Copyright © Travelog Mujahid Rindu...
Design by Dzignine
Tuesday, April 20, 2010

Mencari yang hilang...

Apa khabar semua pembaca laman Ibn sudin? Harap anda semu berada di dalam sihat sejahtera. Alhamdulillah, aku masih lagi berada di UIAM walaupun kawan-kawan aku semuanya sudah balik. Hati ini masih lagi sedih kerana tidak mampu melihat keputusan peperiksaan kerana outstanding fees aku masih banyak dan tak mampu di terima finance lalu menyekat sistem aku (terutamanya di dalam aad & drop dan check result).

Oleh sebab itu aku bekerja sekarang ini. Sedikit-sedikit aku membayar yuran hostel aku yang tertunggak itu, macam manalah aku terlupa untuk membayar yuran mahallah, hairan aku. Dulu aku tangguh pembayaran adalah untuk cover bayaran PC aku, masa itu aku berkongsi dengan Harry duit untuk membeli PC.. semester berlalu aku pula berkongsi duit dengan Harry untuk membeli laptopnya pula. Masing-masing takde duit, dengan cara ni lah aku berjaya mendapatkan PC dan Harry mendapatkan laptop.

Namun begitu aku terlupa pula, tentang baki bayaran tertunggak aku. Selepas 900 telah aku bayar pada semester 2 yang berlabuh sejak seminggu yang lalu, masih ada lagi baki yang agak tinggi untuk di selesaikan.

"Aku dengar minima baki untuk bayaran tertunggak cuma 300 sahaja, jikalau lebih daripada 300 maka segala jenis perkhidmatan akan di block," begitulah kata kawanku.

Makanya, aku kenalah bersabar sikit dan harus melangsaikan hutang ini. Terpaksa ah menunggu selama sebulan untuk aku langsaikan sikit-sikit...

Bagi mendapatkan pertolongan untuk add subjek terakhir aku, aku akan berusaha untuk berjumpa dengan Bro Asri General Office (GO) Irkhs. Esok ah aku jumpa....

RS: Kadang-kadang takut jugak.. tinggal satu jek lagi macam-macam lak jadik.. apakah ada hikmah di sebalik ini?

0 orang jawab:

Maghi-Maghi Perama!

Saing Kite Belake