Copyright © Travelog Mujahid Rindu...
Design by Dzignine
Thursday, May 28, 2009

Maukan Blog anda kelihatan laman web?

Kebiasaannya, kita pasti akan mencari templates yg designnya serupa seakan majalah, ataupun mempunyai tempat meletak add gadget nya banyak. Namun adakah anda tahu bahawa yg kita buleh menambah kolum add gadget mengikut suka hati kita? Dan anda inginkan laman anda sangat friendly user dengan link kat sana link kat bawah dan link kat atas, merata2lah asalkan cantik dan kemas la katakan... tapi saya tahu anda pasti pening ingin mencari template yg banyak tmpat kolum add gadget ni kan?

Ok lah, saya tak nak cakap banyak, saya akan konsi beberapa code yg mana akan membantu anda utk meletakkan kolum baru kat mana anda suka di laman anda. Sebagai contoh anda pengguna template 3 column.. yg pastinya seperti contoh ini bukan?

Sekiranya 3 kolum, maknanya anda tidak boleh meletakkan widget anda di tmpat lain. tapi cume buleh meletakkan di tempat yg dah di sediakan saja bukan? sya akn bagitau dulu tempat yg andaboleh letak widget tanpa edit html template ni:

1) kat header dan di bawah header

2) kat atas blog post dan di bawah blog post. Tapi saya rase mesti korang tak puas hati kerana ruangan yg besar ini anda buleh bahagikan lagi kepada 3 kolumn... insyaAllah ade caranya...

3) di ruangan yg telah disediakan... means that, tmpat yg kita nampak kat layout ade tertulis add widget. klau kat 3 column ni, kat sebelah kanan atau kiri blog anda lah. kolum 1 (blog post) kolum 2 (sidebar 1) kolum 3 (sidebar 2) macam dlm gambar atas...

Persoalannya: adakh boleh kita buat side bar baru di ruangan yg besar di bawah blog post? jawapannya mestilah boleh! haa inilah yg dikatakan nak jadikan blog biasa kepada luar biasa.. mungkin pada asalnya ianya sudah cantik..namun dengan bertambah nya kolum sidebar ini ia akan membuatkan anda lebih fleksibel dan bebas dalam mencantikkan lagi blog anda...

contoh tgk blog persatuan saya: COMRADE, pada asalnya tiada ruangan 3 kolum lagi di bawah blog post, perhatikan pada HomePage (jgn klik kat page lain yer..) namun saya telah menambahnya bagi menampakkan lagi de punya realistik weblog....

dan ini lah codenya:

(harap maaf, nanti akn di postkan)


ha.. code ini anda buleh lah letak kat ruangan edit html kat blog layout anda... tapi kena berhati2 ya..pastikan anda letak kat tempat yg betul... utk letak kat ruangan bawah blog post yg bercode seperti berikut:



kat sinilah widget2 yg terletak berjiran atas dan bawah blog post....kalu ade maka adalah widget punyer id seperti yg berwarna kat atas, kalu takder widget lain maka akan tersembullah code tersebut yg berwarna hitam tu...

nantilah bersambung....




Tuesday, May 26, 2009

Hidup mau balance beb!

Kalu entry yg sebelum ini adalah gambor2 pujaan bintang bola sepak, nah ini dia ade lah sikit gambo2 ulama' kiter, dan ini baru pujaan sebenor sebab ulama' pewaris nabi.. Memang role model kita adalah Rasululllah sebab semua perkara baik dari sisi luaran dan dalaman yg termolek dan tercantik adalah dari nabi kita (mari pakat selawat)..

Walaubagaimanapun, kasihlah ulama' kerana mereka ini golongan yg berilmu, mereka ini ibarat lilin yg membawa sinar kepada org yg mendekatinya. amek ah gambor2 ini untuk dijadikan penyejuk mata kat blog atau komputer anda... sekadar berkongsi utk kebaikan.... Bukan utk menghina dan mencaci malah memfitnah pulok, Allah taw siapa yg benar dan siapa yg saloh, Allah Maha Melihat...


