Assalamualaikum buat semua pembaca maya, alhamdulillah baru kini aku mengerti apakah itu perasaan "enjoy" apabila melakukan sesuatu. Sedikit sebanyak aku pada hari ini mempunyai sedikit gambaran apakah yang aku akan jadi nanti. Terasa seronok berada di lapangan memberi aku sedikit kepuasan, di situlah jua ruang aku ingin berdamping dgn masyarakat, dan sbgai permulaannya aku bergaul dgn masyarakat pribumi. Alhamdulillah, jalan yang Allah tunjukkan ini takkan aku sia-siakan. Rupa-rupanya tersimpan seribu satu rahmah dan hikmah mengapa aku berada di UIAM tidak di Mesir seperti mana impian aku ketika di Sekolah dulu...
Buat rakan-rakan aku yg berjuang mengembara dan mengutip ilmu yang luas di tanah-tanah anbia', aku mengucapkan semoga berjaya di sana, pulang lah dengan bangga dan berbaktilah kpd keluarga. Jgn lah pulang dengan membawa perasaan riak dan takkabur dgn ilmu di dada, dan jgnlah pula pulang hanya semata ingin menjadi penceramah bebas atau tetap di masjid-masjid kampung. Bukan aku kata pekerjaan tersebut tidak bagus atau mulia, dan bukan jua aku menyatakan aku cemburu atau mempunyai perasaan yang jahat serta mengeluarkan penyataan yang kurang baik. Bukan itu maksud ku.
Tapi aku ingin mengajak korang yang berilmu tinggi, pandanglah ke dalam masyaarkat kita sedalam-dalamnya. Pandang lah mata mereka. Terlalu banyak persoalan mereka yang masih belum terjawab. Ustaz-ustaz dan ustazah yang akan timbul bagai cendawan selepas hujan, aku sarankan jadilh sebenar-benar ustaz dan sebetul-betul ustazah. Allah memilih korang sebagai wukala' (wakil-wakil) bagi mendampingi golongan-golongan yang sedang menarik perhatian kita selama ini.
Tak salah utk mengajar di surau atau masjid. Pernahkah kita terfikir, adakah mat gian sanggup dtg ke masjid demi mendengar nasihat serta ceramah kalian? Pernahkah ada perogol-perogol, remaja bermasalah sanggup 'membazirkan' masa mereka utk berteleku ilmu dgn kalian? Mesti jawapan kita cume dngn lirikan mata tunduk ke bawah, serta kepala di geleng-gelengkan tanda mengiakan bahawa kita yang harus memulakan langkah mendekati golongan-golongan ini.
Dan aku yang sedikit ilmu ini menyedari akan hakikat ini setelah aku sendiri yang membawa diriku terjun ke dalam dunia ini. Aku sendiri yang sedar dengan keinginan masyarakat semasa yang dahaga kan kasih sayang dari kalangan yang berilmu setelah org yg berhak memberikan kasih sayang kepada mereka tidak menjalankan tugas dengan baik.
Aku masih lagi menunggu khabar daripada abg Amir, rakan sejawat di S-DEV utk bersama-sama meredah jalan ke Sg Siput iaitu Kg Husin. Sebuah kampung Orang Asli yang bertempat di Perak. Kampung yang menjadi sejarah dalam hidup aku. Kawan-kawan yg aku kenali sehingga menjadi adik-berdik angkat di sana terus segar dalam ingatan aku.
**regard to: Max, Jiju, Rehan, Jannah, Munzir, Ust Halim (a big family)
thanks for the memories!
Dan juga malam ini, sahabtku nazli juga ingin turut serta dalam misi utk bersama-sama menabur semai cantiknya Islam di dalam masayrakat Orang Asli. Buat semua yang sudah pun bertolak, ahli-ahli baru serta lama, aku ucapkan tahniah dan teruslah berjuang sehingga bila-bila, bukan setakat kepada Orang Asli malah seantero umat InsyaAllah.
**Regard to: Shazni
dalami ilmu dan membina jaringan ukhuwah serta dakwah islamiyyah di sana, bro. Sesungguhnya ramai yang mendoakan kejayaan misi mulia mu. Jadilah produk UIAM, CENSERVE, ABIM yang berkualitu serta mampu menggoncang dunia dengan talian jihadmu...
Sedikit sebanyak election di UIAM ini mengganggu misi dakwah kami. Semua program di freez kan kerana takut ada yg berkempen melalaui program. usaha yang suci ini di cemari dengan sedikit fitnah serta membantut usaha pelajar utk mendekati masyarakat. Begitu mudah manusia ini diperalatkan dan menjadi alat. Aku tak mau komen lebih-lebih, namun doakanlah agar program COMRADE yang dikatakan 'terlepas' ni selamat hendaknya. Jaga akhlak, jaga tatasusila, fokus dakwah, hindar perkara yang melangar etika serta undang-undang, jadi student yang smart serta bijak merancang, berundur bkn bererti kecut, meneruskan tanpa perancangan bukan keberanian, jadilah orang bertanggungjawab, sebarkan ilmu walau sepotong ayat...
WE OBSERVE WE EXPERIENCE WE LEND A HAND
0 orang jawab:
Post a Comment