Copyright © Travelog Mujahid Rindu...
Design by Dzignine
Saturday, May 15, 2010

Mana Dudu?

....Aku ada Update special untuk mung ni....

Analisis @ preview EPL season 2009/2010

 Terlebih dulu aku nak ucapkan tahniah kepada team The Blues. Korang memang terbaik untuk musim ini.
Setiap orang memandang bola sepak ini di dalam banyak versi. Ada yang beranggapan permainan ini adalah hiburan macam tengok filem atau drama, dan ada juga yang layan bola ini sebagai ritual agama (yang ni memang sesat ah) dan ada juga yang menikmatinya sebagai satu ruang perniagaan (seperti yang berlaku di EPL -ketaranya). Tapi bagi aku,aku menikmatinya sebagai melengkapi satu ruang ilmu iaitu di panggil ilmu pengurusan.

Di dalam ilmu pengurusan, planning, taktikal, strategi, marketing, stress management, ekonomi semua di ambil kira. Itu lah sebab aku minat bola ni, terutamanya bola sepak eropah, bukan aku tak suka liga tempatan, tapi liga tempatan tidak memenuhi syrat-syarat interest aku.

Mengapa bola?

Mudah. Setiap apa yang di terjemah kan di dalam sukan ini banyak memberi aku skill-skilk pengurusan yang tersirat tidak yang tersurat. Ini keran apabila kita mulai faham apa yang tersirat, ianya cepat jatuh ke hati dan memberikan satu keinginan untuk mencapai sesuatu menjadi kuat.

Sebagai contoh: Player yang tidak bagus akan memberi persembahan yang buruk. Kesannya, tidak dapat mencapai apa-apa kejayaan. Lagi teruk, penonton pun kurang, harga tiket tidak laku. Bagi non-muslim, duit betting pun tak dapat. Dan yang paling teruk, penaja lari, bajet tidak menetu, pembelian menjadi sifar, pemain jatih moral, duit kemenangan dan pelaburan menjadi tidak stabil, maka bangkrap adalah jalan terakhir. Hutang bertambah, kelab akan di jual.

Bila aku mula minat bola?

Tanyalah dudu, atau siapa sahaja rakan-rakan lama ku baik remaja atau dewasa, adakah aku peminat bola suatu ketika dulu? Tidak. Tidak minat langsung. Namun ianya berubah sejak aku di perkenalkan dengan satu permainan yang di panggil Football Manager pada tahun 2006, tahun aku menjejakkan kakiku di UIAM Gombak.

Mengapa MU tidak Chelsea atau Portsmouth?

Selepas observation yang kau buat, MU lebih baik pengurusannya. Lebih telus dan strategi marketing yang mantap. Nama pun dah globalize, so aku tak payah nak buktikan apa-apa kan?

Okaylah, apakah analisis kali ini?

Sudah sampai kita di topik perbincangan asal kita. Aku bukan Shebby Sigh yang boleh berhujah di ESPN atau Astro Supersport, tapi dengan sedikit pemahaman dan penilaian yang boleh aku buat, aku tidaklah ingin menegakkan benang yang basah namun aku ingin berkongsi kualiti yang ada pada sang naib juara iaitu Manchester United berbanding sang Juara.

Sekiranya kita dapat lihat dengan jumlah jaringan gol yang di buat oleh Chelsea, memang mereka sepatutnya bergelar dan layak menjadi juara. namun skrip perjuangan tidak boleh di terjemahkan melalui sudut bilangan jaringan sahaja, tapi kita harus melihat di semua sudut.

1) Sudut pihak lawan. Cuba rakan-rakan tengok dengan siapakah mereka bertemu sehingga dapat mejaringkan banyak gol. Memang lah betul Aston Villa kuat, namun tetap 7-0 juga tapi tengoklah prestasi mereka masa permainan tersebut. Ianya cuma nasib plus konsisten, so Chelsea menang kerana kualiti itu.