Dan di sini, aku ade sisip kan jugok cerita ulama' nusantara serba sedikit buat pengetahuan semua....

Saiyid Abdullah Az-Zawawi Mufti Syafi'iyah Mekah
Oleh Wan Mohd. Shaghir Abdullah

RUANGAN Agama Utusan Malaysia minggu lalu telah memperkenalkan seorang
ulama Arab yang berasal dari Libya yang sangat besar jasanya terutama di Pulau
Pinang. Ulama yang dibicarakan kali ini juga seorang bangsa Arab yang cukup
terkenal di dunia Melayu, bahkan secara berantai mulai datuk, ayah, beliau
sendiri hingga keturunannya berperanan penting dalam penyebaran ilmu-ilmu Islam di dunia Melayu.

Untuk menulis riwayat ini saya gunakan beberapa sumber.Sumber
daripada bahasa Arab ialah tulisan Syeikh 'Umar Abdul Jabbar yang dimuat dalam
Kitab as-Siyar wa at-Tarajim. Sumber bahasa Melayu ialah sebuah risalah judul
Kaifiyah 'Ala Thariqah An-Naqsyabandiyah Al-Mujaddidiyah Al-Ahmadiyah Li
Al-'Allamah Al-Quthub Ash-Shufiyah As-Saiyid Muhammad Shalih Ibnu As-Saiyid
Asy-Syarif 'Abdur Rahman Az-Zawawi (cetakan Mathba'ah al-Ahmadiyah al-Kainah fi Bandar Riau al-Mahrusah al-Mahmiyah, 11 Muharam 1313 H). Selain itu, sumber yang paling penting ialah catatan-catatan (manuskrip) yang saya peroleh dari istana
kerajaan Pontianak.

Sumber yang tidak kurang penting ialah wawancara beberapa
orang di antaranya keturunan beliau Saiyid Muhammad Yusuf bin Saiyid 'Ali
az-Zawawi (pernah menjadi Mufti Terengganu).Nama penuh beliau ialah Saiyid
Abdullah bin Saiyid Muhammad Shalih bin Saiyid Abdur Rahman az-Zawawi. Lahir
1266 H/1850 M. Saya masih meragui tahun wafat 1343 H/1924 M yang disebut oleh
Syeikh 'Umar Abdul Jabbar, kerana beberapa tahun sesudah tahun itu Saiyid
Abdullah az-Zawawi masih berada di Pontianak. Jika diperhatikan tahun lahir
tersebut, ia bersamaan dengan tahun lahir Saiyid Abu Bakri Syatha (lahir 1266
H/1849 M). Dengan maklumat ini mudahlah kita menjejaki guru-guru ulama yang
diriwayatkan ini.- Apabila kita membicarakan ulama Arab keturunan ‘Saiyid’ yang
tersebut pada judul, dapat kita jejaki mulai dari datuknya lagi yang pernah
datang ke dunia Melayu.

Datuk beliau bernama Saiyid Abdur Rahman az-Zawawi.
Dalam sebuah catatan yang diperoleh dari istana kerajaan Pontianak disebutkan
bahawa pada tahun 1295 H/1878 M, Saiyid Abdur Rahman az-Zawawi datang di
Pontianak mengajar beberapa ilmu dan membaiah Tarekat Naqsyabandiyah.- Anak
Saiyid Abdur Rahman az-Zawawi yang bernama Saiyid Muhammad Shalih (lahir 1246 H/1830 M, wafat 1308 H/1890 M) pula pernah datang ke Pulau Penyengat, Riau.

Beliau juga mengajar pelbagai ilmu dan sempat membaiah Tarekat Naqsyabandiyah
al-Mujaddidiyah al-Ahmadiyah kepada Raja Muhammad Yusuf al-Ahmadi (wafat 1317 H/1899 M), iaitu Yang Dipertuan Muda Riau-Lingga yang ke-X (Yang Dipertuan Muda Riau-Lingga yang terakhir).- Syeikh 'Umar Abdul Jabbar menulis bahawa Saiyid Abdullah az-Zawawi belajar di Madrasah ash-Shaulatiyah, Mekah.

