Gamat emosi aku sekejap dengan CENSERVE TV ni ciptaan aku hasil Ilham daripada Allah s.w.t. Yalah, daripada sekadar sesuka mak tiri aku buat saluran percuma ini, kini kedengaran pula nak masuk unsur-unsur bisnes di dalamnya.
Untuk pengetahuan korang, sesungguhnya CENSERVE TV ini adalah satu saluran ataupun mini rancangan yang seseuka mak tiri aku reka demi merancakkan lagi kewujudan Center for University Social Responsibility ataupun lebih dikenali sebagai CENSERVE. Alhamdulillah, hampir 40 video aku uploadkan yang merangkumi short video mengenai program ataupun pasal benda lain yang ada sangkut paut dengan nature CENSERVE.
Bisnes? belum terfikir lagi ingin menjadikannya sumber bisnes aku melalui saluran ini. baiklah biarkan aku bercerita terlebih dahulu mengapa aku tertubik idea untuk menjadikan saluran ini satu realiti. Pertamanya aku terlihat video-video PERCUMA geng-geng VLOGGERS ataupun YOUTUBERS tegar yang lain (yang glemer sahaja aku sebutkan) iaitu iniAnwarHadi, AimanAzlan90 dan juga Matlutfi90. Mereka ini lagi hebat bercerita dan berkongsi idea kepada umum. Sesetengah orag beranggapan mereka membuatnya sebab bosan atau boring tetapi bagi aku satu sahaja iaitu....
Mereka ini ada PASSION!
Aku turut tergolong dalam orang yang mempunyai passionnya yang tersendiri. Passion aku adalah sekarang ini mereka video serta mengeditkan video. mengapa percuma? Ya, video-video tersebut jika diamati dengan teliti, setiap hujung video ada tersebut CENSERVE TV sebagai mark copyrighted. kalau ingin jadikannya bahan orang lain, mesti ada kredit daripada mana video itu datang. Lagi satu jenis-jenis video yang aku uploadkan adalah yang tidak bercirikan bisnes!
Kalau BISNES? Sekarang ni pun memang aku sedang mengeditkan video orang kahwin. Itu barulah bisnes walaupun secara sambilan dan kecil-kecilan.
Aku tahu meengkome semua memang 'sayang'kan aku. Tapi tolonglah jangan menggunakan nada yang agak 'PUSH', huhu tertekan juga emosi aku yang kadang-kadang tidak boleh dikawal ini. Macam serigala ekor sembilan ada di dalam perut ni haa... Meronta-ronta mahu dilepaskan.
By the way, aku sengaja membuat video ini bukan atas arahan siapa-siapa kerana aku selesa. Aku ingin berlatih dan tidak mahu kekeratifan yang Allah kurniakan ini berkarat. Bukan mudah untuk melakukannya seorang diri (itulah kan kami ada, tak nak pulak minta tolong), well said, aku memang suka minta tolong orang lain, tetapi jikalau tidak ada keperluan mengapa perlu kan?
So, satu sahaja yang aku perlukan pertolongan adalah dari segi idea dan penerbitan. Bentang idea, dan rangka strategi tersendiri. Aku akan tolong EDIT SAHAJA, berdasarkan idea yang dibentangkan. Benda ni bukan benda besar pun, so, aku harap tidak akan berpanjangan ataupun mana-mana pihak bermasam muka serta memendam perasaan. Aku tulis ni pun sekadar ingin memberi penjelasan tentang hakikat sebenar. Aku enjoy apa, buat segala video-video ini. Apabila orang seronok, happy, ada yang bangga, lastly ucap TERIMA KASIH, well it is make me more happy than GOT A LOT OF MONEY!!!!
Semua ingin jadik kaya! Semua ingin jadik kaya! habis siapa pula yang nak balancekan kehidupan ini dengan menjadi miskin?? Apakah hikmahnya, hikmahnya adalah ORANG KAYA BOLEH MEMBIKIN PAHALALAH!!!
Aku bukan tidak mahu kaya, tapi aku mahu bersederhana, HAPPY yang aku utamakan... Biarlah kehidupan aku kat atas dunia ni melalui kesusahan, tetapi ada keberkatan. Ada duit aku tak tearasa apa-apa, takde duit pun aku tak kehilangan apa-apa. Itulah yang aku carik! Kehidupan.... ya.. kehidupan....
So apa lagi, CHECK the latest VIDEO produced by CENSERVE TV at this CHANNEL! CLICKon the YOUTUBE LOGO below!
SELAMAT MENONTON YA!!!!
1 orang jawab:
at: August 6, 2011 at 12:13 AM said...
MasyaAllah....Tabik hormat buat anakanda Jali....tak semua mampu melakukannya.....mempertahankan semangat mujahid, but you could... May Allah bless you, my dear!!!
Post a Comment