkenangkan saat itu,
(ramai-ramai)Oh bahgianya, OH indahnya..

APabila, aku termenung oohhh,,,
Lagu rindu berputar kembali
menyingkap kenangan, saat indah bersama
suka duka dittempuh bersama...


(ramai-ramai)
Kenangan yang sering bertandang,
Kadang Kadang mengundang tangisan,
Tawa menyusur, Terkenangkan saat itu,
Oh bahgianya, OH indahnya..

haaaaa haaaaa haaaaaa haaaaa haaaa haaaaaa haaaa haaaa

APabila, aku termenung oohhh,,,
Lagu rindu berputar kembali
menyingkap kenangan, saat indah bersama
suka duka dittempuh bersama...

Kasih sayang, yang kita jalinkan..
Tak berubah, walau berjuta halangan...
Indahnya budi, kerana santunnya,
Begitulah erti persahabatan kita.....

(ramai-ramai)
Kenangan yang sering bertandang,
Kadang Kadang mengundang tangisan,
Tawa menyusur, Terkenangkan saat itu,
Oh bahgianya, OH indahnya..3x

Surprise!!! Ini lah lagu terbaru aku atau lirik kerana lagunya masih perlu di susun.. dan InsyAllah akan di nyanyikan pada majlis ALUMNI X-GRIMIS esok... x sabar rase nya... heheheheh

Kaji Kaji Nur Kajih!

Assalamualaikum semua warga kampus UIAM atau mana2 IPTA/IPTS kat atas peta Malaysia ini! Semoga semua berada dlm keadaan sihat sejahtera, termasuk aku dan keluarga aku ah... Bila dengan sihat, amal ibadat pun berlipat la yer...

alhamdulillah, sudah 25 episod drama yang mendapat rating paling tinggi pada setiap hari JUMAAT malam SABTU iaitu tidak lain dan tidak bukan... siap yer? Jawab semua..... NNUUURRR KKAASSIIHH YA NNUUURR KASIIHHHH..... haa siap nyayi lagi tu...

Kat sini aku nak berkongsi lah ngn korang citer NUR KASIH ni sudah nak abes dah. Minggu dpan2 tup2 da episod terakhir. Persoalannya, adakah betul ADAM sudah tiada? Dan adakah benar ALIYA sanggup bermadu dgn NUR? Setiap cerita ada darama dan debarannya, serta epilog setiap babak di kemaskan dgn suntingan buah tangan Kabir, pergghhh memang jilat jari kaki seyhh, memang puah hati.

Ok lah. Kalu korang nak bercerita pasal NUR ker, AIDIL ker, ADAM ker atau NUR aku peduli apa. Kali ini aku nak bercerita pasal si setan yang dibenci ramai iaitu SARAH!!! Korang kenal tak saper SARAH? Aku cuma ingin mengambil kisah SARAH sbg bahan kajian aku adalah kerana kehebatan NUR KASIH tidak dpt kita sangkal dtgnya dari watak gedik di minah SARAH ni. jadik hari ini kita melihat fakta kenapa aku kata SARAH adalah yg terbaik?


FAKTA 1:
Sarah memang seorang pencinta yang sejati... uweeekkkks mesti ramai yg menyampah dan termuntah darah kalu bace artikel ini. Buktinya: De sanggup menunggu AIDIL. De sanggup berkerja di samping AIDIL. De sanggup mengikuti perkembangan AIDIL dari semasa ke semasa.

FAKTA 2:
Sarah seorg yg optimis dan yakin akan pilihannya. (hik2 walaupun perbuatannya melampau gak ah) De yakin de sebanarnya ada jodoh ngan AIDIL. Kalu tak xkan de begitu gembira bila mendapat tahu familynya hantar "merisik" ke rumah AIDIL!

FAKTA 3:
Sarah seorg yang bercita2 tinggi melangit. De mempunyai satu cita2 iaitu mengahwini AIDIL.. heheheh, x tau lah tercapai ke tak niat 'suci' nya itu....

FAKTA 4:
SARAH seorang planner yg bagus.. Tapi plan yang de rancang selalu gagal (bagaimana pulak aku kata de bagus ek), hehehe director lah yg slalu mengagalkan rancangannya tu... BUKTI: Pernah merancang utk mengahwini AIDIL ngan taktik kotor, dgn berpura2 pengsan. Sebelum tu de da tepon pak JAIS datang tangkap dorg, namun gagal.

