Copyright © Travelog Mujahid Rindu...
Design by Dzignine
Friday, June 5, 2009

TAMRIN INISIASI WIRAWAN/WATI SKUAD PRIHATIN

Hujung minggu yang lepas aku telah menghadirkan diri aku di "Tamrin Inisiasi Wirawan/wirawati Skuad Prihatin ABIM-PKPIM-Al-ISLAM yg bertempat kat Sek. Ren. Agama Nur Huda, Sg Pusu. Aku yg pada asalnya ditemani oleh beberapa org kuat CENSERVE TEAM iaitu, Din (Presiden Karisma), Ikhwan (Presiden CENSERVE TEAM/ AKHI PROJECT), Ichi (Presiden BP GEMILANG) dan juga FAHIMI (Presiden Caring Club).

Oleh kerana ada masalah dan urusan yg tertentu maka yg menhabiskan tamrin adalah aku dan juga Din. Aku mengucap syukur yg panjang ke hadrat Ilahi kerana aku diberi peluang utk menatap muka2 org2 yg hebat di lapangan masyarakat iaitu individu2 penting dalam menjalankan aktiviti2 bantuan kemanusiaan ini termasuklah badan2 seperti GPM, MRA dan ABIM itu sendiri. Di kesempatan ini lah juga aku telah menimba pengalaman daripada senior CENSERVE sendiri seperti Abang Dino, Abang Zaki, Abang Syakir dll lagi. Hebat. Itulah yg mampu aku katakan pada mereka2 ini.

Berbalik kepada Tamrin ini, program selama 3 hari 2 malam ini banyak berkisar kepada how to plan and how to serve... maka adalah bengkel seperti pertolongan cemas dan sbgnya. kami juga diberi peluang utk melihat dan mempraktikkan bagaimana menguruskan bilik gerakan dan membentuk bilik gerakan yg efisyen serta mudah utk diuruskan terutama pada waktu kecemasan. Kami juga di beri tunjuk ajar bagaimana melaksanakan unit peninjauan tempat2 bencana dana apakah yg perlu dan tak perlu sepanjang peninjauan yg dibuat.

di samping bengkel2 yg hebat ini, kami juga diisi dengan slot tazkirah a.k.a cerama a.k.a kuliyyah sejurus selepas solat maghrib dan subuh selama 3 hari tersebut. Dan slot2 ini memang diisi dengan topik yg sangat sesuai dan bagi aku sendiri ianya sangat diperlukan dalam diri setiap wirawan dan wirawati tersebut.

aku nak kongsilah utk tatapan semua apakah isi2 yg kami dapat pada setiap kuliyyah yg diberikan oleh tokoh2 yg sangat hebat dalam bidang ini.

Topik: Persediaan Diri
Penyampai: Kol (B) Abd Manaf b Kasmuri

Aspek ketahanan Fizikal
Mengikut butir bicara beliau keupayaan fizikal ialah keadaan seseorang yg boleh melaksanakan kerja dan tugasan sepenuhnya mengikut peranan dan rancangan hingga berjaya atau hingga ke peringkat akhir.

Keupayaan ini khusus berkebolehan mengawal diri di dalam keadaan yg sangat mencabar sejajar dengan situasi bantuan kemanusiaan yg biasanya di kawasan konfliks, peperangan dan pelbagai bencana. Keadaan persekitaran yang amat menusuk kalbu dan menyayat hati serta kerja yang tidak mengenal erti masa dan berpanjangan memerlukan setiap wirawan/wati sentiasa dalam keadaan berupaya dan bersedia (stamina dan 'fitness'). Ketahanan fizikal memerlukan bantuan dari gabungan kekuatan lain seperti jasad, mental (minda), emosi dan rohani.


Komposisi ketahanan Fizikal
Kecerdasan Fizikal (Physical Fitness)

Tubuh badan yg sihat dan tdk cacat sehingga menghalang keupayaan. (namun ianya bukan penghalang bagi golongan yg tdk berupaya utk berbakti, mungkin cara atau method yg berbeza dan tdk memrlukan tenaga fizikal yg banyak cth sesi kaunseling dan sbgnya).

ketahanan aerobik-yakni keupayaan melaksanakan senaman yg sederhana berat utk beberapa waktu yg ditetapkan. Jantung dan paru2 bekerjasama menjana dan menyalurkan oksigen secara konsisten dan secukupnya.

ketahanan otot2 mengangkat atau mengangkut bebanan secara kilas atau berulang2 berpanjangan.

kelenturan badan (flexiblity)- keupayaan menggerakkan otot dan sendi dengan sepenuhnya utk memungkinkan pergerakan tubuh badan tanpa halangan. (sesuia sangat ambik budak2 gimnastik, leh elak dari peluru2 dan mcm2 lagi heheh)

Imbangan badan- jgn terlau gemuk (rebah payah nak bangun) atau kurus (melayang tdk bertali mengikut arus gelonbang angin ribut, putg beliung dan sbgnya) dinilai mengikut kaedah BMI.
Panduan Mengekalkan kecerdasan Fizikal
1) amalan hidup sihat
2) pengawalan penyakit kronik
3) senaman harian yg konsisten
4) meningkatkan ketahanan dan stamina sesuai dgn tugas yg akan dilakukan
5) Pemakanan, pemakaian dan kelengkapan yg bersesuaian
Kata2 beliau yg sangat berkesan:
"Jagailah kesihatan dan stamina utk terus bersedia
akan panggilan jihad yang akan dtg bila2 masa sahaja"

0 orang jawab:

Maghi-Maghi Perama!

Saing Kite Belake