Sebagaimana diketahui dalam sejarah bahawa yang mendirikan madrasah tersebut ialah Syeikh Rahmatullah bin Khalilur Rahman al-Hindi al-'Utsmani (salah seorang keturunan Saidina 'Uthman bin 'Affan). Oleh sebab sudah jelas bahawa Saiyid Abdullah az-Zawawi belajar di madrasah tersebut, maka sudah pasti beliau adalah termasuk golongan murid yang pertama belajar kepada ulama keturunan Saidina 'Uthman bin 'Affan r.a itu.

Sanad pelbagai ilmu Islam dapat diketahui melalui Syeikh
Rahmatullah bin Khalilur Rahman al-Hindi al-'Utsmani yang banyak dibicarakan
dalam pelbagai kitab.Sumber Arab- Pendidikan Saiyid Abdullah az-Zawawi melalui
jalan yang lain pula, terutama dalam ilmu tasawuf dan tarekat, dapat diketahui
daripada sumber Arab dan Melayu. Saiyid Abdullah az-Zawawi belajar kepada
ayahnya, iaitu Saiyid Muhammad Shalih az-Zawawi. Saiyid Muhammad Shalih
az-Zawawi belajar kepada ayahnya, iaitu Saiyid Abdur Rahman az-Zawawi. Saiyid
Muhammad Shalih az-Zawawi selain belajar kepada ayahnya juga belajar dengan
Saiyid Muhammad Mazhhar al-Ahmadi. Beliau ini belajar dengan Syeikh Ahmad Sa'id al-Ahmadi yang belajar dengan Syeikh Abi Sa'id al-Ahmadi. Syeikh Abi
Sa'id belajar dengan Syeikh Abdullah ad-Dahlawi. Syeikh Abdullah ad-Dahlawi ini
adalah ulama yang sangat terkenal terutama dalam bidang ilmu hadis. Selain
nama-nama yang tersebut di atas, Saiyid Abdullah az-Zawawi juga belajar dengan
beberapa orang ulama di Mekah termasuk juga dengan Saiyid Ahmad bin Zaini
Dahlan.-

Telah diketahui umum bahawa Saiyid Abdullah az-Zawawi ialah Mufti
Mazhab Syafie di Mekah. Hampir-hampir tidak ada orang menceritakan bahawa beliau menduduki beberapa jabatan penting di Makkah ketika beliau belum berpindah ke dunia Melayu. Tetapi Syeikh 'Umar Abdul Jabbar menulis bahawa pada zaman pemerintahan Syarif Husein di Mekah, Saiyid Abdullah az-Zawawi memegang jawatan sebagai Ketua Majlis Syura, Ketua Majlis Syuyukh dan Ketua 'Ain Zubaidah.

Di samping menyandang kedudukan yang tinggi di Mekah, Saiyid Abdullah az-Zawawi juga giat mengajar. Ramai ulama yang berasal dari dunia Melayu belajar dengan beliau di Makkah yang kemudian menjadi ulama besar yang berperanan penting dalam penyebaran Islam di negeri mereka masing-masing atau tempat-tempat lainnya.-

Saiyid Muhammad Yusuf az-Zawawi, salah seorang cicitnya, ketika saya temui di
Masjid Negara meriwayatkan bahawa sewaktu Prof. Dr. Snouck Hurgeronje datang ke Mekah dia kagum dengan kehebatan ilmu dua orang ulama. Yang seorang bangsa Arab, iaitu tok Ana (maksudnya diri beliau atau Saiyid Yusuf az-Zawawi, pen:) yang
bernama Saiyid Abdullah az-Zawawi. Snouck belum puas kerana yang dimaksudkannya bukan ulama Arab tetapi ulama yang berasal dari dunia Melayu. Dia mencari ulama itu untuk kepentingan bangsanya, bangsa Belanda. Akhirnya, Snouck datang kepada Tok Enta (maksudnya diri saya atau Mohd. Shaghir Abdullah, pen:) iaitu Syeikh Ahmad al-Fathani.Syeikh Ahmad al-Fathani marah kepada Snouck kerana beliau yakin bahawa Snouck masuk Islam hanyalah sebagai tipu muslihat.

