Copyright © Travelog Mujahid Rindu...
Design by Dzignine
Tuesday, December 30, 2008

Hari ni....

Hari ni hari Selasa, semalam cuti (maal hijrah), dan lusa pun cuti (happy new year) tapi hari ini aku berada dalam kondisi yg tidak berapa sihat... huhuh petang ni ade miting, aku bagi muhyidin ah handle, aku tak mampu nak mengeluarkan suare ni, otak pun jamm sangt2 dek kesejukan yg melanda diri aku dan komputer dalam lab baru IRK ni...

Bukan semua impian akan jadi kenyataan dan bukan semua kenyataan adalah dari kita punyer impian... apa2 pun serahlah diri pada yg Esa, kerana Dia Maha Tahu apa yg kita sememangnya jahil untuk mengetahui, dan Dia Maha Melihat apa yang kita buta untuk memandangnya, jadi tidak perlu kita risau, kerana setiap apa yg di kurnia olehNya adalah berupa nikmat yg berkali ganda! Jadi janganlah kita takbur dengan nikmat dunia, kerana pinjaman Allah tetap akan jadik pinjaman, tidak pernah akan jadik hak milik kerna setiap dari kita mana mampu untuk membayar nikmat Allah yg banyak membantu kita untuk hidup...

Orang kata cakap siang pandang2 cakap malam dengar2, ye! cakap siang biarlah pandangn yg telus dan tidak mencampuri dengan hal fitnah dan membawa kpd perkara keji, pandang2 ah cakap tu!!! cakap malam dengar2, bukan semua mampu melangkah untuk mendengar ceramah agama di masjid2 dan di surau2 bile ade selangnya waktu antara maghrib dan isyak...dengar2lah dan pandang2lah percakapanmu, kerana lidah badan binasa, kerana suara yang indah membawa bahagia....

Orang hidup bagai kacang lupakan kulit ini begitu banyak sekali. Masing2 lupa bahawa diri masing adalah cume dari titisan mani yg begitu kecik, dan asal usul kita pun adalah tanah, namun hidung tinggi, tangkai jering jugak mereka bertuhankan..apa kejadah semua itu?! bukan se,ua kita adalah betul tapi adkah salah untuk kita saling tegur menegur? mari kita fikir2kan, kerna berfikir adalah untuk si pemikir.... bukan si peragut hati dan perasaan, bukan untuk si perompak, pemusnah seluruh nilai kemanusiaan...dan merekalah binatang, malah lebih sesat lagi!

Sekian dahulu butir mutiara yg turun tanpa henti ini, kerana ku takut aku sendiri tidak mampu menanggung apa yg di ucap, namun cukuplah aku sedar siapa diri aku....

Cerita2 Dulu...

Semalam aku di Hentian KualaTerengganu…..

Ada ah dalam kul 8 lebih waktu malaysia, sebuah kereta meluncur laju melepasi sebuah kampong yg dikenali sebagai kg langgar (kg aku ah) menyusuri dan melepasi kg yg lain, untuk semata2 menghantar aku pulang ke mnenara gading yg dari dulu2 aku panjat tak habes2 lagi…
Tapi almaklumlah, malam raya keempat, standard ah beb jalan ‘jam’, aku dah agak dah…..dalam 2 3 hari ni jln pasti ‘jam’ sbb semua org bak balik…tak kira ah balik KL ker, Kelantan k, seremban k, JB ker…..yg pasti bila semua duk pakat lalu jln yg sama pasti sesak jalan tersebut kan?

Al kisah nya bermula kat hentian bas KT ah… lepas pusing2 carik parking yg tok jumpa2…last2 aku turun dulu nak pi cek tiket aku… kat tiket tertera nama bas iaitu Ekspress Ke****an…. Jam 10 malam ‘tym’ bertolak dr KT-KL…. Tapi yg mnension kan pale otak aku adalh kakitangan de…aku duk menunggu macam pak pacak yg takder gaji menunggu jurukaunter tiket..tak Nampak jugak batang hidung de…usah kan batang hidung, taik hidung pun takder kat meja de….
Last2 aku pi tgk dan jenguk sendiri kat tempat menunggu bas… tgk dan ‘tra’ usha kut2 ader bas yg bernama ekspress ke*****n…. huk aloh! Ader ropernya!! Tapi awal lagi, pikiran ku mengatakan ni mungkin bas yg kul 9.30 malam…. Aku biarkan bas itu duk kat situ walaupun hatiku mengutuk betapa buruknya bas tesebut….