FAKTA 5:
SARAH memang cantik... hahahahahaha (mampus aku kena tikam kerana posting ini. BUKTI: Tgk gambar kat bawah ni.. Cantikkan?

Siti Sarah

A: Nur jangan pergi lama-lama tau...
N: Kenapa?
A: nanti abang rindu........

                                                             Namun  begitu " ESOK MASIH ADE, MATAHARI AKAN MUNCUL KEMBALI..." kata seorang sahabat.... jom kita pikir ka bersama2..............

Masin nya mulut U~


Selamat hari Khamis buat semua blogger yg membaca pada tarikh posting ini di publishkan.. ;)


Seemenjak dua menjak ini, aku suka sangat meng'update' blog aku ni haa.. aku seakan semangat utk merakam adegan2 di sepanjang setiap 'journey' yang aku lalui gitu... Anyway, aku bangun pada hari ini adalh pada kadar waktu yg sama, kiranya apabila sudah di tolak dan di bahagi, serta aku prutakan, sekitar Jam 06:30 pagi aku bersedia utk bangun dan solat. Mungkin lewat kan? tapi tu puratanya, kawan2... beselah kadang2 sebelum subuh aku da bangun, dan kadang2 aku bangun gajah sekitar ku 7 pagi. Tapi sikitlah tu...

Berhenti berbicara soal pagi, subuh yang hening atau bila geduk berbunyi... Lupakan pasal itu! hari ini aku ingin berkongsi ngan korang apakah tip-tips yang menarik utk bangun pagi! ha.. tips ini xder kat dlm mana2 buku, cuma di My Journey sahja yang akan merungkai semua persoalan hidup.

Susah bangun pagi?

@ Sebelum tido, korag buat perangkap sendiri. Cth: mula2 setkan pada jam loceng pukul berapa nak bangun. Besenya bila locengnya berbunyi pasti bergegar2 kan jam tersebut? sebelum tido ikat satu tali di mana pada hujung n betul2 atas kepala ada terikat sebijik tukul besi atau batu konkrit. Manakala tali yg terikat itu kat jam locent tu, jangan lah kuat sgt, supaya bila bergegar nanti, ia kan melepaskan tali dan batu konkrit akan..... POKKKKKK! Pasti bangun!


@ Jangan tido kat atas katil. memang sah ah x bangun kalu tilam empuk bantal besar, ngan ade bantal pelok lagi.. mak iihhh, seronok betul tidokan. Ok, korang kalu nak bangun awal, kena tdo kat tmpt khas. Tmpat khas yg aku mksudkan ni di kaki lima atau atas gerai org yg bese bukak bisnes seawal kul 5 pagi lagi. Kmfem de kejutkan korang sebb de nak berniaga kan? at least kena satu penyepak dua, kira bonus ah...

@ Paling menarik, penyelesaian ini amat memerlukan keinginan yang maha dahsyat gitu... kenapa? kalu korg main2 korang tak akan dapat melaksanakn tips ini. Ok, utk bangun awal pagi kali ini korg kena prepare pasport awal2 sebb abes jer keje korg kena pi flight ke negara yg da nak cerah da, padahal kat malaysia malam lagi. Bila sampai sana, korg ak rase alamk da siang! ha apa lagi, balik lah ke malaysia semula, komfem korg akan sempat sebelum subuh lagi...

@ paling best, tolong la sangat2 biarkan kawan korang mnyeksakan korg semahunya2.. sebab nak kejut lembut2 payah bangun, at least bagi ah kawan2 korg yg sedang x puas hati kat musuh de melepaskan sebarang amarah kat tubuh korang bagi meredakan persaan kawan yg x pueh hati tu... membahagiakan kawan adalah perbuatan yg mulia.. :P

~ Sekian posting utk kali ini. Masin mulut tu gula2 kan yer? nanti manis rase nya.

CB: menanam tebu di bibir, nanti jueh ke bawah! x mau lah!

****************************************************

Berita Hari Ini

12.30 tgh hari: Berjumpa abg Nizam menyelesaikan masalah invois utk program minggu dpan ni lah. Heheh takper ayuni, biar aku tolong ko yer.. hahahaha abes ah gosiplah nanti!!