Syeikh Ahmad al-Fathani menyuruh Snouck mengucap syahadat. Saiyid Muhammad Yusuf az-Zawawi menutup perbualan bahawa dalam buku Snouck Hurgeronje judul Mecca, cetakan awal dalam bahasa Belanda, terdapat dua keping gambar. Pada bahagian depan ialah gambar Saiyid Abdullah az-Zawawi dan pada halaman berikutnya gambar Syeikh Ahmad al-Fathani. Saiyid Muhammad Yusuf az-Zawawi juga meriwayatkan bahawa kewafatan Saiyid Abdullah az-Zawawi adalah kerana ditembak sewaktu beliau hendak keluar dari rumahnya di Taif.

Hijrah ke dunia Melayu- Menurut tulisan Syeikh 'Umar Abdul
Jabbar, Saiyid Abdullah az-Zawawi pernah mengembara ke India, Semenanjung Tanah Melayu, Indonesia, China dan Jepun tanpa memberikan keterangan yang lengkap tujuan pengembaraan itu. Daripada beberapa informasi yang diperoleh melalui wawancara, kedatangan Saiyid Abdullah az-Zawawi di dunia Melayu adalah sebab beliau membantah fahaman yang beraliran Syeikh Muhammad bin 'Abdul Wahhab yang sangat terkenal sebagai pencetus fahaman Wahabiyah.- Menurut riwayat, ada beberapa orang ulama terpaksa berhijrah dari Mekah ke dunia Melayu kerana mereka menolak fahaman Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab yang berpengaruh dalam pemerintahan di Hijaz termasuk Mekah.

Antara ulama Mekah yang berhijrah itu termasuk ulama besar Mufti Syafi'iyah Makkah iaitu Saiyid Abdullah az-Zawawi. Saiyid Abdullah az-Zawawi pernah datang ke Johor dan Riau - Lingga, namun atas permintaan Sultan Pontianak beliau meneruskan perjalanannya di Pontianak. Di Pontianak, beliau dilantik sebagai Mufti Kerajaan Pontianak.- Ketika Saiyid Abdullah az-Zawawi berada di Pontianak, orang yang membantu beliau dalam banyak hal terutama dalam berkomunikasi dengan orang-orang Melayu ialah Haji Ismail bin Abdul Majid al-Kalantani, salah seorang murid beliau sejak ketika masih berada di Mekah lagi.

Belum dijumpai riwayat yang jelas apakah ulama Kelantan itu datang ke Pontianak ikut bersama-sama gurunya itu berhijrah dari Makkah sebab tekanan pemerintah yang berfahaman Wahabi atau sebab-sebab lain. Yang jelas Haji Ismail bin Abdul Majid al-Kalantani pernah menjadi Mufti Kerajaan Pontianak kemudian daripada gurunya Saiyid Abdullah az-Zawawi.- Syeikh 'Umar Abdul Jabbar
tidak menyebut sesuatu judul penulisan Saiyid Abdullah az-Zawawi. Tetapi ada
sebuah karya Saiyid Abdullah az-Zawawi saya peroleh daripada simpanan istana
Sultan Pontianak melalui Syeikh 'Isa asy-Syarwani, salah seorang keturunan ulama
besar sahabat Saiyid 'Abdullah az-Zawawi. Beliau ialah Syeikh 'Abdul Hamid
asy-Syarwani, penulis Hasyiyah Tuhfah Syeikh Ibnu Hajar.

