Copyright © Travelog Mujahid Rindu...
Design by Dzignine
Tuesday, May 26, 2009

Bertukar wajah?

:D Lupakan pasal bertukar wajah.. namun bagi menepati konsep "perjalanan hidup" aku kini memilih template yg berupa satu diari kehidupan...

Lupakan pasal 'baju baru' ini, seantero peminat bola kini berpaksi kpd dua kelab gergasi eropah yg akan bertembung pagi khamis ini, iaitu my club Manchester Unired bertemu dengan Barcalona.. dan yg pastinya dua jejaka pilihan yg merupakan bintang kelab masing2, tdak lain dan tdak bukan adalah christiano ronaldo dan lionel messi... Nah ini dia wajah bintang pujaan anda! Korang leh copy wat wallpaper desktop anda...


Ha ni semua wallpaper 2009 taw... ambik ah! Rasai kemeriahannya PIALA UEFA Champions League!
Ini adalah keratan dari KOSMO!

BARCELONA - Pemain Terbaik Dunia FIFA, Cristiano Ronaldo dan
Lionel Messi perlu mempamerkan aksi yang berlainan sekiranya mahu menghadiahkan
kejayaan kepada pasukan masing-masing pada final Liga Juara-Juara.


Pemain sayap Manchester United, Ronaldo yang merupakan
penjaring terbanyak kempen Eropah tahun lepas dengan lapan gol, masih belum
menemui sentuhan dalam enam pertemuan menentang kelab Sepanyol, termasuk
terlepas sepakan penalti pada separuh akhir di Nou Camp musim lalu.


Penyerang Barca, Messi pula meledak lapan gol tahun ini,
dua kali ganda lebih daripada Ronaldo. Namun, dia gagal menemui penyudah dalam
10 perlawanan menentang kelab dari England termasuk dua aksi separuh akhir
dengan Chelsea.


"Sudah pasti pasukan dari England amat sukar untuk
ditentang," kata Messi yang juga bintang Argentina.


"Namun, saya tidak fikir final ini akan menjadi seperti
perlawanan- perlawanan lain."


Messi juga melontarkan pujian terhadap kebolehan
pencabarnya dari Portugal itu.


"Dia seorang pemain yang hebat dengan kebolehan yang
menakjubkan dan jika kamu beri dia ruang, dia akan menggunakannya dengan baik,"
kata Messi.


Ronaldo, 24, yang juga Pemain Terbaik Eropah pula
berkata, terlalu bahaya jika United hanya memberi tumpuan terhadap Messi sahaja
kerana Samuel Eto'o dan kapten Perancis, Thierry Henry juga beraksi dengan baik
musim ini.


"Sudah tentu Messi sangat berbahaya, namun begitu juga
dengan pemain lain," kata Ronaldo.
"Jika bermain untuk diri sendiri, saya
tiada peluang untuk memenangi perlawanan ini dan begitu juga dengan Messi. Kunci
kepada pertemuan ini ialah pasukan mana yang jarang buat kesilapan." -
Reuters

0 orang jawab:

Maghi-Maghi Perama!

Saing Kite Belake