1.00 tgh hari lagi: Lapor sangat tadi apa laie pi carik makanan dulu kat e-voke.. ambek nasi puteh + ayam + ubi kentang sikit=RM5! Mak aiihhh RM5 ni macam2 aku leh makan.. chicken cop Ibu 4.50 tau! Huh! Bersyukurlah, Allah da bagi kenyang tu, tapi Cik CB, ko kena pandai carik tmpat makan lpas ni,nanti abeslah duit ko kerana nafsu makan semata.

--------SOLAT SATT--------

2.00 ptg:  Kat lab IRK, (sekarang ni ah)

3.15 ptg:  Aku nak pi jumpa KOPERASI UIA nak buat quotation cenderahati kpd org kampung!

3.30 ptg: Nak jumpa abg samadi nak tnya pasal accompany Oficer utk program akn datg ni.....

5.00 ptg:  Aku bajet time ni aku da odw balik bilik da... aku haraplah...

5.30 ptg: Lepak kat bilik adn buat video USANA peja... tolong kawan, dan tolong diri sndiri carik duet sikit... Ayuh Jali! Perkemaskan lah langkahmu, agar tak terjatuh dalam parit! Nanti naya muka hensemmu itu!!!

CB: Sekadar berkongsi, buka berkongsi diri... :P~

Posting ke 101: Alhamdulillah aku berada di Titian Ini Lagi!


Sungguh Dalam! Orang putih kata very Deep! Memang setiap kali kita menutur kata, bicara mestilah biarlah seiring dgn akal yang bijak dan tenang. Mungkin ramai antara kita hari ini, menggunakan istilah mulutku nakal tapi hati baik... alang2 macam Stephen Chow dalam kebanyakan ceritanya.. mulut mau sedap, kenakan orang ngan penuh kebahagiaan, tapi dalam hati suci...

Nanti dulu tuan-tuan puan-puan yg di rahmati Allah sekalian... Bukan aku ingin membuat kesimpulan bahawa nakal mulut dan anggotanya tidak mempengaruhi hati (hati suci dan baik sentiasa), tidak ye (gaya K Rahman dalam Los & Faun), sebenarnya hati lah yang membawa perlakuan dan perbuatan kita. Hati kita sendiri adalah perahsia org nya...

Saper tau apa yang hatinya sedang buat sekarang ini? dan 5 saat selepas itu? dan sterus nya? mungkin bila kita sedang setkan sekarang kita nak ikhlas melakukan kerja ini, baru kita tau hati kita sedang belajar atau praktik ilmu ikhlas... tapi hakikatnya kita tak pernah tau atau ambik pot langsung kat hati kita sendiri.... Sebab tu lah kadang2 terlaku maksiat kejap seronok kejap menyesal...


Heheheh.. namun begitu bukan nak kata korg nakal buruk perangai dan busuk hatinya, tidak yer (kata K Rahman lagi), hati boleh di didik dengan iman dan takwa kita. Bergurau senda adalah fitrah, xkan nak memasam dan menseriuskan muka korg yang da kelat, nanti bertambah kelat dan bertambah kusut nanti, payah geng macam tu, ye dok? haaa... berfikiran lah terbuka wahai teman, berlapanglah dada tu... bukan suh wat lapangan terbang kat dada, atau lapang kan masa korang, bukan macam tu.. tapi.... (sambung kat perenggan seterusnya...)

&%* Potong!! &*^% Potong! Potong Potong Potong! (&%* = Bukan lucah tau, tapi bunyi kompang)

Ok lah iklan sudah pun habis, berbalik pada tapi tadi, tapi yang mana, ha itu yang kita tak tau (KRahman membuahkan ideanya lagi!) tapi...sebenarnya biarlah kita didik kita agar sentiasa memberi ruang utk diri kita yg tak perfect ni blajar, blajar menerima teguran.. blajar utk menerima kesalahan sendiri, belajar utk mendekati Pencipta kita, bukan semakin jauh gitu....

Dalam Quran, Allah kata,"tidak Aku ciptakan manusia dan jin ini melainkan adalh utk beribadat kepada Aku"

Allah kata lagi: "kitab ini tidak bukan adalh sebagai PETUNJUK bagi orang yang berTAKWA"

Rasulullah pun ada berpesan kepada kita supaya tidak meninggalkan Quran dan Sunnah sebab dengan kedua2 nilah hidup kita tak sesat macam Rasul Kahar dan Ayah Pin!