Risalah yang ditulis dalam bahasa Arab diberi terjemahan makna bahasa Melayu oleh murid beliau, Haji Ismail bin Abdul Majid al-Kalantani. Pada halaman depan tertulis: “Ini fatwa daripada as-Saiyid Abdullah ibnu al-Marhum as-Saiyid Muhammad Shalih az-Zawawi jawab soal dari tanah Jawa ghafarallahu lahu Amin, bertarikh 25 Syawal 1330 H.” Diberi keterangan di bahagian bawahnya, “Dicapkan dengan kehendak as-Saiyid Ja'far bin Pangeran Syarif Abdur Rahman al-Qadri Pontianak, Amin Dicapkan pada Mathba' al-Haji Sa'id bin al-Marhum al-Haji Arsyad, tukang cap dan penjual serba serbi jenis kitab-kitab Arab - Melayu, nombor 82 Jalan Arab Street, Singapura pada 25 Syawal 1330 H oleh Muhammad bin Haji Muhammad Said Basrah Street, nombor
44, Singapura.

”Kalimat terakhir dicatatkan, “Diharap kepada ahli al-ilmi yang memandang segala makna yang tergantung ini sekiranya jika ada salah dan terang salahnya mintalah dibetulkan supaya jangan jadi panjang kesalahannya.” Selanjutnya disebut Ismuhu al-faqir ilallah nail al-amani Ismail bin Abdul Majid al-Kalantani.* Kandungan Risalah Fatwa Saiyid Abdullah az-Zawawi membicarakan suara dalam piring hitam. Yang diutamakan adalah mengenai hukum ayat-ayat atau surah-surah al-Quran yang dimuat dalam piring hitam. Atau dalam perkembangan sekarang seperti kaset, cakera padat dan lain-lain. Sebagai contoh terjemahan bahasa Melayu yang digunakan adalah seperti berikut, “telah zahir satu alat yang bercakap dengan huruf dengan berlagu dan pantun-pantun yang bersalah-salahan, berlagu-lagu dan menjerit.

Dan ada zahir pada setengah-setengah lauhnya yang dinamakan piring itu rekod namanya bacaan Quran dan bang. Dan jadilah ia berpanjangan pada tiap-tiap pasar, dan pada tiap-tiap perkumpulan, dan pada tiap-tiap kedai kopi. Dan dijualkan dia pada tiap-tiap toko (kedai) dan kebanyakan yang menjual itu bangsa Nasrani dan Majusi (China), dan lain daripada mereka itu....”


Bertukar wajah?

:D Lupakan pasal bertukar wajah.. namun bagi menepati konsep "perjalanan hidup" aku kini memilih template yg berupa satu diari kehidupan...

Lupakan pasal 'baju baru' ini, seantero peminat bola kini berpaksi kpd dua kelab gergasi eropah yg akan bertembung pagi khamis ini, iaitu my club Manchester Unired bertemu dengan Barcalona.. dan yg pastinya dua jejaka pilihan yg merupakan bintang kelab masing2, tdak lain dan tdak bukan adalah christiano ronaldo dan lionel messi... Nah ini dia wajah bintang pujaan anda! Korang leh copy wat wallpaper desktop anda...


Ha ni semua wallpaper 2009 taw... ambik ah! Rasai kemeriahannya PIALA UEFA Champions League!
Ini adalah keratan dari KOSMO!

BARCELONA - Pemain Terbaik Dunia FIFA, Cristiano Ronaldo dan
Lionel Messi perlu mempamerkan aksi yang berlainan sekiranya mahu menghadiahkan
kejayaan kepada pasukan masing-masing pada final Liga Juara-Juara.


Pemain sayap Manchester United, Ronaldo yang merupakan
penjaring terbanyak kempen Eropah tahun lepas dengan lapan gol, masih belum
menemui sentuhan dalam enam pertemuan menentang kelab Sepanyol, termasuk
terlepas sepakan penalti pada separuh akhir di Nou Camp musim lalu.


Penyerang Barca, Messi pula meledak lapan gol tahun ini,
dua kali ganda lebih daripada Ronaldo. Namun, dia gagal menemui penyudah dalam
10 perlawanan menentang kelab dari England termasuk dua aksi separuh akhir
dengan Chelsea.


