Yup, memang sedih bro and sis sekalian... Anyway suddenly time and decision change!
Sebenarnya sedih kerana aku tak bisa menyambut Maulidurrasul bersama IPAC, di sana ada persembahan daripada rakan baik aku iaitu geng-geng cultural nak-nak (terutamanya) geng percussion yang aku kenal dari zaman matrik lagi buat show, dah lama aku tak melayan konsert harmoni dengan bunyi-bunyi muzik yang datangnya daripada Cak Lempong, Gamelan, Rebana Ubi, Percussion, dan macam-macam lagi.
Aku rindu untuk melihat konsert meriah yang bertajuk kan Cinta (Skala universal) bersempena pulak dengan Maulidurrasul mesti penuh dengan makna ni... Islamic Perfomarnce Art Concert, mana yang tak tahu dan tak der keinginan untuk menonton, persembahan hebat daripada geng-geng uia tu....
Anyway, yang tak bestnya adalah aku dah janji dengan Kak Liza dan juga Aisyah Soffea (Cousin biras aku sebab Mak sedaranya kawen ngan Bapa sedara aku).... itu yang rasa bersalah tu disamping memang minat aku untuk menonton culture performance ni, nak-nak (terutamanya) yang bertemakan kerohanian dan harmoni jer...
Ohhh...
Namun....
Yang sebenarnya aku melantik diri aku sebagai accompany Officer untuk program AEC yang di anjurkan oleh COMRADE kali ni, di sebabkan begitu banyak program yang di anjurkan oleh kelab-kelab, dan semua kelab di hadiri Accompany Officer makanya (Baca pelat Indonesia-Gaya Azam dlm KCB) aku pun beritahu kat abg Jamil bahawasanya aku pergi AEC lah sebagai Acc. Officer.
Abg Jamil lagi banyak nak kena Attend... hari sabtu sahaja dah empat program kena attend di temapt yang berbeza....
Manakala Abg Din pula akan menjenguk program pada hari Ahad yang di anjurkan oleh JKQ iaitu perogram Slaughtering Course...
Jadiknya hasrat aku nak pergi Survey ke Pos Lebir di batalkan dan di gantikan oleh Herman. Terima Kasih ya Herman kerana sudi menggantikan tempat aku dan menemani Najwa, Ayuni serta abg Samadi...
Makanya (Baca lagi dgn nada Azam KCB)...
Aku pohon maaf kat Kak Liza dan juga Aisyah a.k.a Pia~ kerana aku tidak bisa pergi IPAC....
Sedih menyelubungi hatiku...
Mungkin 'ummat' memerlukan aku!
RS: Siapa tau?
Sebuah Meja Kecil
8 years ago
1 orang jawab:
at: March 8, 2010 at 12:24 PM said...
tulisan yang bagus.. keep writing bro
Post a Comment