Copyright © Travelog Mujahid Rindu...
Design by Dzignine
Sunday, January 31, 2010

Suara ku berkumandang lagi~~~

Assalamualaikum!!!!!!!!!!!!!!

Apa khabar?
Alhamdulillah kalau sihat.
Tak sihat? Syafaka @ killah.. semoga kasih sayang Allah terus membelai hidupmu..
Tiada apa yang nak di kongsikan...
Cuma baru-baru ini, abg Najib merasmikan Malaysia Inovasi. Pergh!! Terbaik ah PICC (Putrajaya .............. Convention Center), dia punya PA sistem, lighting malam tu memang agak dahsyat ah. Tak pernah lagi rasenya aku duduk di dalam tempat sebegitu hebat (di mata dunia).
Yang paling best adalah part lagu rasmi Malaysia Inovatif nyanyian budak-budak LImKokWeng Universiti. Member aku kata LeeChongCwei Universiti, apa-apa lah asalkan bunyi cina.
Lagunya best, ada jer terakam dalam PC aku. Nanti aku share tapi aku takut dilabel sebagai cetak rompak la pulak.
Paling klas, aku dengan secara 'live'nya melihat stacey membuat persembahan dengan lagu rancak yang berjudul "malaysia boleh". Ingatkan lagu yang biasa aku nyanyi masa kau sekolah rendah dulu tapi rupa-rupanya lagu baru, lirik dan gubahan lagunya semua baru. Dah stacey yang nyanyi.... mesti ah rancak dan penuh bertenaga gitu....
Gambar? ada jer... tapi aku tak bawak la pulak pergi cc ni.. Malas sebenarnya.
Masa ucapan Dr Maximus aku molek ada tertido dengan penuh berinovasi lagi kreatif. Yelah ceramah dari Menteri teknologi, dan inovasi la katakan. Manakala ucapan abg Najib aku dengar dengan penuh kekhusyukan dalam keadaan aku berpejaman mata. hehehe (siap mimpi kak ros lagi... hehehe)
Bila part suh bangun dan budak-budak koir LIm Kok Weng ada kat atas pentas untuk sama-sama menyanyikan lagu Malaysia Inovasi, aku bukan main semangat lagi.
Satu jek, aku lapor dan tension. Mjlis bukan main besar, dan meriah, takkan takder refreshment?
Teringat kuliyyah ilmu di UIAM. Kecik, tapi ada refreshment. Rohani Jasmani dapat makan.
Malam tu? Jasmani pun tak dapat apatah lagi rohani. Namun berinovasilah dalam hidup Islami, akan lahirlah umat Islam yang kreatif serta maju di pandang masyarkat Dunia.

RS: apa-apa pun tahniah aku ucapkan kat PM kita, memang bapa inovasi Malaysia ah beliau pada malam itu (aku copy teks MC), semoga perancangan inovasi yang di 'planning'kan akan berjaya, insyaAllah. Benda baik, aku sokong jer.....

0 orang jawab:

Maghi-Maghi Perama!

Saing Kite Belake