"Sudah pasti pasukan dari England amat sukar untuk
ditentang," kata Messi yang juga bintang Argentina.


"Namun, saya tidak fikir final ini akan menjadi seperti
perlawanan- perlawanan lain."


Messi juga melontarkan pujian terhadap kebolehan
pencabarnya dari Portugal itu.


"Dia seorang pemain yang hebat dengan kebolehan yang
menakjubkan dan jika kamu beri dia ruang, dia akan menggunakannya dengan baik,"
kata Messi.


Ronaldo, 24, yang juga Pemain Terbaik Eropah pula
berkata, terlalu bahaya jika United hanya memberi tumpuan terhadap Messi sahaja
kerana Samuel Eto'o dan kapten Perancis, Thierry Henry juga beraksi dengan baik
musim ini.


"Sudah tentu Messi sangat berbahaya, namun begitu juga
dengan pemain lain," kata Ronaldo.
"Jika bermain untuk diri sendiri, saya
tiada peluang untuk memenangi perlawanan ini dan begitu juga dengan Messi. Kunci
kepada pertemuan ini ialah pasukan mana yang jarang buat kesilapan." -
Reuters
Saturday, May 16, 2009

Walking on the right foot...


Yup! Perjalanan yang tak disangka2 membawa tuah kpd individu itu sendiri. Itulah rezeki Allah. Tak kira siapa keadilan Allah tampak jelas, namun ianya tidak cukup hanya sekadar di mata kasar sahja untuk mempercayainya, gunakan mata iman, mata takwa, lebih daripada itu akan kita nampak, kerana rahmat Allah untuk manusia sangat luas...

Suatu ketika dahulu, aku cume kanak2 biasa sahja, belajar semahunya, bermain juga semahunya. Aku masih ingat ketika kampungku menghijau dengan musim padi, kelihatan ayah dan mak aku bersama penduduk yg lain sedang menuai.. indah. Ketika itu juga musim bemain layang2. jikalau dibandingkan sekarang budaya 'kekampungan' sudah tiada.

Seingat aku, tatkala berumur 6 tahun lagi aku sudah ade minat utk belajar (mengikut penceritaan mak aku ah), dan aku juga sangat minat melukis. Aku tak sempat nak tunjuk lukisan pertama aku di dinding umah aku. Klakar. Gambar seekor labah2. Dulu, yg menjadi 'blackboard' aku adalah dinding umah dan bilik. aku akan paksa mak aku utk mengajar a b c, dan mengira. Walaupun ketika itu mak aku sedang memasak, aku menangis2 paksa mak aku ajar apa yg aku mahukan.

Ini kerana aku tak masuk tadika atau pra sebagaimana org lain. Aku terkedu melihat kawan2 lain berlari pergi tadika. Yelah umah aku kan di tengah perjalanan ke tadika. Tapi aku mengucapkan syukur pada Allah, bahwa aku diberi peluang dengan mendapat mak yg sanggup mengajar aku. Lucu tgk aku meronta2 kerana cume nak blajar sahja
Aku masuk darjah 1, dengan pernuh persediaan. Ceewah, bukan bersedia sangat pun, nakalnya pun kebih juger... hahahah kenangan lama. Banyak kenangan lama aku di zaman sekolah. Dulu aku adalah wakil rumah hijau, sebab hijau warna kegemaran aku.

Antara kisah menarik yg aku rase seronok utk menulis disini, mungkin suatu hari nanti aku akan lupa:

Ketuk-Ketampi

Suatu petang di hari pembelajaran, dan petang itu aku ada kelas tambahan. petang itu aku ada kelas bahasa inggeris, dan cikgu dari sarawak yang mengajar aku 'time' tu. Nak taw x namanya? Sir Leo Nyandang Ajew, cikgu kristian yg pertama yg mengajar aku melukis, dan juga bahasa inggeris. Thanks to him kerana menjadi salah sorg yg hidup dlm sejarah aku. moga2 beliau menemui hidayah (kudoakan).

