Assalamualaikum dunia bola sepak antarabangsa! Uhuk! Uhuk! Batuk sikit hari ini kerana Manchester United menerima kekalahan tipis di tangan Bayern pagi 31 Mac 2010 waktu Malayisa semalam. Adapun aku sebagai fan Man utd memang dalam kesedihan yang tidak beberapa ketara dek kerana kami ada gol saguhati yang akan di bawa ke old Trafford nanti.
Senyum sedikt. Lega.
Kemenangan memang boleh melonjakkan keyakinan. Namun begitu kemenangan berterusan juga boleh menyebabkan kecuaian. Dan aku dengan yakin Man Utd akan dapat menumbangkan gergasi Bayern kerana factor kekalahan yang mungkin sudah berada di dalam perancangan pengurus Sir Alex Ferguson atau Pak Alex sebagaimana di gelar di sokernet.
Dan mungkin Man Utd mengikut jejak Chelsea yang sudah di tunjukkan jalan keluar oleh Inter yang pada separuh perlawanan awalnya berlangsung di san siro turut berkesudahan seperti keputusan Man Utd iaitu kekalahan 2-1. Dan mereka tidak mampu bangkit di tempat sendiri dek kerana Jose yang memang sudah basi hidup di Stamford bridge selama 2 musim dengan piala untuk the blues. Mungkin beliau sudah tahu bilangan rumput di padang Stamford agaknya!
Dan mungkin jua Man Utd membuat kebangkitan seperti mana Arsenal pada musim ini yang bangkit daripada ketinggalan 2-1 di tempat lawan dengan membenam Sporting di Emirates dengan jumlah yang banyak. Tapi harus diingat bahawa sanya perlawanan yang di anggap sebagai perlawanan ‘akhir ulangan’ semalam bukan berakhir setakat 2-1 sahaja. Mereka masih ada baki 90+ minit perlawanan lagi di Old Trafford. Jadi bergembiralah sementara masih ada waktu keranan Man Utd bukan kelab yang mengecewakan penonton di kampung mereka sendiri. Masih ingat perlawanan menentang As Roma 2 tahun yang lalu? Fikir-fikirkan lah yer…
Sedikit ulasan perlawanan sebelum aku terus menerjah kajian aku tentang Berbal-Tov ini:
Well pemanandangan di Kota Bola Sepak iaitu di Cafeteria’ al-Faruqi memang gemilang bermula pukul 2.30 pagi lagi. Macam-macam manusia ada, putih, hitam, sawo matang, separuh matang dan tak matang langsung berkumpul bagaikan satu pesta antarabangsa. Memang kota yang terkenal dengan penduduk tetap berbangsa bangla ini menyediakan kemudahan yang sangat baik sekali.
Shreeeeeeeeeeeeekkkkkkkk!!! Bunyi cengakaman brek tangan jet peribadi Nazli menghiasi ruangan luar Kota ini. Aku di temani Apai serta pilot, Nazli turun daripada jetnya dengan penuh bergaya. Kamera merakam kaki kami dahulu dan shot daripada jauh ala-ala blur effect memang menambahkan lagi mutu serta keunggulan watak kami pada pagi itu.
Minit ke-2 gamat stadium di Kota German dan di Kota al-Faruqi setelah dengan gahnya Rooney menambah jaringan peribadi nya setelah reflect assist oleh Nani tepat di kakinya yang jaraknya dengan gol serta penjaganya cuma beberapa meter. Keseluruhan permainan memihak kepada skuad Bayern kerana mempunyai kelebihan bermain di kampong mereka sendiri sambil di saksikan oleh isteri-isteri mereka, awek-awek skandal dan gundik-gundik yang mana ada, tidak ketinggalan pelacur yang mereka telah langgan.
Minit-minit di hujung perlawanan menyaksikan reaksi positif daripada Bayern dan Man Utd pula mempamerkan reaksi negative setelah captain Neville sengaja bermain bola dengan tangan dan seterusnya menghadiahkan gol penyamaan melalui sepakan tidak berbayar oleh Ribery. Kenegatifan yang di tonjolkan oleh Man Utd terus membuahkan hasil yang cukup manis dan positif kepada Skuad Bayern setelah saudara Olic sekali dengan mudah merobek gawang yang di jaga kebal oleh yang berhormat Van de Sar. Kekeliruan dan kecelaruan pertahanan Man Utd memang menambahkan lagi perisa kekalahan bagi skuad yang aku sokong ini sejak 2006.
Maka keputusan memihak kepada Bayern dengan agregat suku akhir pertama ini iaitu 2-1.
Berbal-Tov bukan Super Sub!
Setelah aku meneliti gaya permainanya, dalam permainan beliau banyak menyokong dakwaan aku. Setiap kali Berba di masukkan pada minit 60+ ianya banyak merubah permainan daripada laju kepada slow, daripada slow kepada super slow (maaf, bukan super sub).
Berba memang seorang penyerang berkelas dunia di dunianya sendiri. Tekniknya yang di paras tertinggi memang tiada pada pemain lain, namun kebiasaan Ferguson menjadikan dia sebagai alat ntuk mengubah taktikal dan menyelamat permainan dalam taktikal ‘menghabiskan masa’. Buktinya tengok di hujung permainan di mana Berba akan bawa bola ke sudut padang dan cuba bermain acah-acah tak mahu bagi bola kepada pemain pertahanan lawan. Bukan 2 orang yang cuba rampas namun pernah sampai 3 orang yang join permainannya itu di sudut padang.
Setiap kali beliau masuk sebagai pemain gentian ianya bukan bertujuan untuk beliau menjaringkan gol tapi sekadar ingin merubah taktikal dan merehatkan pemain.
Tapi Berbal-Tov adalah berbeza apabila…
Beliau memulakan langkah pertama dan bermain sejak dari wisel peniup dimulakan lagi. Tekniknya dan persefahaman dengan pemain lain akan membuahkan gol-gol yang menarik. Latest perlawanan antara Man Utd dan Bolton. Berbal menjaringkan 2 biji gol! Nah, buktinya sudah jelas beliau sangat berbisa andai di biarkan dia bergandingan dengan super striker the rudeboy rooney dengan syarat dia harus bermain sejak angka masa 00:00 lagi!
RS: Aku dengan yakin membuat persamaan evolusi KL Drift dengan MU vs Bayern! Sama hebat! Huahuahua! Yang pastinya Man Utd boleh bangkit di suku akhir kedua nanti mingu depan…..
2 orang jawab:
at: April 1, 2010 at 12:28 PM said...
anak si sudin layan bola saja skrg..hahaha..best2..weekend ni tgk MU VS Chelsea plk =p
at: April 1, 2010 at 1:04 PM said...
hahahahaha... bereh ja.. tgk chelsea lak, tnpa rooney tu.... Minggu pack dgn bola minggu ni.. tapi masih lagi mejalankan tugas macam biasa.. welll malam ni pekena bowling lagi... yeargh!
Post a Comment