Bile pergi balik kat kaunter tiket tak datang2 jugak lagi jurukaunter..kelihatan di suatu sudut kelibat pakcik dan 2 anaknya sedang memegan yg serupa ngan aku…ha! Ade teman…… lega hati aku… tak lama kemudian muncullah, adik aku (siti & Ima), kak ngah dan abg ngah serta mok aku yang baru sudah menge’park’ kereta…

Akhirnya… muncullah sorg kakak tu dan menyatakn bhw bas ade..dan sdg ade kat lorong 13…. Hah bisik hati aku, memang betul bas buruk yg aku tgk td adalah bas yg aku akan naik nanti….
Apa lagi! Kitorang pun berangkat ramai2 tunggu dan melepakkan diri kat depan bas tu…
Minit berganti minit…. Dah 9.15 malam…

Minit berganti minit lagi… dah 9.30 malam…

Bunyik bas takder, asap bas pun tak kluar…. Takkan enjin de memang takyah dipanaskan kut? Detik hatiku bertanya dalam diam2…. Takyah hati aku berdetik lagi, pakcik yg ade 2 anak besar tadi pun mengeluarkan tanda tnya, dengan kerutan di dahinya, de mempersoalkan akan bas yg akan kami bakal naiki ni…. Jamdi tangan menunjukkan 9.45 malam… masih takde tanda nak bergerak….

“mana drebar bas ni?” takkan makan kut…. Dah la nak bergerak dah….

Opocot!!!! Mak kau! Huyyyo Nampak kaki berbulu di balik lagsir bas… itulah kaki drebar yg bawak bas sedang enak di buai mimpi… tapi kami heran setelah jam menunjukkan kul 10 malam, masih tak bergerak lagi. Drebar pun tak bangun2 lagi….

Apa lagi, kami pun bergegas ke kaunter tiket…. Utk brtanya keadaan yg sebenor… ghoper nya bas yg kami duk tengok periksa perati bagai nak rak tu rupenya bas rosak.. baru lagi katanya.. sebab tu asap nya takder.. drebar pulok tidor nok mam***. Huhuhu macam mana pengurusan macam ni ni! Marah pakcik tu… last2 kami diberi tiket ekspress sutera bas tambahan… ingat kan nek bas sutera dah lah lawa cantik lak tu! Suker2! Tunggu punyer tunggu… amek ko bas sekolah! Warna oren!

#sampingan apakah ader warna oren dan warna hitam sekali?

Tapi takper lagi elok dari bas tadi… dah ah buruk rosak lak tu…punggung blakang de rilek jer terbukak….

Pengembaraan malam aku pun bermula…. Mengikut kata akak tadi… aku kena naik bas ni dulu then sampai temerloh baru nek bas ekspress yg tertera pada tiket aku tu…dah ade bas spare kat sana sedang tunggu…untuk pemegang tiket bas rosak…
Alhamdulillah semua nya lancar! Kat dalm kul 3 pagi waktu Malaysia 10.30 malam waktu London… wakakakaka aku bertukar bas: dari bas sekolah nek bas bas ekspress plak aku…dan syukur bas yg ni takder cacat celanya, bagus selesa dan sedap! Tapi tgk tv xder kaler hampeh!
Dalam kul 7.30 pg waktu KL dan 6 ptg waktu pd jam rosak aku pun sampai di hentian putra….
Alhamdulillah, aku nak citer pasal malam tu jek…ahahaha so yg siang nyer takyah ah….

Pengenalan diri

Assalamulaikum wbt...

Apa kahbar kalian? sihat? aku doakan korg ihat walafiat bersama keluarga kalian tak kira ah korg masih bujang trang tang tang atau sudah berkahwin dan beranak pinak...hehe apa pun aku nak ucapkan kat korang selamat tahun baru maal hijrah dan jugak happy new year ah, harapan aku semoga korg beriltizam utk menjadi lebih baik dan aku iringi korg ngan doa aku utk kalian, yg memang takkan putus sampai lah hati aku sendiri juga sudah tidak mampu utk mendoakan utk diriku sendiri....

Sempena ngan tahun baru dan fasa baru kehidupan yg Allah masih lagi bagi kita peluang untuk mengecapi nikmat hidup ini, marilah kita sama2 beriltizam dgn bersungguh2.. dan jugak buleh dikatakan satu faktor untuk aku meneruskan tinta di laman yg baru, namun korg leh simpan lagi laman blog aku yg lama, sebab kalu ade apa2 buleh2lah dirujuk kat situ ek? dan jugak kat sini... namun insyaAllah apa2 update aku letak kat sini ah... sebenarnya malas aku nak copy semua posting aku selama ini, jadik aku biarlah de bertakung kat situ... aku akn sambung kata2 aku kat sini pulak ah..biasa lah manusia ni takkan puas dgn satu benda..betul tak? apa2 pun kita kenalah pandai mengawalnya ye tak?
oklah untuk pengenalan aku ni... ha korg buleh click kat tinta lama utk view laman lama aku....hehehe aku pergi duilu ek..nanti banyak pulak aku kena bayor kat cc ni...babai...

skang aku da ade shoutmix..apa lai, masuk ah sembang2......

RS: waduh gawat! takder ketetapan pendirian budak ni!!!

Maghi-Maghi Perama!

Saing Kite Belake