Seusai habis sesi pagi, aku dan kawan2 menyerbu parking basikal. Dgn girang persaan seorg kanak2 yg pulang dari sekolah, kami terus 'merempit' di jalan2. Oleh kerana ptg itu ade kelas tambahan, maka kami pun sepakat utk dtg balik ke sekolah bersama-sama. Oleh kerana kami ini adalah budak2 yg rajin sangat, maka dtg pun awal ah. Tapi bukan budak skema yg terus duduk termangu dlm kelas, tetapi sebaliknya kitorg pergi bermain takraw di padang bersebelahan ketika matahari menegak di atas kepala. seronok. Budak2 mana kenal erti panas, letih dan sbgnya. 5 minit sebelum kelas bermula kami bergegas dan berlari ke kelas. Aku semangat nak mencabar bhawa aku adalah pelari yg laju. tetapi...
....sesampai aku di kelas, aku terperasan aku meninggalkan sesuatu di padang. Buku. Ye, aku tertinggal buku. AHH! memang kecewa aku. Lari macam flashman tapi tertinggal buku pulak kat padang bersebelahan ngan sekolah. Berlari lagi aku. Ha kalu korg nak tau, aku tak ah smart mcm dak2 lain. Nak kta aku bdk berfesyen skema pun leh gak. Fesyen aku dulu, rambut sikat rapi belah tepi, baju (semua baju) tight in, seluar pulak (semua seluar) mesti angkat atas pusat.. dgn seluar longgar, aku angkat ke pinggang, berlari mnuju ke buku aku tadi. Dalam masa yg sama Sir Leo sdah nak sampai kat blik darjah.

Bile aku tbe ke kelas semuala, Sir leo sudah pun ade. Nasib badan.. Aku terus di arahberdiri kat depan dan kena ketuk ketampi. Dengan seluar longgar diangkat2, aku duduk bangun. Semua gelakkan aku. padahal aku dah dtg awal dah!

TWOR: Nantikan penterjemahan sebuah kehidupan aku:The World of Razali, episod seterusnya: "Melukut di Tepi Sawah"

Ini Bonus untuk anda. mahu tgk abg shamsul pakai kipas doraemon? Dan gambar Yahoo! Giant melompat!!!

Adil melompat dengan lebih tinggi!!! COMMEEEEYYYYYYYYY!!!!!

Aku kini sudah berkerja di Jabatan Perdana Menteri

Bersedia utk terbang.....!!!! An! An! Doooo--Raaaeee--Mooonnnn!!

Tuesday, May 12, 2009

Ceritera Sang Penuilisa...

Cerita ini bermula dengan jawatan baru aku di CENSERVE TEAM. Baru sahaja program induction course kami yang bertujuan mengeratkan ukhuwah antara B.O.P (Board of President). hari pertma iaitu hari Sabtu yang lepas, program banyak berkisar ttg sejarah CENSERVE itu sendiri dan How To Plan by Mdm Martinelli. Dan tidak di lupa juga thanks to Bro khairulzain dalam membentangkan procedure2 yg mungkin akan di dealkan oleh para student kita sebelum semasa dan selepas program.

Ianya tidak berakhir di situ sahja, kerana program di sambung semula pada sebelah malamnya di male sport complex. kami membuat program muhasabah dan bina kekuatan diri demi merentasi samudera sukarelawan muslim yang pastinya bakal menguji diri sesiapa sahhaja yang menerjunkan dirinya di dalam lapangan umat. Program berakhir sekitar jam 1 pagi.

keesokannya program outdoor activities pula. seronok kami ber"jungle tracking" di FRIM. Namun "canopy walk" tidak dpt dijalankan kerana ianya tutup pada hari berkenaan. Namun keseronokan jungle tracking dan akhirnay picnic di hujung perjalanan di samping sungai yang cantik dan batu bata yang keras menghiasi pemandangan mata.

