
semangat aku kembali turun sedikit apabila melihat kekalahan team muda United menerima tamparan daripada Everton di separuh akhir Piala FA di Wembley. Perlawanan bermula pada pukul 10.45 malam waktu Malaysia. Aku, Nazlie, Jiju & Tajol (cume 1st half sahaja) bersama-sama menonton perlawanan sampai tamat permainan yg berakhir dengan seri 0-0.
Percaturan sir Alex nampaknya gagal untuk membawa United melangkah ke final menentang seteru Chelsea di Wembley, dan ini lantas memberi petanda baik utk Gus Hiddink bahawa beliau akan dapat membantu Chelsea mendapat satu piala musim ini. Pada dasarnya Man Utd merupakan pasukan pilhan utk mendominasi 5 piala musim ini. Namun tekaan itu nampaknya gagal di hajati.
walau bagaimana pun, United masih berupaya utk merangkul gelaran Juara Liga dan Juara Liga Juara-juara, Juara Liga Inggeris mungkin akan menjadi kenyataan, namun adakah Liga Juara-Juara sekali lagi di dominasi oleh United? Dengan keadaan barcalona yg agak baik dan begitu cemerlang di Liga Sepanyol, mungkin mereka kembali dinobatkan sebagai Juara Eropah?

Wayne Rooney
dengan ketiadaan tonggak utama United: ronaldo, rooney(gambar), carrick, evra(cume dimasukkan sbgai pemain gantian), paul scholes (cume dimasukkan sbgai pemain gantian), Man Utd ternyata tempang dan tumpul di bahagian tengah yg dikemudi oleh jentera muda (Anderson dan Gibson). Ternyata dan jelas penggantian Macheda dengan Berbatov tidak membuahkan sebarang hasil buat United malah membawa 'sial' kepada pasukan. Berbatov ternyata mempamerkan permainan yang tidak bermaya dan malas! dan kerana penaltinya yg gagal mencecah jaring sangat mengecewakan peminat Man Utd. Dan kini anda fikirlah sendiri sama ada Berbatov sangat bernilai dan padan dengan harga 30 Juta Pound? Adakah pelaburan Man Utd kali ini merugikan?Namun begitu pujian harus juga dikreditkan buat barisan muda terutama anderson yg begitu cemerlang di bahagian tengah walaupun kadang kala terdapat kesilapan, begitu juga buat adik beradik kembar fabio dan Rafael, ternyata gandingan mereka ini sangat ampuh dan kebal di bahagian pertahanan kiri dan kanan. macheda dan welbeck masing2 mempunyai peluang utk menjaringkan gol namun di nafikan dgn barisan pertahanan Everton yg sangat ampuh...
Namun kekalahan 4-2 penalti kepada Everton sangat mengecewakan aku......
nanti ah aku sambung, nak amek baju sat..tgh basuh ni...huhuhu


0 orang jawab:
Post a Comment