Copyright © Travelog Mujahid Rindu...
Design by Dzignine
Monday, January 25, 2010

Sekelip Mata~

"satu pasangan tak cukup,
2 simpanan juga tak cukup,
memang dasar,
memang dasar,
eeeh dasar kamu......."
...TAK TAHU BERSYUKUR!!!!

Di dalam kehidupan hari ini, pernah kah kita terfikir sudah beberapa kali kita menyebut "kalau lah aku macam tu, tentu xkan jadik!" atau "kalaulah tidak macam ni", atau lagi "kalaulah aku tak buat, pasti x akan macam tu @ ni,". Aku? Aku mengaku banyak kot. Biasa lah da nama manusia, pasti saban hari kita melakukan kesilapan dan perkara paling baik adalah dengan menyesali setiap kesilapan yang kita buat.

Persoalannya macam ni, adakah dengan "penyataan" seperti di atas menggambarkan penyesalan seperti yang di anjurkan oleh agama?

Hehe, jawapannya senang jer, mestilah TIDAK! Menyesalnya macam tu adalah tidak bertempat dan tidak  tahu bersyukur.

**********************************************************

Budak comel A        : eeehh awak, nak tau tak tikus boleh makan gajah tau!
Budak comey B       : betul ke? ahh tipulah!
Budak comey C       : itu pun korang nak heran! aku lagi dahsyat!
Budak comey A &B: ha? Lagi dahsyat?
Budak comey C      : Mak aku pernah telan aku dulu, x heran pun...... (dengan muka penuh kepoyoan sambil menjilat eskrem poddle pop, budak ini melangkah pergi...)

************************************************
Aku memang dah gilakan community service sekarang ni mengikut cita rasa aku sendiri lah. Nak ikut kan banyak giler jalan-jalan khidmat masyarakat sekarang sama ada ikut badan-badan yang tertentu atau badan bukan kerajaan.

Memang lah senang, "just join it" and "feel it". Tapi bukan itu yang aku cari. Aku mahukan betul-betul kepuasan, yakni dari pengetahuan apakah makna "khidmat masyarakat yang sebenarnya" dan bagaimanakah "planning" serta pengurusan yang agak "perfect". Apakah yang aku mengarut ni?

Dan sebab itu lah aku suka untuk berada dalam komuniti CENSERVE ini. Mulai saat ini, blog ini akan meningkatkan lagi tahap prestij nya daripada cerita biasa seorang yang biasa kepada cerita orang yang biasa yang menjalani kehidupannya yang luar biasa.. Muali saat ini juga, tagline nya akan berubah menjadi "COMUNITY SERVICE is the BEST service i can GIVE"

Semoga Allah mengira amalan ku walaupun sedikit cuma kebaikan aku taburkan... Berikan kekuatan ku untuk aku memahami kehendak keluarga ku terlebih dahulu. Buat semua kawan-kawan, sebelum korang berdakwah kepada orang lain, apa kata korang mulakan dulu kepada keluarga.... heheheheehee

0 orang jawab:

Maghi-Maghi Perama!

Saing Kite Belake