Copyright © Travelog Mujahid Rindu...
Design by Dzignine
Sunday, July 19, 2009

Malaysia boleh balas dendam?


Kekalahan tipis skuad Harimau tanah air pada petang td memang mengujakan peminat Malaysia dan mendebarkan peminat Man Utd. apa tidak nya, Malaysia pada mulanya ketinggalan dan bagaikan kacang 2 jaringan yg dibuat oleh rooney (min 8) dan nani sejurus selepas itu hasil hantaran cantik dr rooney. namun semangat juang yg ditunjukkan oleh skuad Malaysia akhirnya berhasil dengan jaringan volley cantik oleh Amri yahyah (namanya di ulang2 dlm web Man Utd).

Pertarungan babak kedua pula menyaksikan Van de Sar digantikan dgn Ben Foster. tdk sampai berapa ketika sekali lagi amri menyamakan keadaan dgn menyepak masuk bola hasil kesilapan ben Foster. maka seri 2-2 malaysia dan Man Utd. Namun hasil pertukaran beberapa pemain MU dan akhirnya Owen menceriakan stadium dgn masuk menggantikan rooney lalu pantas menjaringkan gol muntah pada minit akhir perlawanan. maka MU menang tipis atas skuad malaysia 3-2.

Apa yg membanggakan Amri tidak mensia2kan pluang apabila diberi peluang utk kembali menyarung jersi kebangsaan setelah sekian lama diketepikan. Dgn dua gol yg di jaringkan oleh amri maka rekod malaysia kini menambahkan namanya selaku penjaring terbanyak ketika mana berdepan dgn MU.





Dan tahniah juga buat Owen krn debut pertamanya diiringi dgn satu gol. Tahniah MU.


Berita gembira buat peminat, pada 20 Julai ini maka sekali lagi MU bertandang ke stadium utk bersaing dgn pilihan Malaysia. Ayuh Amri! skali lagi robek gawang MU!! Ini kerana MU tidak jadi ke Indonesia maka mereka kini tinggal dgn lbih lama di Kuala Lumpur.

esok pasti ramai yg terkejut ngan berita ini, namun tunggulah berita esok yer!!

0 orang jawab:

Maghi-Maghi Perama!

Saing Kite Belake