Ntahlah aku nak cerita apa, tapi yang pastinya aku cukup merasai betapa banyaknya kerja yang aku akan buat untuk Centre for University Social Responsibility (CENSERVE) . Bila melihat strategic planning dan BalanceCore Card <--- ntah macam mana ejaan de aku pun tak ingat @ mungkin tak tahu :p
Malam ni pukul 8.30 mlm aku ade game bowling (saje ak main meraikan yang aku da abes exam.. awal kot sejak 31 mac lagi) anyway malam ni aku nak mengasahkan skill2 terpendam aku yang harus di gilap ni. Aku tahu aku ada bakat tapi tak kena cara (ayat perasan).
Lepas mendengar lagu-lagu maher zain aku telah jatuh cinta akan lirik "Open Your Eyes". Korang tahu tak bagaimana lagu tersebut di cipta? Adalah satu video tu.. aku adala ambik kat internet kebetulan lagu Open Your Eyes di main... sambil-sambil layan syahdu lagu ni, tengah-tengah video tu pap terpancul video seseorang sedang bagi ucapan tentang bagaimana de melekat terus dengan Islam ni ha.... Best cerita de, sambil melawak lagi ngan audience... Subhanallah.. Macam ni ceritanya.... jeng.. jeng... (kitaro masuk..)
(Translate dari bahasa Inggeris: Ada la satu malam tu I baca Quran dengan sangat khusyuk dengan niat untuk mendalami agama ini. Memang masa tu memang keadaannya sangat senyap. I nyalakan lilin depan I dan bukakkan tingkap. Nyaman pada waktu malam di musim panas kat melbourne ini.
I cuma ingin menyingkap semangat kerohanian, dan malam inilah penentu sebelum I terus masuk Islam.
Lepas I baca beberapa ayat daripada Quran, I berdoa pada Tuhan, dan I mintak agar Tuhan tunjukkan walau benda kecik pun takper berlaku di depan mata I bagi membuktikan kekuasaan Tuhan.
Tolonglah Allah, tunjuklah apa sahaja. I tahu Engkau Maha Berkuasa akan segala sesuatu, benda kecik ni takde hallah. Mungkin Engkau boleh menunjukkan sesuatu kepada I. Mungkin api lilin tiba-tiba menjadi besar ker... (gurau Maher zain sambil di sambut dengan ketawa para audience)
Subhanallah. Takde apa-apa yang berlaku. Resah I seketika.
De bercerita lagi: I tak putus asa. I mintak lagi kat Allah, tolong lah tunjukkan kekuasaanMu ya Tuhan. I tahu Engkau mendengar dan tahu. I akan teguh dengan agama ini andai Engkau menunjukkan pada I akan sesuatu. Ok Tuhan, buat sesuatu! Senyap. Tidak ada apa-apa yang berlaku.
Dia merenung seketika. Subhanallah.
Sudah puas berharap namun tetap tidak ada tindak balas atau jawapan dari Allah. De sambung cerita lagi: I akhirnya bukak al-quran dan pada muka surat yang sama, ayat yang juga ayat selepas tempat I berhenti tadi, I terharu.. kerana ianya berbunyi begini:
"For those of you who asks for the signs, have you not shown for your reading, look around you, look at the star, look at the sun, look at the water, these are the signs for people of knowledge"
Subhanallah!
Allah menjawab apa yang di pinta oleh dia, seorang khalifah yang berusaha mencari identiti dan kebenaran. Adakah kita yakin? Tepok dada tanya Iman okey.....
RS: Adat susah baru teringat kat Tuhan, bila senang apa yang dipikrkan agaknya yer..... nak feeling lagi layanlah video di sini

0 orang jawab:
Post a Comment