Hari ini aku rasa aku ingin postkan satu cerita sedih lah pulak.. Mungkin ada rakan-rakan yang sudah tahu akan cerita ini, namun aku ingin menceritakan kepada dunia bahawa sanya hari ini adalah hari aku bersedih.. bersedih dengan permainan dunia, sedih dengan apa yang berlaku kepada saudara-saudara kita di sana, begitu banyak kesedihan ini, bagaikan bumi juga turut merintih, dan mungkin rintihannya sudah tak tertanggung oleh nya, maka tunggu masa sajalah bumi ini mneggeledak dan meletup….
Aku dilahirkan pada 9 Januari 1986, pada hari Khamis, pukul 3.30 petang di hospital besar Kuala Terengganu. Pada tahun ini jugalah Sir Alex Ferguson menandatangi kontrak menjadi pengurus Manchester United. Pada saat itu, keinginan ibuku untuk mendapat anak perempuan tidak kesampaian. Ini kerana aku lahir dalam fizikal seorang lelaki.
Kehidupan waktu kecil aku banyak bermain dengan kaum perempuan. Mujur aku tak jadik pondan jer. Sejak umur aku 5 ke 6 tahun aku, minat aku pada belajar sangat tinggi. Aku tidak di masukkan ke tadika kerana masalah ekonomi meleset. Jadi, guru atau cikgu pada waktu itu adalah ibuku. Aku tarik tangannya daripada memasak untuk mengajar aku membaca.
Aku takut aku tak pandai berbanding kawan-kawan aku yang sudah belajar di tadika. Aku paksa ibuku sehinggaka aku pernah kena marah kerana meminta pada waktu yang salah. Habis dinding rumah ku ada unsure-unsur artifak dan manuskrip yang bersejarah. Pada waktu itu juga lah bakat lukisan aku dapat di kesan. Lukisan pertama aku adalah seekor labah-labah yang kini sudah hilang di sebalik cat rumah.
Cuba cari aku yang mana -komfirm lah takder, sebab ni bukan gamba aku!
Apabila aku masuk ke darjah satu, di sinilah permulaannya aku berkawan dengan budak-budak lelaki.Mungkin kerana aku mempunyai sentimen kesenian yang kuat, mudah terguris, perasaan mudah tersentuh, hati yang payah untuk di telah, serta kesenian yang melampau. Maka aku tidak seperti budak-budak lelaki kampong yang lain.
Oleh kerana itu lah jua, aku di buli oleh budak-budak kampong. Sebabnya aku tidak masuk tadika. Takde kawan lelaki, dan Cuma berkawan dengan budak perempuan. Sehinggakan budak lelaki muda lagi dari aku turut membuli aku. Aku pernah di kejar keliling kampong, dan diikatkan pada sepoho pokok. Mujurlah tok angkat aku ada dan menyelamatkan aku. Aku di pukul dengan ranting oleh adik beradik perempuan yang rumahnya selang 2 buah rumah dengan aku. Kadang-kadang aku yang sedang belajar menaiki basikal di tolaknya kedalam semak.
Namun senario ini akhirnya berubah sejak aku masuk ke sekolah rendah. Perlahan-perlahan ianya kembali kepada senario yang aku inginkan. Tidak ada pembuli lagi. Aku pun dah ada kawan-kawan lelaki.
Namun senario ini akhirnya berubah sejak aku masuk ke sekolah rendah. Perlahan-perlahan ianya kembali kepada senario yang aku inginkan. Tidak ada pembuli lagi. Aku pun dah ada kawan-kawan lelaki.
Satu masalah lain pula timbul. Ayah aku selalu membanding-bandingkan aku dengan budak-budak lelaki lain. Mungkin kerana sikap serta perwatakan aku yang berbeza, maka perasaan untuk membantunya di tanjung serta di kebun tidaklah seperti kanak-kanak lain. Aku lebih suka bersendiri di rumah, sambil membuat komik dan melukis. Aku meniru karya-karya yang ada seperti komik Bip dan Kawan, dan akhirnya aku dapat siapkan satu buku komik Kawan yang baru.
“Cuba tengok kat mamat anak pok Latif tu, siang malam tolong mak ayah di tanjong. Angkut jagung berguni-guni.”
(sumber gambar: http://www.flickr.com/photos/mzaidi_dot_com/3227689889/)
Aku Cuma mampu berdiam sahaja. Aku tahu, aku tak mampu nak melakukan extra macam mamat tu. Aku lain. Kadang-kadang sampai aku menangis seorang siri. Dulu yelah masa kecil aku tak faham apa-apa pun, tapi aku tak salah kan kedua ibu bapa aku dalam hal ini, dah memang anak jati kampong, harus tahulah kerja-kerja kampong kan.
Memang aku lain. Siang-siang hari aku duduk lepak berjam-jam di kedai Semek untuk membaca buku. Dia banyak beli buku untuk anaknya, jadik aku lah yang paling benyak membaca buku di situ. Dulu kat rumah aku takde tv pun, balik sekolah jer aku terus berlari ke rumah kawan aku semata-mata nak menonton doraemon dan juga flashman, hahahahahaha…
Aku adalah orang kampong yang tak pandai berenang. Pernah sekali aku ikut mandi di tanjung bersama rakan-rakan. Seronok lompat-lompat ni… Tapi dalam keseronokan itu akhirnya membuatkan aku hampir lemas. Dalam keadaan panik aku berenang ke daratan, sambil pejam mata tu… tak sedar, da atas pasir pun aku terus mengepak-ngepak tangan!
Nombor keputusan masa sekolah rendah dulu dalam area 1 ke no 4. Pernah dapat no 5 cuma sekali je lah. Tapi aku tak pernah dapat no 1, sebab itu adalah hak milik anak cikgu. Walau apa-apa pun aku tetap dapat hadiah tiap-tiap tahun, mungkin jadi pengawas terbaik, atau kehadiran terbaik, atau pelajar terbaik, atau pengawas perpustakaan terbaik. Bolehlah membuatkan ibuku datang dengan senyuman dan balik dengan senyuman.
UPSR pada masa aku agak susah sikit. Cuma seorang dapat 5 A, manakala aku dapat 3 A jer. Kawan aku yang dapat 3 A menangis, tapi aku tak…
Sudah sampai pemilihan sekolah menengah…
Di mana aku bersekolah? Dan bagaimanakah keadaan aku di suasana baru? Bersambung…..
0 orang jawab:
Post a Comment