Nok Kenal dok?

My Photo
::mujahidRindu::
"Memberilah sebanyak-banyaknya, dan jangan pula menerima sebanyak-banyaknya" kredit kepada Laskar Pelangi- Halaman untuk aku merewangkan cerita pengembaraan seorang aku di atas bumi. Kini menjadi salah seorang pegawai sambilan di Pusat Tanggungjawab sosial univiersiti UIAM. Mempunyai semangat sukarelawan dan sangup ke mana sahaja andai anda peluang dankena pada kemampuan... [madah mujahid rindu]
View my complete profile

Saing Kite Belake

Travelog 257: Usrah GPTD yg Pertama buatku

| Wednesday, November 2, 2011
Well, kali ini aku berjaya juga menghadiri usrah anjuran GPTD. Namun agenda rahsianya adalah meeting AGM GPTD akan datang ni. Alhamdulillah, aku, Jihan, dan Arina berjaya juga menghadiri pertemuan itu yang dilangsungkan di Markas utama Global Peace Malaysia (GPM).

Sedikit tentang usrah tadi.

Huraian mengenai surah Al-Anfal, ayat 60-63. Bagaimana diceritakan akan suruhan untuk mempersiapkan diri menentang musuh Allah, musuh kita umat islam. Namun apabila direlatekan dengan kehidupan seharian, memang kita perlu ada persiapan diri, baik fizikal, ilmu, iman dan juga ekonomi, demi untuk berjuang di jalan Allah.

Kata-kata Saiyidina Ali, sahabat Nabi Sollalahualaihi wassalam, karammallahu wajhah, seperti yang disebut oleh saudari Dil, atau Siti Nur Dalila:

"Kebenaran tidak terancang akan dikalahkan oleh kebatilan yang terancang"

Usrah juga menceritak kembali pengorbanan Nabi Ibrahim dalam melaksanakan tuntutan Allah S.W.T. Apakah perasaan seorang bapa yang dikehendaki untuk menyembelihkan anaknya sendiri, namun kata-kata anak baginda iaitu Nabi islami begitu tulus demi membenarkan perintah Allah, maka Allah menukarkan dengan seekor kibas sebagai ganti anak baginda. Inilah ujian Allah kepada baginda, nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.

Maka di sini, majlis menyimpulkan bahawa Aidiladha haruslah disambut oleh umat Islam dengan melakukan pengorbanan  ke arah positif. Bukan setakat berusaha berkorban duit dan binatang ternakan sebagai pelengkap ibadat korban, namun setiap muslim haruslah melihat aspek korban secara keseluruhannya. Jikalau kita mengorbankan sikap negatif kita dan digantikan dengan sikap yang lebih positif, tak salahkan???

Maka berakhir usrah tadi yang dikemudi oleh sahabatku Mohd Shazni Abdullah, orang kuat PKPIM, GPTD dan ABIM. dan kemudian bersambung pula mesyuarat. 

Sedikit tentang mesyuarat tadi.

Semua ajk bersedia untuk menjalankan tugas namun sedikit penjelasan mengenai bajet dipersoalkan. TTK pula memberitahu tentang list yang akan dilakukan, bagi aku Arina menjalankan tanggungjawab sebagai head of TTK dengan jayanya. Tahniah. Perkenalan dengan kawan baru iaitu Faisal daripada UKM memberikan kemudahan untuk aku pulang ke UIA.

Dan kesemuanya bersepakat untuk bertemu di facebook iaitu di Group GPTD AGM Committee Team.

Thanks to Faisal kerana sudi menghantar aku tadi....

p/s: sayang aku x ambik gambo tadi... hahahhahha kalu tak buleh letok gambo kan... hahahhahaha

0 orang jawab: