Bola itu bulat. Boleh bergolek-golek sesuka hati. Kadang-kadang di bawah dan kadang-kadang di atas. Ibarat roda, namun ianya berbeza sama sekali. Yang penting ianya menjadi kegilaan umat dunia masa kini, jikalau di Malaysia ia tetap diiktiraf sebagai sukan no. 1 walaupun hakikatnya ianya tidak segah jolokan yang di beri.
Christiano dah tidak ada lagi. Carlos Tevez pun sudah pergi. Namun yang nyatanya, mereka tetap hebat walaupun ramai yang menyengka pasukan sudah cacat atau lebih tepat di panggil lumpuh! Siapa sangaka pasukan yang di uar-uarkan akan jatuh dari prestasi lalu kini berdiri gah di persada liga. Ia, betul tu! Merekalah yang di gelarkan Syaitan Merah dan lebih tepat lagi adalah Manchester United.
Berbezanya kini, Wayne Rooney menjadi nadi utama setelah Ronaldo beralih angin ke Santiago Barnebeau yang merupakan tempat impiannya sejak kecil lagi. Biarlah dia dengan angan-angan nya yang sudah menjadi kenyataan. Yang pastinya, Rooney berjaya mengisi kekosongan itu dengan persembahan matangnya. Setiap sentuhannya kini menjadi igauan ngeri kepada semua pertahanan termasuklah skuad gergasi German yang akan bertempur awal pagi nanti.
Faruq. Tunggulah kedatanganku. Kerana engkau akan menjadi saksi puluhan manusia atau lebih tepat mahasiswa-mahasiswa UIA yang mencintai bola.
Tandukan itu memang dahsyat. Bukan tandukan Rooney yang aku maksudkan, namun tandukan si kerdil yang datangnya dari negara di benua Asia. Negara yang cukup terkenal dengan drama-drama komedi romantisnya, iaitu negara Korea Selatan. Park Ji-Sung atau Ji-Sung Park atau Park memang cukup terkenal di negara nya sendiri. Dan dia juga cukup membuatkan satu dunia terpaku melihat persembahannya. Belajarlah uintuk bekerjasama, pasti kita akan di sayangi, itulah bayangan yang cukup jelas menggambarkan siapa Park JiSung yang sebenarnya.

Manusia yang pernah sanggup menelan sup katak semata-mata untuk menguatkan tubuhnya, malah bermati-matian dalam usaha membantu pasukannya sehinggakan manusia ini di gelar Park si berjantung tiga. Permulaan karier di kelab division 2 liga Korea Selatan tidak mematahkan semangat nya untuk berjuang di arena bola sepak, sehingakan dia telah menarik minat kelab Jepun pada suatu ketika. Dia lah jua yang membantu skuad Guss Hiddink dengan membawa Korea Selatan ke separuh akhir Piala Dunia edisi 2006.
Penampilan awalnya di PSV hanya di banjiri dengan kutukan serta ejekan daripada penyokong. Dengan tubuh yang kecil serta mudah di terjah ini Park cuba juga untuk masuk ke dalam gaya Eropah. Akhirnya kepercayaan Guss ke atasnya terbalas dengan membantu PSV merangkul juara liga serta membawa PSV ke final liga juara-juara setelah dengan bergayanya beliau menyumbat satu gol di dalam kemenangan ke atas Ac Milan.
Daripada ejekan menjadi nyanyian serta pujaan peminat. Itulah hasilnya setelah usaha berlipat-lipat kali ganda. Park Ji-Sung menjadi mentor dan idoal anak-anak kecil di negaranya sendiri. Park Ji-Sung bukan di lahirkan dengan penuh bakat seperti Messi, ataupun Ronaldinho, tapi beliau lahir untuk mendapatkan bakat bermain bola sepak.
Usahanya berbaloi setelah Sir Alex Ferguson 'mencuri'nya daripada PSV. Beliau datang ke Old Trafford dengan misi dan visi yang cukup jitu. Menempa nama serta membuktikan pemain Asia bukan pemain kelas kedua.
Park, semoga berjaya membawa Piala Liga Perdana dan Liga Juara-Juara ke Old Trafford untuk musim ini ye!
BAYERN MUNCHEN vs MANCHESTER UNITED
3.40 am
31 March 2010
2 orang jawab:
at: March 31, 2010 at 12:43 PM said...
TApi MU kalahla mlm td bro..hahaha..defend main2..geram aku..aku pun MU jgk =)
at: March 31, 2010 at 4:38 PM said...
ada lagi 90 minit jangan risau
Post a Comment