Copyright © Travelog Mujahid Rindu...
Design by Dzignine
Wednesday, April 28, 2010

1 sahaja untuk graduate tapi....

....... aku dapat 1000 halangan...(Episod Akhir)

28 April 2010

Aku buka mata ku yang masih layu. Dengan perlahan aku mencari handset aku yang bising dengan sengaja. Mataku terpaku melihat jam di monitor telepon bimbitku.

"Ahh.. dah pukul 6 rupanya." Sambil menguap aku mengucapkan kata-kata ini. Dengan cepat kututupi mulutku. Teringat orang tua pernah cakap kat aku:

"Ha, tutup mulut tu kalu menguap! Nanti setan banyak masuk!"

"Astaghfirullah..." dengan nada terkejut terus aku tutup mulut aku kerana peringatan yang terngiang-ngiang di telinga aku. Dengan sepantas kilat aku terus mensucikan diri dan bersolat subuh.

"Ya Allah, semoga Engkau memberikan ku jalan yang mudah pada hari ni."

Tinggal satu saja lagi langkah terakhir aku untuk mengakhiri episod kali ni. Cuma perlu add subjek dan pergi kelas. Itu sahaja. Namun tak ku sangka ujian daripada Nya cukup buat aku teruji mental dan fizikal. Namun aku tenang kerana setiap kesulitan akan  disusuli dengan kemudahan. Aku percayakan kata Nya.

Pagi-pagi lagi aku dah layan satu cerita hindustan sambil bermain football manager. Mencari ketenangan sementara. Kui..kui..kui... Aku tersenyum sendirian. Layan dululah sementara aku nak bersiap ke pejabat dan mengambil borang add manual.

"Yus, ko ada seterika tak?" Tanya aku pada roomate baru aku yang bernama Yusri. Beliau seorang yang berasal daripada negeri Che Wan Kembang. Negeri yang terkenal dengan pasukan bola The Red Warriors nya.

"Ado. Tu kat hujung katil nu." Balas beliau yang masih dalam lena pagi.

Pada petang hari ni aku akan hadiri satu function menggantikan seorang staff di CENSERVE. Makan malam di hotel beb. Siapa lah yang boleh menolak rezeki datang bergolek ni kan? Makanya, aku bersiap datang ke centre dengan berpakaian batik yang lurus bergosok. Baju batik ini di taja oleh Bro Herman yang sedang mencari kerja di Johor sekarang ini. Terima kasih ye Herman.

Sesampai aku di General Office aku terus bertanyakan borang add manual ada ke tidak. Kak Adah bingkas menjawab 'Tidak ada, kena download sendiri." Noktah. Memang kena download dah sekarang ini. Jadi dengan tergesa-gesa nya aku pergi ke IRK Lab dan cuba mendownload borang adjustment tersebut.

Bila dah di depan komputer ni, macam-macam lah aku nak bukak. Tiba-tiba terpikir nak buka lagi online add and drop. Alhamdulillah, kali ni password yang aku guna menjadi. Namun yang sedihnya adalah section untuk TQ 3000 sudah tiada yang di buka.

"Mmmmm.. memang kena buat manual jugak lah ni.."

Setelah aku print di kedai fotostat yang berdekatan dengan masjid, aku terus balik pejabat. Nampak kelibat abang Khairulzain sedang membaca suratkhabar, manakala abang Din sedang mengecop dan berbicara dengan seorang pelajar. Aku terus duduk di depan abang Khairulzain sambil menerangkan perihal saubjek aku yang last ni ha.

Saat ini aku masih terpikir nak pergi jumpa ustaz di biliknya atau di kelas nya. Di saat itu juga datang seorang sahabat lantas memberitahu bahawa hari ini adalah hari terakhir untuk add subjek. Terkejut aku dan terkesima di buat nya.

Tepat pukul 2.20 petang aku terus menuju ke Econs. Aku menaniki tangga ke tingkat 3 untuk mencari kelas yang sememangnya berada di tingkat 3. puas mengililingi bangunan Econs ini akhirnya aku dapat juga berjumpa dengan kelas yang aku maksudkan. Berdebar hati ini bagaikan nak tercabut. Seolah-olah aku berada di dalam keadaan untuk meluah kan perasaan aku kepada yang tersayang.. cewaahh masuk jiwang sikit ala-ala cerita evolusi KL Drift 2 tu..

Langkah pertama aku di dalam kelas cuma di sambut oleh mata-mata beberapa kerat pelajar yang sedang menunggu ustaz mereka. Dengan seorang lelaki di temani oleh belasan pelajar wanita membuatkan aku terkejut jugak lah. Dan yang menguntungkan kawan aku yang sorang ni adalah dia sudah pun ada teman. Dan teman itu adalah tidak bukan dan tidak lain adalah aku. Maka kami berdua menjadi ustaz-ustaz terpilih di dalam kelas tersebut. Bagaimanakah rupa Ustaz Muhammad abd Rahman ye? Kata Dudu ustaz ni baik dan bagus orangg nya.

Kreek! Pintu terkuak. Bayangan seorang manusia melangkah masuk. Bunyi derapan kasut kulit hitamnya semakin mendekati meja aku yang kebetulan memang kedudukan aku dengannya tidak lah jauh sangat. Oleh kerana pencahayaan luar menghalang aku daripada melihat wajahnya seolah-olah dalam filem sehinggalah beliau betul-betul berada di hadapan aku kini.

"Semua ada? Ha, awak apa nama?" tanya beliau pada ku kerana mungkin ini adalah kali pertama dia melihat aku sementara aku sudah banyak kali terserempak dengan beliau di HS Cafe, Masjid dan di Centre.

"Saya razali ustaz." Beliau terus membelek attendance sheet di tangannya seolah-olah mencari namaku.

"Nama saya takde kat situ ustaz. Saya baru nak add ni ha.."

"Laa.. baru nak add."

"Saya baru dapat bukak online, tengok-tengok dah close section, itu yang datang buat manual ni ustaz"

Pelajar-pelajar lain cume memerhati dan mendengar perbualan kami.

"Mmm, ustaz. nanti saya kena hantar ke Celpad ke?" Tanya aku seraya melihat beliau mengecop dan menandatangi borang aku itu.

"tak perlu, biar ana pergi hantar."

Aku senyum.

"Terima kasih ustaz." Terasa ringan satu bebanan.

"Ha, ingat lagi tak ustaz da pesan hari ni kita tasmik sampai muka surat empat kan? Razali, boleh ke?"

"Boleh ustaz." Alhamdulillah aku pernah menghafal dulu maka senang lah sikit untuk aku revise balik.

Akhirnya, aku kini sudah bergelar seorang pelajar UIAM tahun akhir dan berjuang untuk menamatkan pengajian di universiti ini. terima kasih Allah kerana Engkau telah mengajar ku pelbagai benda. Macam-amacam prosedur aku tahu sejak aku di uji ini. Alhamdulillah.

"Ha, habis tasmik* ni kamu boleh balik." bagitahu Ustaz Muhammad. Ismail, satu-satu nya teman lelaki ku di dalam kelas menjadi pasangan tasmik aku. Dan kami adalah pelajar yang balik awal pada hari ini. Alhamdulillah.

Aku menadah tangan pada Mu ya Allah kerana Engkau lah segala-segalanya di atas kehidupan dan kematian ku....

~The End.

0 orang jawab:

Maghi-Maghi Perama!

Saing Kite Belake