Objektif paling utama adalah utk mengenal diri kita, siapa kita sebenarnya dan mengapa kita diciptakanNya. Bila kita dah kenal siapa kita, mengapa kita dipilih utk berada di jalan ini, kita akan sedar utk menghargai rakan yang ada di jalan yg sama, kita akan sedar yg kita punyai saudara yg perlukan kita, dan kita akan sedar juga yg kita pastikan bahawa kerja kita adalah kerja dakwah...

Aku dah mula terpikir utk meulis journal perjalanan aku di atas dunia Allah utk perkongsian bersama. Segala pengalaman aku baik buruknya agar di jadikan sempadan bersama... the world of Razali: Penterjemahan sebuah kehidupan....
Monday, May 11, 2009

Puncak Kasih...

Deruan motokar menggamit sang samudera,
Kasih termeterai bukan kerana nafsu semata,
Islam di puncak cuma sejarah terlakar,
Bukankah masa kita cuba membuktikan?
Tiada yang mustahil, tiada yang peduli,
Komposisi berkhilaf, beda yang jelas,
Tiada yang peduli, sedih! tiada juga yang peduli,
2 Dunia cukup berbeza, Dunia Akhirat tidak sama,
Namun satu jalan, membawa keduanya,
Dalam satu irama, nota lagu membuai syahdu,
semangat bersatu menuju, jambatan dunia
hujungnya akhirat, kekal selama,
Hutang terlerai, dengan azab atau nikmat,
pilihlah! tiada yang mustahil,
Pada puncak kasih,
Daripada Sang Pencipta Dunia......
Monday, May 4, 2009

I'm Baccckkk!!!



Aku mengambil SEM 3 kalu korang nak taw...so 2 bulan lagi aku akan menghabiskan masa aku ngan belajar di SEM 3 kat UIAM ni... aku ambil ni sebab nak abes cepat belajar, so leh ah prepare nak carik kejer nanti... baki semester yg tinggal adelah 2 lagi insyaAllah....

Pembuka sem yang agak perit, tgh pokai dan sedang mencari mana2 ade keje kosong ni... x kiralah catering ker, apa ker janji masuk pitih dalam poket... nak tampung 2 bulan aku kat sini... saper2 yang taw ade keje kosong utk part time ker leh ah ghoyak kat aku...

Guaner2 pun aku yakin kalu niat kita ikhlas nok ngaji, insyaAalah Allah akan tolong kita, takkan mati kebulurnya selagi ajal dok sapa lagi... ye dok?



Tapi keperitan ini sikit terubat ngan kemenangan manchester united ke atas skuad boro malam maghing, 2-0 petanda man u sekali lagi akan dijulang sebagai Juara EPL musim ini... utk ilmu pengetahuan korang, aku layan epl baru 2 musim dalam sejaroh hidup aku, start musim lepas, aku jatuh hati ngan gaya permainan man utd, jadik baru setahun jagung ah... aku start bola selepas diperkenalkan game football manager start awal sem aku kat UIA gombak ni....

itu citer bola, banyok bende yg berlaku baik aku kat rumah ataw di kota metropolitan ini... aku sapa KL hari sabtu lagi, tapi aku melepak kat umah abg DuDu, maghing baru sapa UIA.. insyaAAlah, aku dapat msg dari kawan lama consultant, ade program 3 hari kat Teratak Hijjaz Bangi, program motivasi budok2 sekolah, masyuk agak sikit leh ah cover aku minggu depan...

sedikit teruja ngan ikon asia Park Ji Sung yg telah menjaringkan satu gol ketika berdepan Middlesbrough yg berkesudahan 2-0 dgn jaringan awal oleh Ryan Giggs. Tgk ah kegembiraan de seperti yg ditunjuk kat dalam gambor ni...



itu adalah jaringan de liga selepas jaringan de kat stamford bridge berdepan Chelsea.... tahniah lah.... glory2 man utd!!!

Maghi-Maghi Perama!

Saing Kite Belake