Copyright © Travelog Mujahid Rindu...
Design by Dzignine
Wednesday, April 7, 2010

Dia ada hak, tapi kenapa di tolak?

Islam mengajar kita keadilan. Islam terkandung padanya hikmah kebajikan yang tinggi buat penganutnya. Namun si penganutnya pula tidak menggunakan elemen Islam ini. Maka adakah mereka layak untuk di gelar muslim? Ia, mereka berhak untuk mendapat status Muslim kerana kepercayaan kepada Tuhan yang sama namun mereka berhak untuk kita katakan bukan Mu'min kerana mereka-mereka ini tidak berjaya menjalankan kewajipan sebagai seorang Muslim yang beriman.

Di dalam perkhidmatan sosial, kebajikan masyarakat yang memerlukan menjadi objektif paling atas. Namun adakah kita yakin bahawa kebajikan yang kita taburkan adil dan saksama? Adakah cara pengendalian kita yang pertama sama dengan yang kedua? Sudah tentu jawapannya tidak sama, tapi adakah ianya di kira adil kepada kumpulan sasaran kita?

Pening.. Pening. Aku pun tak larat nak pikiaq, kerana benda yang senang telah di kompleks kan oleh pemikiran yang kritikal. Konsep keadilan bergantung bagaimana kita berkomunikasi dengan kumpulan sasaran kita. Keadilan ini boleh lah kita ukur melalui tahap kemesraan mereka dengan kita. Jikalaulah mereka semakin mesra dan semakin rapat dengan kita, maka boleh lah di simpul bahawa konsep keadilan di dalam bersosial berjaya di terapkan, bukan sahaja ia sama kualiti malah terdapat peningkatan di situ, mungkin kita boleh kata keuntungan dengan dividen sekali (dalam perniagaan konsep ini menjadi Haram lah kerana ada unsur Riba').

Berbalik kepada susur jalur organisasi. Peranan kita sebagai orang yang menganjur dan menjadi pemula kepada sebarang program memang sangat banyak. Malah tanggungjawab yang di beri kadang-kadang tidak berjaya juga di sempurnakan dengan cukup sempurna. Dah namanya manusia kan...

Aku masih hairan juga di kala setiap manusia mengelak untuk melakukan kebajikan demi kebaikan bersama, masih ada yang mahu dengan sukarela menyahut cabarn untuk sama-sama membantu. Tapi aku lagi hairan mengapa masih ada orang mahu menolak pelawaan mereka yang mereka sudah mati-mati ingin menabur bakti dengan alasan yang cukup tidak konkrit... Sedih. (Situasi akan menjadi sebaliknya andai kita tahu mungkin ada muslihat di sebalik permintaan itu)

Memang patut pun kita selalu kena merasa hairan dengan segala benda yang berlaku di atas Bumi ini, ye lah jikalau kita kata dah biasa dengan ayat macam gini:

"Alah perkara ni? dah biasa dah.. apa nak di herankan..."

"Perkara ni dah biasalah.. memang selalu terjadi...."

Kadang-kadang nampak macam sombong kan? Kadang-kadang ia nya nampak seolah mengubat hati yang lara, dan kadang-kadang ia membawa kepada benda tersebut tiada makna.

Seharusnya kita wajib untuk menampakkan kehairanan dengan membawa maksud ketakjuban dengan ciptaan Allah. Bila ianya nampak biasa di manakah hak kita sebagai hamba? Adakah kita satu level dengan Tuhan kerana menganggap sesuatu benda itu dah biasa? Cuma Allah sahaja boleh menganggap itu dah biasa bagi Nya kerada Dia pencipta... Kita? Haaa kita mesti tunjukkan ketakjuban kita dengan kekuasaan-Nya dengan cara melafazkan syukur serta merasa rendah diri dengan -Nya.

Sungguh aku berterima kasih kepada Mu Ya Allah kerana memberikan aku ilmu untuk berfikir dan menulis di blog ini. Seandainya ada silap ku di sini dalam mencoretkan perasaan ku, maka teman-teman silalah menegurku.. Sesungguh nya itu lah HAK bagi orang yang tahu menggunakan AMAR MA'ARUF NAHI MUNGKAR!

~The End~

0 orang jawab:

Maghi-Maghi Perama!

Saing Kite Belake