.....aku dapat 1000 halangan...(Episod 2)
27 April 2010
Alhamdulillah setelah aku bergegas ke finance dan mendapat status kewangan aku yang terkini, maka aku akhirnya dapat bersemuka dengan Abang Nik tepat pada pukul 12.00 tengah hari. Setelah itu aku bergegas lagi menuju ke finance division untuk menge'lift block'kan account aku...
"Ini RM900 ni... bayar bila?" Tanya akak kaunter macam kepelikan.
"Ini adalah bayaran pada sem 2," jawab aku tenang dan menunjukkan financial statement sebagai bukti asas.
"Tapi, mana boleh dik.."
"Apa yang tak boleh nya?" tanya aku hairan.
"Memanglah RM 900 baru saya bayar. Saya tahu masih ada lagi baki ni ha.. Sebab itu lah saya buat rayuan kak. Kalaulah saya mampu bayar semua takder nya saya nak baut rayuan." Jawab aku dengan senyum.
"Akak tanya orang dalam jap."
Aku tunggu dalam seberapa ketika. Dan akak itu pun muncul tidak lama daripada ketika itu...
"Adik dah final year ker?"
"Ha'a. Itulah nak mintak tolong bukak kan account saya balik. Saya janji saya akn bayar semua nya dengan gaji saya nanti."
"Ok dik. Abang kat dalam ni cakap boleh. Lagi setengah jam adik boleh lah check ye?"
Alhamdulillah. Hati aku merasa sangat tenang sekali. Allah menolong ku pada hari ni.
"Terima kasih banyak-banyak ye kak.."
Namun masih ada satu lagi kerja. Setengah jam berlalu. Di pejabat aku cuba membuka result page aku, dan alhamdulillah semua nya lulus. Namun satu kerja lagi adalah add-drop subjek terakhir aku di UIAM ini iaitu subjek hafazan Tahfiz TQ3000. Aku cuba bukak.
Ok. 0533257 dah aku masukkan. Tapi... password pula tiba-tiba didakwa salah. padahal aku masuk myiium boleh jer. Apa kes ni? Ah sudah. Aku ingat da settle lah add subjek aku ni. Tapi takper, aku cuba lagi. Namun keputusan nya tetap sama. Password/pin is wrong!
Aku sudah terbayang prosedur add manual. Esok pagi lah aku pergi General Office dan buat manual add subjek. InsyaAllah..
Adakah aku akan berjaya add subjek terakhir aku? Apakah sebenarnya masalah add/drop system online aku? Password aku yang salah atau memang sistem itu yang tidak dapat cam password aku?
Nantikan....
~Bersambung....
Sebuah Meja Kecil
7 years ago
0 orang jawab:
Post a Comment