2) Pengalaman serta orang tua. Yang ini memang layak untuk di copkan ke dahi skuad Chelsea. Aklu sudah pun mengganggap chelsea adalah juara apabila Carlo menjdai pengurus. Beliau aku anggap sebagai sentuhan penyudah selepas Scolari dan Guss Hiddink. zaman Grant mereka masih mencari rentak lagi kerana baru sahaja di tinggalkan the special One.

3) Pengadil. Banyak berpihak kepada the Blues. Bukti yang mudah kemenangan kontroversi berdepan MU baik di OT atau di SB. Drogba? malas nak ulas.

4) Kelemahan pasukan lain. Ini memang di akui. Mereka berjaya mencuri peluang setelah MU mencicirkan mata di tangan pasukan-pasukan yang cikai.

Apakah kualiti yang ada pada MU?

@ MU bermain tanpa kelibat tonggak utama di bahgian pertahanan beberapa minggu. Bayangkan Carrick, Fletcher berganding bahu menjaga gawang daripada di bolosi. Tapi tetap fight till the end kan?

@ Walaupun kalah pada pertemuan pertama MU vs Chelsea yang MU kalah dengan keputusan 1-0 gol oleh Terry, MU tampak lebih kemas baik di pertahanan, tengah mahupun serangan (err serangan jer tumpul sikit).

@ MU takdelah sehebat penjaring Chelsea yang banyak menggegarkan gol-gol lawan, tapi MU tetap berusaha untuk mencabar kedudukan teratas tanpa penat lelah dan jemu serta boring.

@ CR n Tevez memang dah takder di OT, namun MU tetap juga berusaha sampai di peringkat akhir perlawanan.



Ryan Gigss berkata:

"Musim ini memang mengecewakan. Kami banyak bergantung harap pada Wayne (Rooney), dan ini tidak sepatutnya belaku. kami nyata berbeza daripda musim yang lalu di mana kami berjaya menjaringkan gol di setiap sudut, dan kami gagal bebuat demikian pada tahun ini. kami akan kembali pada musim depan dengan menjaring kan gol di setiap sudut tanpa bergantung harap cuma pada Wayne"



SAF pula berkata sambil menghadap penonton di OT:

"Saya mengucapakan terima ksih kepada semua yang terlibat baik pemain, staff-staff dan juga peminat yang selalu berada di belakang kami. Anda semua hebat, saya cuma boleh mengucapkan tahniah buat Chelsea dan Carlo, mereka memang hebat. Namun begitu, kita akan kembali lagi musim depan, sudah tentu dengan lebih hebat. kami akan bawa pulang trofi ke sini pada musim depan, kerana ini Manchester United"



Tapi jangan bimbang kerana skuad pelapis MU tidak pernah lekang dengan munculnya bakat-bakat baru. Musim depan akan menyaksikan gandingan baru Javier "Chitariti" Hernandez, penyerang Mexico yang akan menyarung jersi baru MU dengan tajaan baru iaitu "AON" menggantikan "AIG" seperti sekarang ini.

Apa-apa pun tahniah lagi sekali buat skuad Chelsea, bergembiralah selagi ada masa, kerana musim depan tidak semestinya MU akan mengalami situasi yang sama seperti muism ini. "Key" kekalahan MU pada musim ini adalah di saatnya tumpasnya MU kerana gol offsaid Drogba... ;)

Ops, lupa pulak. Tahniah untuk Fulham dan juga Tottenham kerana berjaya di saingan Eropah dan bakal memasuki Big 4 musim ini. Walaupun  tewas 2-1 Fulham di tangan Atletico, Final UEFA Europa League adalah satu tahap tertinggi yang belum di capai oleh sejarah Fulham dan kini mereka sudah merasainya.

Atletico Madrid meraikan kemengan mereka

0 orang jawab:

Maghi-Maghi Perama!

Saing Kite Belake