Copyright © Travelog Mujahid Rindu...
Design by Dzignine
Tuesday, December 15, 2009

Anda Marah Bila... Tapi Anda Patut Bersyukur kerana...


Assalamualaikum buat semua pembaca dan pengikut My Journey@ ! Kudoakan semua nya berada dalam keadaan sihat dan sejahtera. Buat sahabat2 aku yang sedang di landa musibah tak kiralah di mana korang berada, aku turut mendoakan kalian agar terus tabah dan kuat dalam mengharungi dugaan dan ujian dari Allah ini. Ini adalah bukti yang Allah sayang sangat kat korang tau...

Berbalik pada tajuk hari ni, heheh setiap hari Selasa aku akan kemuka kan satu analisa kehidupan, yelah dalam perjalanan ini, kita kan di ajak utk berfikir ttg kekuasaan Allah dan menggunakan akal fikiran kita dengan sebaiknya kan? Okeylah, aku tak nak bercakap banyak, jom kita layan sama-sama apakah dia Anda Marah bila... Tapi Anda Patut Bersyukur kerana...

Anda Marah bila...
Orang kentut kat majlis anda secara terbuka, atau de kentut secara live kat muka anda! Komfirm nya anda akan marah tak tentu pasala, dan mengherdik kerana si pengentut memang takder adat langsung! Dah lah mengeluarkan bau pulak tu kan!!

Tapi Anda patut Bersyukur kerana...
Allah masih mengurniakan nikmat pancaindera yang cukup buat anda. Anda dapat melihat, dan juga dapat mendengar serta dapat menghidu. Alhamdulillah, kurniaan Allah ini sedikit banyak dapat membantu kita mengenali bunyik kentut, dan juga dapat menghidu kentut. Adakah anda pernah mengucapkan syukur padaNya kerana nikmat ini?

Anda Marah bila...
Ada seorang mamat ni datang dan tiba-tiba tampar muka korang, tak pun sepak belakang korang dengan sekuat hatinya. Apa lgi, korang pun balas ah balik dgn sepakan, atau tumbukan berdas-das atau pun di hujani dengan maki-makian pedas daripada mulut korang yg terlupa di gosok pagi tadi! Betul tak?

Tapi Anda Patut Bersyukur kerana...
Rasa  sakit, rasa pedih, rasa suka dan gembira adalah hadiah daripada Allah utk kita merasa segala nikmat kat atas dunia ini. Cuba bayangkan kita tak pernah dapat rasa benda-benda ni semua, mau tidak korg nak bunuh diri, ye lah da macam mayat hidup daa, tak dpt rase apa-apa, lapar ada rase, tapi bila makan jer, semua benda rasa sama iaitu rasa yang tak punya rasa apa-apa!

Anda Marah bila...
Team korang men tak perform! (khusus buat mat gian bola!) Macam-macam korang  kutuk dorang. Men rasuah lah, tak dgr cakap coach lah, pastu yang jadik mangsanya kedai mamak! habis di balingnya kerusi, di hentak nya meja makan, dan di cabut nya plug tv, pastu pasang balik. Bukan setakat korang yang marah, Mamak tu sekali naik darah dek perangai korang!

Tapi Anda Patut Bersyukur kerana...
Bukan korang yang main. Yelah kalu da sampi 40 kali orang yang tonton tv duk menyumpah anda jadik bodoh macam beruk, tak ke jadik beruk betul korang nanti? Pastu korang juga telah membantu peniaga kita dalam menjalani perniagaan mereka. Ye lah, datang ramai-ramai ada yang beli makanan panas dan ada juga yang meng'order' air suam semata nak duduk selama sejam 30 minit menikmati "pratonton bola sepak". Kalu yang mengecaj air suam utg ah, tapi kalu yg 'free' alahai menang pelanggan jelah maknanya.... kesimpulannya, korg kena bersyukur kerana korang sangat bermurah hati....

Anda Marah bila...
Teman tido anda berdengkur macam bunyik buldozer, atau bunyik letupan macam citer GIJOe, Terminator salvation dan juga TransFormers yang selayaknya hanya patut di bunyikkan di pawagam! Korang pun apa lagi mulalah memikirkan teknik-teknik jahat, ada yg pikir sampai nak bunuh kawan, dan ada yang sanggup nak tutup muka kawan ngan bantal mbusuk miliknya!


Tapi Anda Patut Bersyukur kerana...
Allah masih mengurniakan telinga yang molek fungsinya buat anda utk mendengar apa-apa bunyik pun. Jikalu kita fikir secara logiknya juga, dengkuran sahabt boleh menyelamatkan anda dari gangguan si pencuri yang nak menyelinap masuk ke dalam bilik anda kerana bunyik dengkuran tadi boleh menghilang kan folus si pencuri dalam meng"hacker" peti besi anda... Aapabila anda terperangkap kat mana-mana tampt yang tak dapat di jumpai org, dan anda pada masa tersebut tak boleh bercakap @ bisu, maka kawan yg berdengkur boleh membantu anda, caranya: suh kawan anda tido, dan tunggu de berdengkur, insyaAllah ada penyelamat nanti, tu pun kalu si penyelamat tadi bukan nya si fanatik citer2 hantu dan bukan seorang yg penakut (macam aku)...






Sekian dulu analisa Hari SELASA utk anda.... Tunggu analisa lain minggu
depan pada hari yang sama, dan masa yg tidak sama yer.... Ciao!!
PRUUTTTTTTTT! Alhamdulillah.....

1 orang jawab:

Anonymous
at: December 16, 2009 at 5:33 PM said...

Hi !.
might , perhaps very interested to know how one can make real money .
There is no initial capital needed You may start to get income with as small sum of money as 20-100 dollars.

AimTrust is what you thought of all the time
AimTrust represents an offshore structure with advanced asset management technologies in production and delivery of pipes for oil and gas.

Its head office is in Panama with offices everywhere: In USA, Canada, Cyprus.
Do you want to become an affluent person?
That`s your chance That`s what you desire!

I feel good, I began to take up real money with the help of this company,
and I invite you to do the same. It`s all about how to select a correct partner who uses your funds in a right way - that`s the AimTrust!.
I make 2G daily, and my first investment was 500 dollars only!
It`s easy to join , just click this link http://kavizoca.freecities.com/qylehyz.html
and lucky you`re! Let`s take our chance together to get rid of nastiness of the life

Maghi-Maghi Perama!

Saing Kite Belake