Copyright © Travelog Mujahid Rindu...
Design by Dzignine
Saturday, November 6, 2010

Adik Angkat Aku??

Assalamualaikum semua. Amalkan Bismillahirrahman sebelum membuat apa-apa perkara (seperti mana saranan dalam usrah yang lalu).


Gambar disebelah tiada kaitan dengan etri kali ini, sengaja aku letak kat dalam blog ini untuk kenangan lama dengan kawan-kawan lama, lagi pun aku masa ini masih kurus.

Sebelum aku terjun kepada cerita yang sebenar, aku nak minta maaf kat Paliq sebab aku tak dapat nak turut serta dalam usaha murni kalian dalam Skuad Prihatin ABIM. Hati teringin tapi apakan daya (i'd love to but i can't), kerana faktor-faktor yang tertentu.

-----------------------------------------------

Okeylah, SELAMAT DATANG KE DUNIA BOLA SEPAK! Tahniah kat Sokernet sebab berusaha untuk menghapdet halaman mereka dengan prasarana yang lebih baik serta nampak ketulusannya walaupun sekarang ini sakit mata dengan tema baru mereka (harus diingat masih dalam pembikinan @ proses- tak sabar nak tengok tema baru bila dah siap.)

Hari ini aku nak cerita pasal 'adik angkat' aku yg comel dan kiut ini. Siapa? Ha.. nanti aku akan tunjuk siapakah empunya diri.

Budak ini baru berumur 22 tahun. Dilahirkan di Guadalajara, Mexico pada 01 Jun 1988. Jikalau dah kat Mexico maknanya 'foreigner' lah kan? Budak ini memang seorang yang bercita-cita besar seperti mana bapanya dan atuknya.

Walaupun sudah berumur 22 tahun, dia telah pun berjaya menempa nama sebagai remaja yang agak berjaya dalam hidupnya. Berjayanya beliau bukan di pentas debat, mahupun pertandingan catur sedunia, tetapi kerana faktor bola sepak.

Sejak 2006 budak ini telah menyumbat sebanyak 29 gol dalam 79 perlawanan. Budak ini juga banyak mewarisi bakat penyumbat gol yang bagus daripada ayahnya yang turut mempunyai nama yang serupa dengannya. Namun begitu peminat tetap mahu membezakan mereka anak beranak ini dengan nama gelaran yang diambil daripada perkatan 'kacang'.

Dengan wajahnya yang kiut itu, budak ini juga dikatakan jelmaan seorang lagi lelaki yang kiut yang kini menjadi jurulatih di dalam skuad Setan Merah. Lelaki itu dulunya terkenal dengan seorang mahir menyumbat gol persis dengan budak ini, (yang sebenarnya budak ini persis lelaki itu).

Perjalanan hidupnya sangat menarik. Pernah ayah menceritakan bahawa budak ini ketika mudanya sangatlah merasa rendah diri dan pernah kehilangan keyakinan kerana tidak dapat menjaringkan gol. Namun dia tidak putus asa, kerana setelah dinasihati bapanya yang agak penyayang (keluarga bahagialah ni) budak ini kembali garang di depan gol.


Budak ini akhirnya sah milik Setan Merah. Masih muda dan dipenuhi dengan bakat, ramai peminat menyifatkan budak ini bakal menjadi salah seorang lagenda bola sepak. Proses kemasukannya dalam skuad Setan Merah memang menarik untuk kita turuti. Ia ibarat sedang menerima kejutan hari lahir atau mendapat hadiah secara engejut kerana ianya berlaku dalam keadaan cukup terancang serta penuh dengan kerahsiaan. Cuma pengurusan dan ayahnya sahaja yang tahu, hatta jiran sebelah rumahnya yang selalu datang makan malam pun tidak pernah tahu akan hakikat ini.






Mak, ayah dan budak ini mendapat jemputan untuk menyaksikan satu perlawanan antara Setan Merah dan satu pasukan. Mereka diberitahu untuk datang melawat dan bercuti (macam pakej lah), namun sebaik sahaja perlawanan berakhir, satu dokumen berjaya ditandatangi dengan suasana ynag sungguh menakjubkan.

"Saya tidak percaya sama sekali akhirnya anak saya berjaya berada di sebuah kelab yang terkemuka di dunia," sambil menyekang air mata, bapanya bersuara. Masih tidak habis lagi perasaan gembiranya setelah melihat anaknya berjaya menyertai kelab Setan Merah.

Budak ini menjalankan kehidupan seharian kini di Kota Manchester. Dengan kelebihannya yang mudah mesra, lagipun mahir berbahasa Inggeris, budak ini cepat menyesuaikan diri malah berjaya mencatat selaku penjaring di kejohanan pertama musim iaitu di perlawanan Sumbangsih antara Skuad Merah dan Biru. Dan kini budak ini sudah pun menjaringkan 6 gol dalam 12 perlawanan dan 2 golnya telah dikira sebagai gol yang paling menarik pernah disaksikan. Gol pertama terkena muka sendiri dan terpantul ke dalam gawang, manakala gol kedua merupakan tandukan belakang yang menggunakan belakang kepala.

"Saya memang tidak melihat pun bola tersebut tetapi saya seolah dapat merasakannya, dan saya cuma mencuba, tidak tahulah pulak ianya tepat memasuki gawang gol lawan," jelas budak ini dengan bangganya. Masih kemerahan lagi wajahnya kerana gembira dapat menjaringkan 2 gol yang memacu kemenangan pertama di tempat lawan.

Adik angkat aku ini mungkin akan diturunkan pada perlawanan malam ini. Sudah pasti kerana skuad Setan Merah ini sudah pun kehilangan 2 tonggak utama iaitu Nani dan Fletcher. Walau apa-apa pun aku harap adik aku ini yang merupakan pemain Mexico ayng pertama pernah ada di skuad Setan Merah ini dapat menyumbat gol lagi pada malam ini.
Budak yang aku maksudkan ini adalah Javier 'Chicarito' Hernandez, pemain memukau di Kejohanan Piala Dunia 2010 serta mencatat rekod pemain paling pantas di dalam kejohanan Piala Dunia. Tahukah korang pembelian Setan Merah ke atasnya adalah pembelian yang sangat murah dan berbaloi kerana perjanjiannya sebelum Piala Dunia berlangsung lagi. Pengurusan yang cekap pastinya datang daripada pengurus yang bijak! GGMU.

0 orang jawab:

Maghi-Maghi Perama!

Saing Kite Belake