Ini lah saat manis yang aku tak pernah lupakan. Kali pertama membuat ucapan perasmian penutup adalah perkara yang tak pernah aku fikir dan bayangkan. Siapalah aku, bukan pegawai dan orang-orang di kategorikan sebagai 'hebat'. Walau bagaimanapun aku bersyukur, kerana Allah mempunyai rancangan yang cukup jelas buatku, dengan memberikan aku pilihan untuk menjadi ketua bagi Censerve Team dan juga menjadi pembantu admin di S-Dev. Maka dengan sebab ini lah aku di panggil untuk menggantikan tempat pegawai seperti Abg Khairulzain dan Abg Din sekiranya mereka berada di tempat lain. (Gambar menunjukkan aku memberi ucapan di majlis penutupan Inspire (dulu di kenali sebagai Karisma), program A.I.T)
Aku sedang memberikan cenderahati kepada tuan presiden Inspire.. tidak wahai kawan-kawan, gambar ini menipu kerana hakikatnya aku sedang menerima cenderahati daripada tuan presiden. hehehe...
Lagi gambar-gambar aku di majlis berkenaan.
Ucapan bersemangat aku kepada budak-budak baru Inspire
Gambar kenangan aku dengan peserta-peserta baru Inspire, abg Zaidi Comrade pun ada..=)
0 orang jawab:
Post a Comment