....aku dapat 1000 halangan....(Episod 1)
Khamis-22 April 2010
Saat ini, aku masih lagi dalam keadaan resah. Allah tahu aku memang perlukan pertolongan-Nya sekarang ini. Satu keajaiban yang datang dari-Mu ya Allah, yang akan menolong aku dalam menyelesaikan masalah ini. Abang asri sudah ku jumpa. Jawapan tetap ke arah Finance Division. Prosedur tetap prosedur, aku akui kerana aku juga merupakan seorang 'staff' yakni prosedur adalah suatu benda yang 'wajib', kalau melanggarnya anda diibaratkan seorang yang 'berdosa'.
Aku sudah berusaha, namun usaha aku masih bukan 100% lagi. Selepas aku luah kan kepada Kak Illa yang berada di Student Affairs Division, bahagian Sponsorship Unit, beliau menyarankan aku agar membuat surat rayuan untuk 'lift block' kan add-drop online aku serta result page aku. Aku pun buat. Thank to Kak Liza, head of Culture Unit, kerana menolong mengedit surat rayuan aku. Terima kasih sangat-sangat.
Surat aku hantarkan kepada kak Illa di bahagian Sponsorship Unit (rujuk perenggan atas). Dan alhamdulillah surat aku serta kepilan Financial Statement berjaya juga di'receive cop' kan oleh kak Illa. Alhamdlillah.
26 April 2010.
Semester pendek pun bermula. Kelibat mahasiswa baru dan lama mula membanjiri UIAM, tidak kiralah di mahallah mahupun di 'centre'. Aku dah pun check out kan LIDV dan check in kan kat bilik yang sama iaitu A 1.2 (bilik Apai yang lama). Aku bertekad hari ni, ingin melihat progress surat aku.
Datang ke office selepas urusan mahallah aku settle. Aku terus menuju ke bilik Kak Illa, namun beliau kata terus jumpa Abang Nik. Ye, aku terus berjumpa abang Nik, dan Abang Nik terus mengarahkan aku pergi ke bilik abang Azmeer a.k.a Barbush (di gelar oleh abang Din dan abang Nizam). Alhamdulillah rupa-rupanya surat aku sudah pun berada di situ, dan alhamdulillah permohonan rayuan aku sudah di luluskan. Namun kekhilafan berlaku.
Terkandung di situ satu statement yang menyatakan aku telah membayar yuran sebanyak RM1571 pada Semester 2 yang lalu. Aku keliru kerana aku tidak membuat apa-apa bayaran selain daripada RM900. Owh aku masih lagi ingin mencari kebenarannya. Aku pergi ke Finance dan mereka meminta aku resit payment. Ehhh? Kenapa? Aku tidak bayar lagi.. aku mula keliru... Tak selesai lagi...
Apakah yang akan terjadi kepada aku? Dengan cuma satu subjek lagi yang tinggal dan aku perlu tengok exam result aku supaya aku tahu status aku yang sebenarnya.....
Dan kini aku sedang menunggu giliran untuk berjumpa dengan abang Nik untuk mendapat penjelasan yang sebenarnya..
Aku mengharapkan Kasih Sayang Mu ya Allah. aku mengharapkan pertolongan-Mu...
~Bersambung...
Sebuah Meja Kecil
7 years ago
1 orang jawab:
at: April 26, 2010 at 4:47 PM said...
Masih gagal lagi buat hari ni.... esok penentunya... Ya Allah.. tolong aku....
Post a Comment