Allah maha Besar! Allah Maha Besar! Allah Maha Besar!
Ya Allah, tiada Tuhan melainkan Engkau, dan Nabi Muhammad Pesuruh-Mu ya Allah...
Pembuka kalam dengan penyaksian suci bagi semua umat Islam. Aku kagum dengan misi anak-anak UIA yang sanggup meredah lautan yang luas ciptaan Mu, keran ingin berbakti kepada masyarakat yang tidak pernah terfikir untuk mendapatkan pendidikan. Ya Allah, aku sesungguhnya cemburu dengan kesungguhan anak-anak UIA ini. Semenjak aku menjalani rutian harian tambahan aku sebagai staff tambahan separuh masa ni (kadang-kadang 1st half, kadang-akdang aku masuk 2nd half, tak pun 90 minit perlawanan aku beraksi) telah memberi aku satu gambaran yang sangat besar dan memudahkan aku membandingkan yang mana kualiti, rendah kualiti dan takder kualiti langsung.
Aku bersyukur sangat-sangat kerana Engkau memberi aku peluang mengenali sahabat-sahabat yang sangat hebat. Ibu Martinelli, En Khairulzain, Abg Din, Abg Amir, Abg Wari, Abg Nizam, Kak Mer yang ceria dan semua staff yang ada, terima kasih aku ucapkan. Aku tidak tahu bagaimana utk membalas semua kebaikan yang di curahkan walaupun kemunculan aku aku kira belum sampai tahap panas lagi di arena pembangunan pelajar ini. Cuma yang aku tahu, aku sentiasa bersedia untuk kekal cergas dan bersungguh dalam menjayakan projek-projek censerve. I really love this job. For the 1st time i feel this kind of weird feeling. I dunno what to say, but this feeling is too great.. and a can't afford to lose it...
Berbalik misi anak-anak UIA kita tadi adalah, alangkah indahnya kalau aku turut serta bersama mereka dalam misi ke Pu;au Mabul, Sabah. Tak jemu, tak penat, dengan perasaan semangat serta berkobar-kobar... mereka membawa misi ini dan alhamdulillah, mereka pulang dengan senyuman kepuasan dan bangga kerana dapat berbudi kepada masyarkat. Jangan salah faham, bangga kat sini bukan satu sifat mazmumah, sama erti dengan riak and the takkabur gang, tapi lebih kepada wajah yang bersyukur ke hadrat Allah, dan bangga di sini lebih di takrif kan sebagai bangga menjadi seorang Muslim yang mengasihi muslim yang lain....
Aku kenang kembali bagaimana keadaan anak-anak UIA yang mengorbankan masa mereka untuk berbakti kepada masyarakat pribumi Malaysia, tidak lain dan tidak bukan adalah mereka yang bergelar Orang Asli. Alhamdulillah, mereka masih wujud di dalam UIA ini namun adakah semangat mereka sama lagi dengan yang terdahulu? Adakah semangat mereka kuat?
Bila aku terbaca blog Kak Pijan, aku sedih, aku takut, dan aku merasa bersalah. Adakah aku tidak cukup bagus semasa memimpin yang terdahulu? Yer, aku bermula dengan zero, dan aku berusaha dengan sehabis baik... Tapi, aku rasa aku tidak berjaya lagi meletakkan semangat COMRADE (true comrade) kat dalam jiwa mereka, kerana aku mungkin masih mencari 'senjata' ketika itu. Ya aku da ada 'senjata' itu sekarang, namun bagaimanakah aku ingin menyalurkan kepada mereka agar mereka sedar dan sentiasa bersedia untuk bersama masyarkat.
Aku suka tagline "pelajaran @ dakwah: mana perlu utama". Thanks Kak Pijan kerana share benda-benda ini, harap ada yang sudi membukanya dan membacanya dengan hati yang terbuka, dan dalam masa yang sama mereka sedar akan amanah mereka dan sentiasa bersama dalam menyampaikan seruan Ilahi ke masyarakat OA.
