Tapi kini, dengan rakusnya serta kematangan yang ada aku mula menulis, sketsa hidup yang berjalan tanpa skrip tapi mengikut sunnatullah.
"Setiap kemenangan adalah milik bagi orang yang sabar"
Quote yang bgetu manis dan tiada siapa boleh menyangkalnya. DRIC sudah pun berlalu, namun kata-kata komen "MC mengarut banyak, sila kurangkan" dan spontan aku mengucapkan terima kasih di dalam hati. "InsyaAllah akan aku kurang kan demi kebaikan semua".
Tidak mahu membuat cerita pasal DRIC namun ianya juga berkait dengan hidup aku. Ya Allah, Engkau telah memotivasikan aku tanpa aku sedari. Di kala saat hati ini berkabung kesedihan kerana penghijrahan sahabat di perantauan yang beribu kilometer jauhnya, Engkau datang membawa hikmah yang sangat indah! Subhanallah. Semangat, dendam serta perasaan cemburu yang amat kepada sahabat yang telah berjaya berguru dengan pak syeikh semakin membuak-buak.
"aku juga akan menjadi hebat di tanah air ini!"
"Bila kau balik nanti, ko juga akan merasai juga aura aku yang tersendiri,"
Alhamdulillah, Abg Din, S-Dev datang membawa khabar gembira. Apabila di ajukan adakah aku sudi untuk menggalas tanggungjawab sebagai "part timer" di S-Dev dan dalam masa yang sama berganding bahu dalam memajukan CENSERVE, aku terus mengucapkan "YA" tanda aku setuju. Tidak terlintas untuk berfikir dua kali. Katakan "YA" pada kerja ini!
Alhamdulillah, basic kerja nya cuma "key in star" dan "kemas filing 14 kelab", manakala kerja tambahan yakni kerja amal secara sukarela ini adalah membangunkan projek CENSERVE itu sendiri.
"Hakim, aku nak jumpa ngan abang Suhail boleh?"
"Ada projek besar ini..." Aku menambah lagi.
"Ha.. datanglah meeting kitorang petang ni... Abang Suhail ada jer... apa sal? Projek pe?"
"InsyaAllah, Censerve nak hantar 10 orang ke China selama seminggu, itu yang nak bincang tu..."
Pertemuan dengan abang Suhail memberi kan aku satu semangat. "ko pergi Syria, ni aku nak berkembara ke China, menjalankan aktiviti khidmat sosial kepada Umat Islam di sana!" Begitu kata hati aku. Irihati kepada perkara Ilmu dan kebaikan tak per kot kan?
Selesai bab kerja part time and projek China.
Pada Hujung minggu ini, insyaAllah task pertama aku sebagai part time staff kat S-Dev adalah sebagai accompany officer ke program Husin. Huhu buat semua budak COMRADE yang join, jumpalah aku kat sana yer!!
"Do something. If it does'nt work, do something else. No idea is too crazy"
0 orang jawab:
Post a Comment