Copyright © Travelog Mujahid Rindu...
Design by Dzignine
Friday, November 13, 2009

DULU dan KINI...

~Waduh bila aku terbaca blog teman2 seangkatan waduh bukan men hebat... sehinggakan aku yg hina ini terpaku ngan tulisan teman2 yg tersayang... Hari ini aku berjalan mcm bese di atas bumi indah ini ciptaan Allah....

"titip noda menjadi racun tanpa sedar menjadi barah tanpa dirasa menjadi nadi"



Ku kira dengan jari ade lah dalam 5 bulan lagi aku akn merasa duduk dalam UIAM ni. Perjalanan aku berliku, mcm teman2 juga.. yee kita semua ade halangan kita masing2. Takkan terlepas punya kan. Ibarat mencurah daun ke keladi? ehhhh.... japp pikir jap! Ha! mencurah air ke daun keladi....

Ada kaitan ke ngn peribahasa di atas? ntah lah... hari demi hari kita melangkah pulang kepadaNya, Sedarkah anda? Inna lillahi wainna ilaihi raaji'uun.... Aku hampir tergelak ngn lakonan seorg artis yg sedang melonjak naik kini iaitu Alya (nama lakonannya dalam Nur Kasih).. tapi bukan citer Nur Kasih (bestnya citer ni...) tapi ade satu citer sedih kat TV3 mengenai citer seorg budak yg menyedarkan bapa saudaranya...

Sinopsisnya:

Kelihatan seorang mama sedang bersiap utk keluar negeri semata kerana kerja. Adapun sepagi itu, dia sudah pun memberi pesan kepada anaknya (watak utama hebat ni) supaya tinggal bersama bapa saudara nya iaitu adik kepada si ibunya. Kelihatan juga tanpa kabur babak antara 3 beranak ini berada dalam satu bilik di mana ibunya mengharapkan si ibu utk menjaga anak buahnya itu sementara ibunya bekerja di luar stesen. Dengan berat sungguh hati si bapa saudaranya (lakonan Bro Q) dia menerima suruhan itu. Perangai si Q ini bagaikan saitan kecil, berkelab malam (bukan persatuan macam kat uia) kemabukan malam-malam (bukan mabuk laut atau sampan). Namun satu ketika kedengaran berita yg memeranjatkan emosi penonton dan emosi watak Q kerana menerima tamparan yang dhsyat (tampar takde bunyik ni) di mana si ibu kepada budak tadi meninggal dalam kemalngan semasa beliau pulang dan ingin masuk ke dalam stesen (balik dari kerjanya). Berita pedih itu diterima kedua-duanya. Namun sikap soleh anak buahnya yang tak lekang menasihati dan mengajak bapa saudaranya utk solat harus di contohi dan nyata bapa saudaranya sendiri kembali berfikir tentang keagunganNya. Namun terkilan kerana watak perempuan baik yang menyedarkan akan tangungjawabnya dalam menjaga budak itu tidak sesolehah mana. Nyata ia mengajar umat bahawasanya membuka aurat bukan bermakna dia tidak baik malah lagi baik dari yg menutup aurat. (ingat! aku tdk bersetuju ngn statement ni dan mugkin kalian pun).mengapa tidak direka sahja watak solehah yg mampu berganding dan mengimbangi watak budak tadi yg soleh, dan kedaan Q utk berubah?
Yang melucukan keadaan, masih aku teringat lafaz si wanita tadi selepas mendengar kematian si kak Q "inalillahi raa'j'uunnn" mcm tak cukup jer bunyiknya....

opps bukan mencerca atau memperli, kerana aku juga bukan insan kamil! harus diingat media adalah platform berharga utk berdakwah... jadikanlah ia medium utk menyampaikan yg syariat..... biar hidup pun berkatttttttt.......

0 orang jawab:

Maghi-Maghi Perama!

Saing Kite Belake