Assalamualaikum semua pembaca maya sekalian... apa khabar? sihatkah anda? Aku doakan agar semua sihat walafiat yer.. tak sihat rajin-rajinlah pergi klinik ataupun hospital yang berdekatan.. kalau jauh maklumlah takut korang pengsan di tengah jalan siapalah yang tau kan?
Alhamdulillah hari yang sentiasa kita harungi ini menghadiahkan seribu satu cerita dan pengalaman yang cukup menarik untuk kita ambik sebagai pengajaran. Macam-macam perkara yang berlaku sepanjang ketidak 'update' an aku di sini, almaklumlah banyak pula kerjanya, tak di ofis mahupun di bilik... ada jer kerjanya...
Setiap kali kita di uji oleh Yang Maha Esa, setiap itulah kita kembali kepadaNya... kerana memang fitrah manusia ingin kan bertuhan dan beragama, inginkan dambaan kasih dari Yang Maha Kuasa.
Bila aku merenung sejarah hidup aku, setiap jatuh bangun tetap ada hikmah nya. Setiap kegembiraan dan kesedihan datangnya dengan bersebab. Allah Maha Kaya, setiap kali Dia menguji kita, pasti akan didatangkanNya satu rahmah dan hikmah.
"Jali, Lawsoc ada menganjurkan forum valentine's day: Ajari aku Cinta pada 11 feb ini, jadi kami offer jali untuk jadi moderator pada malam tu, boleh tak?"
Terkesima. Kaget. Hairan. "aduuuhhhh," aku mengeluh dalam-dalam....
"Huhu, saya pikir dulu yer, esok saya bagitahu jawapannya"
Tanpa berfikir panjang, aku mengepos satu teks kat facebook dengan harapan mungkin akan ada jawapan di situ dari kawan-kawan. "Adakah aku boleh menjadi moderator?" Pengalaman cuma based on MC yang ntah apa-apa serta menjadi deejay pada majlis kahwin umah kawan shazni, deejay sport day COMRADE berkali-kali, moderator? haram.. aku tak pernah jadik dan tak pernah ada pengalaman...
Bagi aku untuk menjadi moderator, anda harus dan wajib ada beberapa pakej. Persediaan, Keterampilan, Keyakinan, Ilmu, dan Pengalaman. Pengalaman taklah penting mana sebab semua orang bermula dari pertama kali.... (macam aku..)
Ilmu pula boleh di asah... (kata Ustaz Nabil Far East)...
Keyakinan? INilah pointnya yang kita kena asah hari-hari.. Semua yang berjaya berasaskan kepada keyakinan pada diri sendiri. Kalau kita tidak yakin pada diri sendiri? almarhum lah.. jangan kan bercakap nak bergerak pun lembap..
Untuk yakin, kita kena ada keterampilan yang bagus juga, Keselesaan adalah 'key' sebelum kita memperoleh tahap keyakinan. Jadik, kita kenalah bersedia untuk selesa. baju kena sesuai, selesa untuk di pakai, mandi terlebih dahulu, wangi agar melancarkan semua deria pancaindera dan kekemasan itu sangatlah dititikberatkan untuk mencapai tahap keyakinan.
Selain itu, belajarlah untuk research sedikit. Sebagai tambahan garam dalam masakan untuk menyedapkan lagi ramuan orang kata, maka forum yang kita jayakan akan berjalan dengan smooth sekali.
"Ok mida, saya setuju untuk jadik moderator pada malam tu, bila meeting yer?"
Pada malam itu, aku 'ketaq' nak 'mampuih'! bukan aku bersedia sangat pun. Aku boleh katakan anggaran sebanyak 76 % aku spontan kat depan. Aku bantai jer apa yang aku tahu serta ilmu yang aku ada. Sebagai moderator kita kena berhadapan dengan intonasi yang berbeza daripada ahli panel...
Sesetengah daripada mereka ada yang bercakap lantang, dan ada yang bercakap lembut. Jadik kita kena balance. Moderator memang akan memainkan peranan yang lebih dalam mengawal perjalanan forum.
Yang lucunya, aku nyaris-nyaris jadik ahli panel ke-3, mujur aku di atas paras sedar lagi, kalau tak, xder moderatorlah nampaknya malam tu... jadik diskusi 3 panel lah jawapannya... Apa-apa pun pengalaman yang sangat menarik yang aku dapat...
Habis jer program malam tu, satu pemahaman yang cukup indah aku dapat. Membuat orang ketawa adalah bukan satu kejayaan, begitu juga membuat orang menangis, bukan jua satu kejayaan... Bagi aku, ketawalah untuk kehidupanmu serta menangislah untuk kehidupanmu, barulah ianya satu kejayaan....
Tak paham? Macam ini, sesetengah orang akan puas hati bila membuat orang ketawa. Dalam keadaan 'puas hati'nya itu sebenarnya niat si penceramah tadi sudah lari. ia seakan sama sajer dengan objektif Raja Lawak.Visi dan misi nya pun sama dengan penubuhan Raja Lawak astro.
Begitu juga membuat orang menangis. Bukan main suka lagi yer kita bila menjadi fasilitator dapat recall budak-budak. Budak-budak bagaikan nak rak menangis, kita kat belakang ketawa sampai jatuh rak-rak kasut yang ada kerana bangga modul berjaya. Tengok.. apa yang korang niatkan pada sebelum program kini sudah lari dan bertepatan dengan modul Akademi Fantasia serta beberapa program realiti TV yang lain contohnya satu dalam seratus yen...
Kalau mereka (pendengar) tidak ketawa atau menangis ia adalah satu kejayaan juga. Kejayaan kita membuat kan mereka berada dalam keadaan keliru serta duduk dalam keadaan inginkan jawapan yang haq!
Apa-apa pun ketawa dan menangis adalah fitrah. Dengan cara inilah kita meluahkan perasaan kita. Jikalau mereka ketawa, bermakna mereka senang dengan kita dan sanggup menunggu berjam-jam bersama kita, maka inilah pelunag terbaik untuk kita sampaikan apa yang perlu kepada ummat. Jikalau mereka menangis kita pun turut bermuhasabah.. menangislan bersama mereka yang sedar akan kesilapan mereka (tapi jangan lebih-lebih dan menunjuk-nunjuk pulak depan mereka... itu hipokrit namanya!)
************agenda dalam minggu ini**************
Bersedia untuk berpindah ofis (kalau jadik)
Bersedia untuk menyambut pengantin baru (kat johor : Ashraf & atikah) Selamat pengantin baru di ucapkan...
Bersedia untuk menyibukkan diri ke program Orang Asli ( Gabungan kerjasama MSU & MRA)
Bersedia untuk majlis penutup A.I.T. Karisma pada hari iisnin nanti (Kem Rimba Ria, Hulu Langat)
RS: Cett! lama pulak uploading picture, nanti-natilah yer aku wat masuk gambor....
0 orang jawab:
Post a Comment