Copyright © Travelog Mujahid Rindu...
Design by Dzignine
Saturday, January 17, 2009

singgap jap..

Assalamulaikum.....

alhamdulillah, aku baru balik dari program ala 'tumpang' demi untuk kaut ilmu kepimpinan yg berlangsung di Pulau Mutiara, Penang. Aku bertolak dalam pukul 11.30 mlm (janji dalam pukul 11, bese ah tu...) dengan unser (mcm tu ke eja nama kenderaan yg agak besar ni?) yg telah memuatkan 3 org presiden yg berjiwa besar, iaitu Aku ( COMRADE), Fahimi (CARING CLUB), dan Ikhwan (AKHI & V.PRES CENSERVE) dgn riuhnya. Memang seronok bile di maklumkan bahawa kami akan melihat satu bentuk presentation ala corporate yg akan dibentang kan oleh BP Gemilang, dan aku rase aku ingin belajar seuatu daripada mereka ni....

pada dasarnya kami memahami hakikat kami adalah sekadar penumpang, jadi tidak terlintas langsung kami dibenarkan untuk tidur dalam 1926 Heritage Hotel sekitar George Town, dan tak terlintas juga untu bersantapan ngan dorang, almaklumlah kami cume attand utk sesi presentation itu shaja... Alhamdulillah, syukur pada Allah dan bebanyak terima ksih kpd presiden Gemilang iaitu Syah dan jugak mantannya Abg Hafiz yg menyediakan tempat dan layanan yg sangat best aku kira, walaupun kami cume stay utk setgh hari sahaja...ilmu yg kami perolehi memang kami hargai sangat2..thanks to gemilang...

Memang ala corporate, kerana BP adalah badan corporate yg banyak mendidik mereka... namun apa yg aku ingin ckpkan adalah pemantapan management dan sistem KPI (key performance indicator) yg mereka gunakan utk kelab dorang..aku teruja ingin mencubanya dalam COMRADE, tapi aku perlu buat secara perlahan2...

Cthnya, graph performance. Dalam KPI sesuatu Club, graf performance sgt penting. Ia adalah bertujuan utk kita terus meningkatkan mutu modul kita dan sentiasa mengesan kelemahan modul yg kita guna pada setiap program. Kita boleh buat history within 3 years punyer research. Berpandukan graf yg kita reka kita buleh mengesan peningkatan dan penurunan dari segi :

  1. kadar bilangan penduduk sesuatu kampung
  2. kadar penduduk yg memeluk Islam
  3. peningkatan infrastruktur, ekonomi
  4. pencapaian dalam akademik sesetgh sekolah org asl
Lagi, penekanan pada bajet tahunan. Kita buleh membahagi bajet kita pada 3 column mengikut setiap nama program. Column pertama, bajet kasar. Column kedua, bajet yg direduce mengikut kemmpuan dan kajian, dan akhirnya column bajet approved by s-dev. Dan setiap bajet pd column ketiga akan di'link'kan pada details program each bajet, supaya nampak kemas dan tersusun. Apa-apa pun perlukan perbincangan khusus dgn bendahari.end.

Apa yg lebih penting adalah pengenalan kpd target kita untuk tenure ini. Perlu lebih jelas dan practical. Objektif perlu jelas, dan misi serta visi perlu kuat. Semua ini akan di masukkan ke dalam Comrade Corporate Profile.

Penekanan kepa RnD sgt penting untuk barisan tenure kali ini. Bagi memulakan balik fasa yg benyak tertinggal pada tenure lepas amatlah berat dan sukar, namun aku percaya setiap barisan utama Comrade pada tenure kali ni penuh ngan semangat kebersamaan dalam segala hal. Aku memang percayakan mereka sebab itu aku tak merasa bimbang. Demi untuk menampung keperluan kewangan, insyaAAlah kemantapan dari segi sponsorship harus diperkuatkan lagi. apa yg penting? KERJASAMA! Apa yg penting, updatekan procedure terkini, dan CORPORATE PROFILE mesti lebih elegant dan jelas misinya.

Oops lupa! REsearch team sudah ditubuhkan serta merta, yg sudah dipertanggungjawabkan kpd biro RnD. Antara tugas-tugasnya:

  1. melakar graf persembahan program (mengikut kajian selama 3 tahun -2007/2008/2009
  2. melakar graf kajian (carta bar/pie) pertambahan penduduk, pengurangan penduduk di kampung2 tetap yg kami pernah masuki, juga pada kajian history 3 years
  3. dan menyediakan report kajian sebaik sahaja program berakhir (for s-dev and JHEOA)

Sebarang info terkini akan di updatekan utk ahli2...

1 orang jawab:

Anonymous
at: January 17, 2009 at 5:45 PM said...

aku juga ada perkara yang mahu dibicarakan..
kami ke JHEOA
Banyak yag diperoleh
see u soon

Maghi-Maghi Perama!

Saing Kite Belake