Copyright © Travelog Mujahid Rindu...
Design by Dzignine
Monday, September 19, 2011

Travelog 250: Mental Tidak Seia dan Sekata!

Allahuakbar! Alhamdulillah! Subhanallah! Aku kini berumur 25 tahun dan cuma tinggal 3 bulan dan 8 hari lagi untuk menginjak umurku ke 26 tahun. Ya Allah agak seram juga kerana masa kian meninggi namun tidak ada satu pun aku rasa pencapaian yang paling baik aku rasa dalam hidup ini. 

Di saat rakan-rakan lain dengan kerjaya masing-masing, dengan haluan masing-masing, dan paling tragis dengan isteri masing-masing (hehe...) aku masih sama. Dengan kualiti yang sama, pace yang sama, serta beberapa etika dan perangai yang sudah tidak sama seperti dulu, agak merisaukan aku. Aku hairan, adakah aku tidak mempunyai keyakinan diri yang tinggi? Atau aku tidak mempunyai mental yang kuat? Atau aku masih tidak mempercayai keupayaan diri?

Aku harus menyelesaikan masalah yang boleh memberi kesan kepada diri ini. Aku tahu, kelajuan dan komitmen aku semakin berkurang walaupun data kekurangannya hanyalah sebanyak 1% setiap hari. Ini adalah kajian tentang diri aku sebelum ini dan sekarang ini. Statistik ini tidaklah tepat namun sekadar apa yang aku rasa sahaja.

Sebelum ini (Sebagai seorang pelajar)

Aktif. Keyakinan serta tawakal yang tinggi. Kemampuan berkomunikasi yang agak baik sama ada di dalam kelas atau di mana-mana sahaja. Kuat berjalan kaki, peluang untuk berkenalan dengan sesiapa sahaja dan bersembang tanpa ada perasaan malu yang sangat. 

Setiap masa diri ini menjadi perhatian, mungkin kerana perangai aku, ketidak maluan aku atau apa-apa  sahaja yang aku buat boleh mendatangkan perhatian. 

Kerja berganda. Kerja yang melambak iaitu assignment, mesyuarat kelab, study group, program setiap hujung minggu membuatkan aku kuat berfikir. Secara positifnya aku berupaya untuk menguatkan mental serta melatih minda aku agar sentiasa respon dengan apa jua keadaan. 

Selepas (Sebagai graduan)

Kurang Aktif. Sebagai lepasan universiti aku harus mencari kerja. Namun kerja sambilan di CENSERVE menjadi pengalaman pertama aku dalam berkerjaya. Oleh kerana sangat berminat dengan kerja dakwah yang lebih tersusun, aku memilih untuk berada di CENSERVE. Well, tidak seperti menjadi seorang pelajar, kini aku mula berfikir tentang hidup seorang diri, keluarga dan sebagainya. 

Di saat ini, performance aku banyak terganggu dengan adegan perkahwinan, babak rakan yang menjawat jawatan tinggi, dan sketsa sahabat yang bergaji tetap. Ianya menjadi dugaan yang agak dahsyat untuk aku memahami perjuangan hidup. Aku juga bermula memikirkan how to survive in this world! What will happen next??

Sebelum (Menjadi Pekerja Menyusun file plus Multimedia Designer)

Best. Banyak kerja yang aku lakukan. Ianya melatih aku menjadi lebih berdisiplin. Banyak pergerakan membuatkan aku lebih hidup daripada biasa. Memang nampak banyak kerja dan meletihkan, namun satu ketika aku seronok dan berbaloi aku ada gaji.

Menyusun file program, merekodkan program-program baru membuatkan aku terasa dekat dengan program-program yang dijalankan oleh para pelajar di sini. Tidak duduk di meja sahaja membuatkan aku aktif bergerak.

Selepas (Menjadi Multimedia Designer plus Webmaster)

Agak kurang best sebenarnya, bukan tidak best bekerja, tetapi secara fitrahnya aku hanya berada di kerusi aku, menulis cerita dan publish! Kerja-kerja designer ini memang meyeronokkan apabila dapat job, andai tiada job? Alamak melopong lah aku. 

Terimbau kenangan menolong abang Din merekodkan fail dan sebagainya. Fungsi dan kelebihan aku dapat digunakan secara menyeluruh. Pada waktu itulah.

Maka sebab itu aku berjaya tubuhkan CENSERVE TV, ini bermakna aku sengaja menambahkan kerja aku agar otak aku sentiasa berfikir.

Kelemahannya

Aku tidak mampu menjelmakan satu idea yang boleh menguntungkan ramai pihak dalam skala yang besar. Terutamanya dalam bisnes atau apa jua bidang. Entahlah, apabila difikir-fikirkan, idea tak dapat tapi berangan benda-benda yang mustahil pula yang keluar. Serius, apabila aku rasakan imaginasi aku ni kuat, aku terasa peluang kerja aku mungkin ke arah pelukis komik atau penulis buku-buku novel (memang dalam perancangan pun). Berdakwah dalam lukisan serta penulisan pun okey kan??

InsyaAllah, aku cuma memohon agar semua mendoakan aku di dalam apa jua keadaan. Nak doakan aku untuk mendapat kerjaya yang bagus pun boleh, dapat jodoh yang baik-baik pun boleh.. Namun begitu aku cuma memohon agar aku mampu melayari kehidupan ini dengan cukup lengkap, malah dapat membantu keluarga.Ya Allah, Engkau makbulkanlah doa hambaMu ini....

2 orang jawab:

martinelli
at: September 20, 2011 at 12:00 AM said...

Amiiiiiinn!!!!!!!!!

tuan punyer blog
at: September 20, 2011 at 12:36 PM said...

amboi.... cepat jer amiinnn ye bu! okey, mental skang sudah set untuk menjadi MC pada hari perkahwinan nanti.... hehehehe

Maghi-Maghi Perama!

Saing Kite Belake