Buat teman seprjuangan, bila sudah merasa penat ngan semua yg terjadi, jangan lah putus asa, lapang kan masa rehat, tak pun tido dalam sehari dua, ataupun pergi e-voke sekitar kul 12 tgh malam, carik makanan kat situ.. hehehehehe

~ POsting ini istimewa kerana hari ini adalh hari terakhir exam aku, dan pengakhiran yg tidak cukup menarik melengkapkan lagi episod aku di UIA! bermula dengan kepayahan, di akhiri dengan kekecewaan, Ya Allah, tenangkanlah hatiku, bantulah aku, kuatkanlah imanku, ku mohon agar Kau kabulkan doaku siang dan malam, terimalah taubatku, solat dan amal ibadatku, ameen~

TERIMA KASIH.... :)

Aku Senyum. Alhamdulillah. Aku Sedih. Alhamdulillah. Aku Suka sangat2. Alhamdulillah. Aku bagaikan nak bunuh diri! Alhamdulillah!

Setiap dugaan yg datang sebenarnya datang dgn membawa saribu satu hikmah, dan hikmah tersebut akan difahami bagi siapa yang mencarinya...

Coretan nur kasih dari Ilahi bukan setakat kegembiraan, malahan kasih yang sebenar adalah datang dari seribu satu kepayahan, cuma yang mencari akan merasai...

Kekasih datang bila ingin dikasihi, kekasih pergi bila habis dirasai, Allah hadir mengisi segenap ruang hidup, suka atau duka, Kekasih sejati kan setia, walau jauh mana pun kita berada...

Bebanan bukan untuk dikesalkan, tapi utk direnungkan, bukan utk dibebelkan, tapi utk dirungkaikan...

Senyumlah walau dalam duka, Gembiralah walau tangis menghiris, kerana bebanan sudah pasti bagi yang mampu, KasihNya jua bagi yang mampu, SyurgaNya juga bagi yang mampu....

MAKA

JADILAH HAMBA YANG SENTIASA MAMPU... YAKINLAH YANG ANDA MAMPU... KERANA KEMAMPUAN ANDA, BERGANTUNG PADA APA YANG ANDA FIKIRKAN TENTANG DIRI ANDA!

Raya 2009!!!!

Selamat hari raya aidiladha buat semua!!! aku ingat nak publish gambor raya aidilfitri ni dari dulu lagi.... tapi xder rezeki lah... sehinggalah hari ini.... saksikan kaum kerabat aku.... bersama menyambut hari raya aidilfitri.....


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & AIDILADHA


TUNGGULAH KEDATANGAN MISI KORBAN DI KG SG RUAL, JELI, KELANTAN DARUL NAIM, 6 HARI 5 MALAM AKAN MENJADI SAKSI PENGORBANAN SAHABAT COMRADE DALAM MENYAMPAIKAN MISI 'MENYAMPAIKAN' SERUAN ISLAM DARI 23 NOVEMBER HINGGALAH 1 DESEMBER 2009 INI

~COMING SOON~

***********************************************************

BERITA HARI INI...

7.00 am:  aku bertungkus lumus menyiapkan 'kerja' aku utk peja riping. hehehehe Saja mengambil upah   mengolong promote USANA nye.... dan akhirnya siap juga sperti mana yg di janjikan. Kerja tersebut sedikit sbyak mmbantu kantung uwang aku, hehehe

10.00 am:Stady sedikit... sikit jer...


11.00 am:Tengok "Ketika Cinta Bertasbih". syahdu beb! first time aku tgk, this is the de most quality  film i ever watch....

1.00 pm: Aku msh terkhayal ngan jln citer nyer.... aduhhh... ketika cinta bertasbih....

 
Cerita yg sekejap memainkan perasaan dan membuaikan penonton ngan definisi2 cinta yg sagt mengagumkan. Bukan berpaksikan cinta di antara kaum adam dan hawa semata, namun bertunjangkan syariat ianya di adunkan dgn penuh dramatis serta puitis. Jln cerita yang mudah, dan memuaskan penonton yg tidak pernah membaca novel  karangan penulis hebat tuan Habiburrahman....

