Seharian di hari-hari yang kita harungi, di saat itulah kita mendapat pelbagai pengalaman. Pengalaman inilah yang membuatkan kita tidak lagi melatah. Apakah maksud melatah?
Jikalau konteks orang-orang tua yang suka melatah mesti kita faham, mesti kita cuit di mana secara tiba-tiba, kemudian kita akan dapat lihat makcik atau pakcik melatah. Siap dengan tarian zapin dan sebagainya. Hahahaha, lupakan pasal melatah yang ini.
Melatah di dalam artikel ini merupakan melatahnya seseorang untuk melindungi kesalahannya atau egonya yang terlalu tinggi. 'Payoh bebenor' nak mangaku salah, Ate!
Ini memang normal dalam kehidupan kita. Seandainya ada teguran yang macam ni:
"Eh, bukan aku nampak ko dating ek tadi... Kat bawah parking kereta..."
Dan orang yang melatah. Dia buat tapi dia tidak akan mengaku. Dengan gopoh gapah:
"Eh. mana ada! kau silap tengok kot!" Sempat pulak terus diubahnya topik. "Ko dah siap dah assignment yang lecturer bagi tadi?"
Jikalau seseorang itu tidak dapat apa yang dia nak, contohnya dilarang untuk pergi ke mana-mana atau membuat apa sahaja. Mungkin kerana pada waktu tersebut, dia tidak boleh melakukan apa-apa kecuali dengan ada syarat-syarat tertentu yang membolehkan dia turut serta.
"Ko tak boleh lagi bawak benda ni. Ko takde lesen kan... Sabar..."
"Yelah! Yelah! Nanti esok aku buat lesen, puas hati?!
Janganlah sampai macam tu sekali. Orang menegur untuk kebaikan, namun jangan dibalas dengan emosi.
Ingat: YOUR PASSION IS THERE, BUT NEED MORE PATIENT!
0 orang jawab:
Post a Comment