Asslamualaikum w.b.t buat semua kawan-kawan... x kira ah dalam kampus UIA atau pun luar kampus.
Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan terima kasih banyak buat semua akawan-kawan yang sudi mengajak aku ke program -program korang. Terima kasih lagi sekali..
Namun yang dukacitanya aku tak dapat untuk menyertai semuanya kerana TANGGUNGJAWAB aku sekarang lebih besar lagi daripada dulu. dulu, aku adalah presiden COMRADE, dan tanggungjawab aku kepada COMRADE adalah besar dan cuma COMRADE aku akan memper'hamba'kan diri... jahat gile ayat macam ni, tapi hamba rela ah.... bukan terpaksa.
Namun tanggungjawab aku menjadi semakin besar kerana aku bukan lagi milik COMRADE secara mutlak kerana aku milik CENSERVE. Dulu 100% kepada COMRADE namun sekarang menjadi 7.14285714%, sebab apa? Ini adalah kerana kini aku menjaga 14 buah kelab.. andai anda mendarab 7.14285714% x 14 maka akan jadik 100%. Makanya aku kena menjadi adil...
Oleh itu aku memohon maaf kepada Saffuan kerana tidak bisa menolong korang untuk pergi program jemputan JAIP ni... Teringin sangat nak join, malah ada sekelumit perasaan bersalah aku pada korang kerana tidak turun padang ngan korang selalu.
Sebenarnya, minggu ni giliran aku untuk turun ke program fasilitating Titian Wahyu, Akhi dan Sendi pada hari Sabtu dan Ahad ni yang berlangsung di UIA. Minggu lepas aku da turun ke Majlis penutup Karisma, dan sebelum tu, aku dah turun untuk COMRADE, program ziarah Kg Husin.
Dan jugak beberapa program yang aku terpaksa cancel kan walaupun aku dah bersetuju untuk bersama ngan mereka iaitu, program Tautan Kasih anjuran MRA dan MSU university dan jugak program Misi iaitu Soft Skill Camp yang akan berlangsung minggu ni jugak, dari Jumaat hingga Ahad. Walaupun semalam aku kata kat Syafiq:
"Aku rasa macam nak join lah program korang,"
"Eh boleh jer..."
"Malam ni kitorang meeting dan bagitau abg apa-apa keputusan."
"Thanks.."
Dan maka subuh tadi:
"maaf jali, akak mesej jali awal-awal pagi. Akak dengar jali nak join camp kitorang, ajak lah kawan-kawan lain sekali. Tak cukup orang sebenarnya ni..."
Dan mesej ini aku berjaya balas sebelum azan Solat Jumaat tadi yang berbunyi seperti ini:
"Maaf Kak Mar, tgh pikir lagi ni, tgk lah, kalu sempat siap keje, aku pergi jek. Hehe..."
Setelah aku berfikir panjang, maka aku tidak jadi mengikut program Misi. Namun aku sudah memberitahu bahawa next program adalah perhentian untuk Misi, hehehe...
Ini adalah kerana, perhentian aku untuk minggu ini adalah turun padang program fasilitating Titian Wahyu, Akhi Club dan juga Sendi yang di buat secara serentak pada Ahad ini di dalam UIA.
Dan inilah dia ROAD TOUR PRESIDENT aku namakannya......
0 orang jawab:
Post a Comment