Copyright © Travelog Mujahid Rindu...
Design by Dzignine
Wednesday, September 21, 2011

Travelog 251: Hantu Bonceng: Gelak Tapi Beringat!!

Kontroversi! Satu babak sudah digunting oleh mereka yang sangat prihatin dalam beberapa babak yang dianggap kontroversi. Ya, babak Zizan terperanjat kawannya datang dan dia tersalah faham menganggap kawannya adalah syaitan lantaran sebelum itu dia telah terserempak dengan hantu!



Bagi yang masih lagi belum menonton filem ini, haruslah diingat bahawa mungkin kita tidak akan selesa dengan beberapa adegan yang agak 'lain' dari norma kehidupan seorang muslim. Di dalam filem ini, skrip ceritanya yang agak longgar dalam bahagian agama menampakkan bahawa agama Islam boleh dimain-mainkan.

Aku tidaklah beberapa terkejut dan marah dengan adegan yang dikontroversikan itu sebab secara sudut penceritaannya Zizan melakonkan babak dia sedang dalam trauma dan boleh melepaskan apa sahaja. Namun yang menghairankan pengarah tidak berfikir panjang tentang ayat spontan yang keluar daripada mulut Zizan seharusnya beliau memilih untuk mengucap dalam keadaan penuh!

Bagi aku masih banyak lagi kontroversi yang aku rasa kena diperbetulkan. Contoh watak seorang ustaz yang dilakonkan oleh Cat Farish, nampak main-mainnya. Memanglah manusia itu tidak sempurna tapi bolehkah kita menaikkan imej seorang ustaz!! Pelbagai rancangan bersusah payah menaikkan imej seorang ustaz seperti Imam Muda, dan Ustazah Pilihan (sekadar contoh), tapi akhirnya dimusnahkan oleh sesebuah filem.

Bukti penggunaan ustaz yang main-main adalah ketika mana beliau membenarkan seorang adik yang 'montel' boleh mendedahkan auratnya walaupun adiknya itu pernah menyatakan dia kuat agama! Entahlah..

Aku juga merasakan inilah filem yang menggunakan nama-nama Allah paling banyak dalam setiap babak. Istighfar, basmalah, tahnmid, takbir banyak digunakan! Tetapi dengan niat berjenaka ianya salah sama sekali. Satu naskhah aku rasa patut direvise dan diubah penstrukturan ayatnya.



Kasihan kat Zizan. Zizan bukannya berlatar belakangkan agama yang bagus sepeerti graduan, dan mereka yang arif dalam agama. Zizan juga melakonkan babak yang terkejut dimana setiap fitrah manusia melakukan beberapa kesilapan tanpa sedar, bukan ingin menyokong namun hakikatnya sang pengarahlah yang harus cakna di mana kesilapan pelakonnya. 

Sebagai orang yang pernah membuat persembahan, pernah menghafal skrip, pernah berlakon untuk majlis-majlis sekolah, aku rasa aku cukup faham keadaannya. Apabila pengarah menyatakan 'Cut!" dan bagus, maka tidak ada apa yang difikirkan lagi. Namun setelah semua sudah direkodkan barulah kita tahu di mana silapnya, oleh itu, aku seru kepada semua pengarah Filem di Malaysia ini, tolonglah perhalusi hasil kerja anda agar tidak ada kesilapan yang sebegini berlaku lagi, lebih-lebih lagi berkenaan agama.

Wallahua'lam!

0 orang jawab:

Maghi-Maghi Perama!

Saing Kite Belake