Copyright © Travelog Mujahid Rindu...
Design by Dzignine
Wednesday, November 18, 2009

Posting ke 101: Alhamdulillah aku berada di Titian Ini Lagi!


Sungguh Dalam! Orang putih kata very Deep! Memang setiap kali kita menutur kata, bicara mestilah biarlah seiring dgn akal yang bijak dan tenang. Mungkin ramai antara kita hari ini, menggunakan istilah mulutku nakal tapi hati baik... alang2 macam Stephen Chow dalam kebanyakan ceritanya.. mulut mau sedap, kenakan orang ngan penuh kebahagiaan, tapi dalam hati suci...

Nanti dulu tuan-tuan puan-puan yg di rahmati Allah sekalian... Bukan aku ingin membuat kesimpulan bahawa nakal mulut dan anggotanya tidak mempengaruhi hati (hati suci dan baik sentiasa), tidak ye (gaya K Rahman dalam Los & Faun), sebenarnya hati lah yang membawa perlakuan dan perbuatan kita. Hati kita sendiri adalah perahsia org nya...

Saper tau apa yang hatinya sedang buat sekarang ini? dan 5 saat selepas itu? dan sterus nya? mungkin bila kita sedang setkan sekarang kita nak ikhlas melakukan kerja ini, baru kita tau hati kita sedang belajar atau praktik ilmu ikhlas... tapi hakikatnya kita tak pernah tau atau ambik pot langsung kat hati kita sendiri.... Sebab tu lah kadang2 terlaku maksiat kejap seronok kejap menyesal...


Heheheh.. namun begitu bukan nak kata korg nakal buruk perangai dan busuk hatinya, tidak yer (kata K Rahman lagi), hati boleh di didik dengan iman dan takwa kita. Bergurau senda adalah fitrah, xkan nak memasam dan menseriuskan muka korg yang da kelat, nanti bertambah kelat dan bertambah kusut nanti, payah geng macam tu, ye dok? haaa... berfikiran lah terbuka wahai teman, berlapanglah dada tu... bukan suh wat lapangan terbang kat dada, atau lapang kan masa korang, bukan macam tu.. tapi.... (sambung kat perenggan seterusnya...)

&%* Potong!! &*^% Potong! Potong Potong Potong! (&%* = Bukan lucah tau, tapi bunyi kompang)

Ok lah iklan sudah pun habis, berbalik pada tapi tadi, tapi yang mana, ha itu yang kita tak tau (KRahman membuahkan ideanya lagi!) tapi...sebenarnya biarlah kita didik kita agar sentiasa memberi ruang utk diri kita yg tak perfect ni blajar, blajar menerima teguran.. blajar utk menerima kesalahan sendiri, belajar utk mendekati Pencipta kita, bukan semakin jauh gitu....

Dalam Quran, Allah kata,"tidak Aku ciptakan manusia dan jin ini melainkan adalh utk beribadat kepada Aku"

Allah kata lagi: "kitab ini tidak bukan adalh sebagai PETUNJUK bagi orang yang berTAKWA"

Rasulullah pun ada berpesan kepada kita supaya tidak meninggalkan Quran dan Sunnah sebab dengan kedua2 nilah hidup kita tak sesat macam Rasul Kahar dan Ayah Pin!

Buat teman seprjuangan, bila sudah merasa penat ngan semua yg terjadi, jangan lah putus asa, lapang kan masa rehat, tak pun tido dalam sehari dua, ataupun pergi e-voke sekitar kul 12 tgh malam, carik makanan kat situ.. hehehehehe

~ POsting ini istimewa kerana hari ini adalh hari terakhir exam aku, dan pengakhiran yg tidak cukup menarik melengkapkan lagi episod aku di UIA! bermula dengan kepayahan, di akhiri dengan kekecewaan, Ya Allah, tenangkanlah hatiku, bantulah aku, kuatkanlah imanku, ku mohon agar Kau kabulkan doaku siang dan malam, terimalah taubatku, solat dan amal ibadatku, ameen~

0 orang jawab:

Maghi-Maghi Perama!

Saing Kite Belake