Aku di jemput untuk menghakimi Pertandingan Nasyid Peringkat Negeri Sembilan anjuran Kemajuan Masyarakat (KEMAS). Dengan menjadi juri di samping saudara Nazli (x-Fareast) memang memberi aku banyak pengalaman dan pembelajaran dalam bab menjuri.
Antaranya bagaimana cara untuk kita memberi markah dalam suatu-suatu pertandingan. Terlebih dahulu kita kena tahu kriteria -kriteria penting dalam satu-satu pertandingan. Ok, sekarang kita pergi kepada pertandingan nasyid (sebab aku cuma tahu dalam bidang ni je). Di dalam nasyid, ia nya terbahagi kepada beberapa skop utama untuma di adili. Pertama; Suara.
Suara memang aset penting dalam menyampaikan satu-satu lagu. Ada suara lunak, merdu dan suara jantan. Tapi dalam pertandingan yang aku hadiri ni takde lah pulak suara jantan sebab semuanya perempuan. Dan apa yang penting untuk kita hakimi nya adalah dengan ada ilmu dalam bidang vocal (suara). Kita kena tahu bahagian mana suara perlu di tarik, dan bahagian mana pula untuk kita voicing (harmoni dalam ramai-ramai). Dan juga di mana pula seorang penyanyi patut mendatarkan suara nya.
Yang keduanya adalah persembahan. semakin unik dan bermakna serta ada simbolik di dalam setiap gerak-geri yang di pamer akan mempengaruhi pemarkahan. Semakin unik persembahan tersebut semakin tinggi nilai markahnya. Kita kena tahu dan lihat serta fokus pada setiap gerak-geri performer.. Nereka seharusnya menggunakan ruang lingkup pentas sebaiknya. Gerak-geri anggota badan pula jangan lah terlampau sehingga membatasi syariat (untuk wanita), seiringlah dengan mesej yang ingin di sampaikan. Regard untuk satu kumpulan yang berjaya menyampai satu lagu keinsafan dengan jayanya. Persis seorang ibu menasihati anaknya. Memang terbaiklah makcik, hampir menitis air mata dengan lagu 'insaflah diri'.
Yang ketiganya pula adalah lagu. Bentuk lagu, lenggok lagu, tempo lagu dan rentak sesebuah lagu dinyanyi kan adakah menepati sistem pemarkahan yang akan di perhatikan oleh juri. Sesetengah orang menilainya dengan cuma menggunakan telinga sahaja. Ingat juri kena menggunakan kedua-dua telinga dan hati. Adakah lagu itu di sampaikan untuk menyedapkan halwa telinga sahaja atau menyerap masuk ke dalam hati setiap penonton. (Andai meninggalkan syahwat di hati manusia ia nya haram-ingat tu!). Apa yang di maksudkan dengan sampai ke hati adalah kesan nilai yang positif seperti hati tenang dan juga membuatkan hati begitu merintih atas dosa-dosa yang pernah di lakukan serta hati teruja untuk mengetahui rahsia kekuasaan Allah. Lagu juga harus seiring dengan muzik yang di mainkan. Orang kata irama dan lagu tidak boleh di pisahkan kan?
Yang keempat pula adalah lirik. Jangan hanya tengok pada lagu, tengoklah pada mesej yang ingin di sampaikan, begitulah kata sifu Nazli kepada aku. Setiap patah-patah perkataan yang di gunakan haruslah terang mesej nya, tidak perlulah berbunga-bunga banyak sangat, namun cukuplah makna amar maaruf nahi mungkar cukup jelas untuk kita faham. Jikalaulah nilai Islam yang kita bawa, biarlah nilai itu di seru kepada seluruh umat islam, janganlah kita cuma menasihati kepada suatu-suatu bangsa sahaja, kan bunyinya tidak adil kat situ. Di mana persaudaraan dalam Islam andai menyeru kepada kaum melayu sahaja kan? Lirik yang bagus adalah lirik yang mempunyai kesinambungan. Ada mukadimah nya dan ada di bahagian puncaknya, serta ada penutupnya.
Yang terakhirnya adalah markah istimewa atau markah emas. Markah ini di berikan atas penampilan dan juga kekemasan, yang mana perlu di beri untuk menolong satu-satu persembahan. Mungkin ada kelainan yang harus kita tengok dan beri markah agar sekurang-kurangnya dia tahu di mana kelebihannya di sebalik banyak kekurangan yang di pamerkan.
Ingat untuk memberi markah, ada juga caranya tau. Buatlah sistem berpoint, contoh markah out of 30 %, berilah 28.9 %. ini akan membuat kan markah ini juga turut bersaing dan tidak menampakkan terlampau banyak bezanya. Satu sebabnya adalah untuk memberi semangat kepada peserta, denagan perbezaan markah sebanyak 0.3 % mereka akan faham bahawa di antara yang terbaik pasti ada yang lebih baik. Jikalaulah tidak ada sistem point, jumlah perbezaan markah mungkin jatuh kepada 1 atau 2, kan banyak beza tu?
So, bagi siapa-siapa yang ingin jadi juri... Jangan lupa menggunakan teknik ini ya? adililah dengan mata hati, jangan depend on mata kasar jer, asal cantik je terus markah tinggi ek!
0 orang jawab:
Post a Comment