Copyright © Travelog Mujahid Rindu...
Design by Dzignine
Thursday, August 11, 2011

Travelog 249: Aku Masuk Paper Lagi!

Alhamdulillah, demi menaikkan nama UIAM yang disayangi ini, kini sekali lagi aku menebalkan muka untuk diinterview oleh para wartawan Berita Harian. Dan tanggal 11 Ogos 2011, aku dengan rakan-rakan keluarpaper untuk berbicara tentang penggunaan BLOG. Ya, blog seperti yang kalian baca sekarang ini. Alhamdulillah...

Blog menjadi medium kebanyakan mahasiswa mendapat apa saja berita atau maklumat terkini yang berlaku di dalam mahupun luar negara.
Isi kandungannya bolehlah didapati di ruangan Varsiti Berita Harian. Di sini juga aku sisipkan juga berita yang aku copy daripada Berita Harian Online. Selamat membaca ya!

KEWUJUDAN blog dikenal pasti antara media pilihan masyarakat hari ini termasuk mahasiswa dalam mendapat apa saja berita atau maklumat terkini yang berlaku di negara ini. Sama ada menjadi pelayar setia blog tertentu, ada juga kalangan mahasiswa yang cenderung dan aktif menjadi blogger sehingga mampu menarik ratusan, malah ribuan peminat blog masing-masing.

Trend ini bukan sesuatu yang baru dan perkembangannya cukup pantas selari dengan pencapaian dan kefahaman tinggi mahasiswa dalam meneroka bidang teknologi komunikasi dan maklumat (ICT).
Tampil dengan alamat blog yang pelbagai dan unik, ada yang cenderung mencanang kisah peribadi atau gaya hidup masing-masing, tidak kurang pula yang bijak menjadikan blog sebagai sumber maklumat berinformasi dengan mengetengahkan komentar dan idea yang bersifat ilmiah sejajar kematangan sebagai seorang mahasiswa.
Bagi mahasiswa jurusan ilmu wahyu dan warisan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Razali Sudin@Alias, beliau lebih suka berkongsi kisah kehidupan dan aktivitinya sepanjang bergelar mahasiswa menerusi blognya.

Menyifatkan blognya, razalisudin@blogspot.com (ada kesilapan di sini, bukannya @ tetapi ".") sebagai satu travelog kehidupan, beliau mula menjadi blogger pada 2003 selepas mendapati ramai rakan lain sudah memiliki blog sendiri.

“Saya membina blog hanya suka-suka, tidaklah terlalu obses. Biasanya dalam tempoh satu atau dua minggu baru saya kemas kini blog. Bagi saya, medium blog banyak memberi manfaat jika kena caranya, kita bukan saja dapat berkongsi maklumat, sebaliknya mencurah idea dan pendapat mengenai pelbagai isu.

“Saya juga banyak kongsi pengalaman mengikuti aktiviti sukarelawan dan bakti siswa anjuran Pusat Tanggungjawab Sosial Universiti dalam blog. Ada baiknya kita kongsi pengalaman sebegini kerana bukan semua orang berpeluang merasainya dan ia mendapat respon cukup baik daripada rakan pelayar blog lain,” katanya.

Razali berkata, blognya juga digunakan sebagai wadah untuk berkongsi minatnya dalam sukan bola sepak tempatan mahupun luar negara dengan mengetengahkan pandangan peribadinya mengenai pencapaian pasukan atau pemain bola sepak negara.

Berbeza dengan Razali, Fatin Nadzirah Alias pula cenderung mengembangkan bakat penulisan seninya khususnya puisi dan sajak menerusi blognya, nadzirahalias.blogspot.com.

Katanya, setiap puisi atau sajak ciptaannya dikumpul menjadi koleksi yang kemudian dimuatkan dalam blog untuk bacaan rakan blog lain. Menganggap apa yang dilakukannya itu selari dengan bidang pengajiannya iaitu bahasa Inggeris dan kesusasteraan, Fatin turut menjadikan kecanggihan teknologi itu sebagai medium yang membolehkannya belajar secara maya bersama rakan mahupun pensyarah.

“Ada juga kalangan pensyarah memiliki blog dan mereka menggunakannya sebagai sebahagian medium dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya subjek kursus yang saya ambil iaitu English Computer Applications yang memerlukan setiap mahasiswa mencipta blog sendiri kemudian membentangkannya kepada pensyarah.

“Pendekatan ini bukan saja mendekatkan mahasiswa dengan pensyarah, malah ia turut membantu memantapkan proses pembelajaran apabila tunjuk ajar, khidmat nasihat mahupun masalah akademik dapat dikongsi secara maya tanpa bergantung kepada buku teks dan nota kuliah semata-mata,” katanya.

Bagi En Siyah Muhammad, peranan blogger boleh dianggap penting seperti media massa lain jika blogger bijak mengutarakan pelbagai isu terkini dan berkait rapat dengan masyarakat. Ini secara tidak langsung membolehkan blog kita muncul sebagai alternatif berita pilihan di internet.

Ditanya perbezaan antara blog lelaki dan perempuan, pemilik blog comotdanlolipop.blogspot.com itu berkata, blog perempuan dilihat lebih ringkas dan santai, namun aspek kandungan menjadi keutamaan yang membezakan antara blog.

“Gaya penulisan juga memainkan peranan, banyak blog yang gaya penulisannya sangat ringkas, mudah dan santai tapi disukai ramai. Selain itu sebagai blogger, kita juga perlu menjaga etika sebagai penulis blog agar tidak tersasar sehingga boleh menimbulkan senstiviti pembaca lain,” katanya.
 
Apa Kata Rakan Varsiti-BH
 
Zaini Othman
Kandungan blog yang bermanfaat lahir daripada penulis yang berhasrat untuk memberi manfaat bila menulis di blog masing-masing. Mahasiswa yang matang menulis mampu mengupas kepelbagaian isu dari sudut pandang berbeza dan tidak terlalu mengikut arus komentar perdana atau setakat copy paste, kupasannya jujur daripada ideanya sendiri dan berdiri atas fakta kukuh, bukan kupasan semborono.
 
Alieff Firdaus
Saya melihat rasional seorang mahasiswa itu membina blog adalah kerana minat dalam diri sendiri selain hasil dari pengaruh rakan sebaya. Hal ini kerana untuk menjadi seorang blogger yang aktif, ia memerlukan seseorang itu mempunyai minat yang mendalam serta kreatif dari sudut penulisan dan juga penghasilan laman blog yang menarik. Pada pendapat saya, utk mentafsirkan sama ada sesebuah blog itu bermanfaat atau tidak, kita perlu menilai dari sudut kandungannya sendiri serta cara penulisan yang digunakan. Ia haruslah bersifat ilmiah serta mempunyai maklumat yang terkini dan bukannya bersifat emosi 

4 orang jawab:

ummu says:
at: August 13, 2011 at 2:52 PM said...

assalamualaikum bro
alhamdulillah,tahniah bro

JPY says:
at: August 14, 2011 at 10:49 PM said...

alhamdulillah... hehehe rezeki ramadhan...

HAFIZAL says:
at: September 19, 2011 at 9:24 AM said...

wah hebat tuh....tahniah...mesti fames blog kau selepas nie

tuan punyer blog
at: September 19, 2011 at 5:10 PM said...

xdenya femes... hahahhaha

Maghi-Maghi Perama!

Saing Kite Belake