Cerita yang masih lagi tidak selesai ini di janjikan penyelesaiannya di episod atau sekuel nya yang kedua iaitu Ketika Cinta Bertasbih 2.
Aku ketawa saat menyaksikan saat lucu teman2, aku menangis pula di saat pengrbanan seorang ank yang berjuang hidup di cairo bagi menyuapkan rezeki adik2 dan ibunya di kampung.... dan ulitan cinta permasalahannnya, pemahaman ttgnya, pergolakan persaan anak remaja, perebutan takhta hati, dan disudahi dengan tatacara pejuang syar'e..... aku tersenyum puas, menangis mengenangkan dosa, kerana cerita ini betul2 sampai di kalbuku.....

DULU dan KINI...

~Waduh bila aku terbaca blog teman2 seangkatan waduh bukan men hebat... sehinggakan aku yg hina ini terpaku ngan tulisan teman2 yg tersayang... Hari ini aku berjalan mcm bese di atas bumi indah ini ciptaan Allah....

"titip noda menjadi racun tanpa sedar menjadi barah tanpa dirasa menjadi nadi"



Ku kira dengan jari ade lah dalam 5 bulan lagi aku akn merasa duduk dalam UIAM ni. Perjalanan aku berliku, mcm teman2 juga.. yee kita semua ade halangan kita masing2. Takkan terlepas punya kan. Ibarat mencurah daun ke keladi? ehhhh.... japp pikir jap! Ha! mencurah air ke daun keladi....

Ada kaitan ke ngn peribahasa di atas? ntah lah... hari demi hari kita melangkah pulang kepadaNya, Sedarkah anda? Inna lillahi wainna ilaihi raaji'uun.... Aku hampir tergelak ngn lakonan seorg artis yg sedang melonjak naik kini iaitu Alya (nama lakonannya dalam Nur Kasih).. tapi bukan citer Nur Kasih (bestnya citer ni...) tapi ade satu citer sedih kat TV3 mengenai citer seorg budak yg menyedarkan bapa saudaranya...

Sinopsisnya:

Kelihatan seorang mama sedang bersiap utk keluar negeri semata kerana kerja. Adapun sepagi itu, dia sudah pun memberi pesan kepada anaknya (watak utama hebat ni) supaya tinggal bersama bapa saudara nya iaitu adik kepada si ibunya. Kelihatan juga tanpa kabur babak antara 3 beranak ini berada dalam satu bilik di mana ibunya mengharapkan si ibu utk menjaga anak buahnya itu sementara ibunya bekerja di luar stesen. Dengan berat sungguh hati si bapa saudaranya (lakonan Bro Q) dia menerima suruhan itu. Perangai si Q ini bagaikan saitan kecil, berkelab malam (bukan persatuan macam kat uia) kemabukan malam-malam (bukan mabuk laut atau sampan). Namun satu ketika kedengaran berita yg memeranjatkan emosi penonton dan emosi watak Q kerana menerima tamparan yang dhsyat (tampar takde bunyik ni) di mana si ibu kepada budak tadi meninggal dalam kemalngan semasa beliau pulang dan ingin masuk ke dalam stesen (balik dari kerjanya). Berita pedih itu diterima kedua-duanya. Namun sikap soleh anak buahnya yang tak lekang menasihati dan mengajak bapa saudaranya utk solat harus di contohi dan nyata bapa saudaranya sendiri kembali berfikir tentang keagunganNya. Namun terkilan kerana watak perempuan baik yang menyedarkan akan tangungjawabnya dalam menjaga budak itu tidak sesolehah mana. Nyata ia mengajar umat bahawasanya membuka aurat bukan bermakna dia tidak baik malah lagi baik dari yg menutup aurat. (ingat! aku tdk bersetuju ngn statement ni dan mugkin kalian pun).mengapa tidak direka sahja watak solehah yg mampu berganding dan mengimbangi watak budak tadi yg soleh, dan kedaan Q utk berubah?
Yang melucukan keadaan, masih aku teringat lafaz si wanita tadi selepas mendengar kematian si kak Q "inalillahi raa'j'uunnn" mcm tak cukup jer bunyiknya....

opps bukan mencerca atau memperli, kerana aku juga bukan insan kamil! harus diingat media adalah platform berharga utk berdakwah... jadikanlah ia medium utk menyampaikan yg syariat..... biar hidup pun berkatttttttt.......