Bagi aku pelajran diperlukan untuk tujuan Dakwah. Dan niat untuk berdakwah harus menjadi titik mula sebelum belajar. Dan ini lah yang di praktikkan oleh pendakwah bebas, Ustaz Shah Kirit. Mungkin orang yang mendengar ceramahnya mesti hairan bagaimana dia boleh mengeluarkan ayat-ayat tertentu dengan mudah sekali, beserta dengan no ayat, dan surah. mashaAllah, begitu cepat, ibarat sekelip mata.
Kunci nya adalah, korang kena praktik jugak apa yg korang belajar dan apply dalam masyarakat dalam masa yang sama. Begitulah Shah Kirit. Sebab itu ayat-ayat yang biasa di gunakan dalam 'counter' org bukan muslim boleh di keluarkan dengan mudah...
"ENJOY LAH DALAM MEMBUAT IBADAH, DAKWAH AKAN JADI PERKARA PALING SERONOK DALAM HIDUP ANDA"
Bersambung dalam siri kedua...
2 orang jawab:
at: January 28, 2010 at 5:59 PM said...
jali...
akak sangat kagum dengan perubahan awak...
dulu awak lain..
sekarang awak sangat lain...
awak banyak berubah..
awak hebat..
akak saksikan perubahan awak..
(macam mak tengok anak membosa je,heee)
awak hebat...
tenure yang awak tenure yang hebat..
kerana awak dan rakan2 yang hebat!!!
at: January 28, 2010 at 9:09 PM said...
salam jalie..nak tambah juga apa yg kak pijan kata...
"AWAK MEMANG SANGAT HEBAT!"...
Aku memang2 mengkagumi mung jalie..kamu seperti ade satu aura pabila berbicara..kamu mampu menarik perhatian orang pabila berkata2,berucap dan mempunyai gaya mung sendiri..
dan jalan dakwah ini adalah memang bidangmu Lee..
kamu pelajar IRK..jadi memang kamu adalah 'ahli'nya yang seharusnya meneruskan jalan ini..
memang,berdakwah adalah tugas semua orang, dan bukan aku menidakkan keperluan bdk2 kos2 lain untuk turut sama berdakwah, tapi 1st priority untuk berdakwah adalah orang seperti kamu, orang yg memepelajari agama pada tahap tertinggi, apa gunanya ilmu yang dipelajari kalau x dipraktikal kan?
kadang2 aku terfikir,mana sahabat2 dari kos2 agama,malah kat unversiti lain siap ade jabatan dgn kos pengajian dakwah lagi..
mana mereka ini disaat mereka diperlukan ketika krisis umat Islam yg tidak berkesudahan lah ni?.. di mana mereka pada masa hujung minggu?terlalu sibuk kah mereka sehingga tidak dapat berdampingan dengan masyarakat yg memerlukan ketika hujung minggu?..
betul,tidak semua mereka sebegitu.. cuma segelintir sahaja... tp dapat kah kita menghentikan pandangan sebelah mata orang terhadap kita lee?
Lee,kalo kamu start dari zero,aku apalah lagi..
aku dr kecil sampai besar hanyalah di sekolah biasa sahaja,sehingga universiti pun ambil kos engin... dari sekolah dulu aku mmg nak sgt masuk sekolah agama,tp tiada peluang..terkilan sgt dengan abang2dan akak2 ku semua dapat masuk sekolah agama..
aku akui, pengetahuan agama ku tidak lah terlalu tinggi..tp aku belajar sikit2.. belajar dari orang,belajar dr pengalaman kembara ku sendiri.. belajar dan terus belajar..
komen kali ini sekadar berkongsi rasa sahaja..maaf sekiranya ade terasa...aku juga manusia yg x sempurna Lie..
apa2 pun kamu adalah seorang yg hebat dan kamu juga sumber inspirasi aku juga Lie.. :)
aku amek sikit ayat dari blog aku,
"Perjuangan memerlukan pengorbanan, Pengorbanan memerlukan kesungguhan, Kesungguhan memerlukan keIKHLASan...!"
ya,IKHLAS!!!!...
wassalam...
Post a Comment