Copyright © Travelog Mujahid Rindu...
Design by Dzignine
Thursday, April 29, 2010

Makan melantak! (Ep 1)

27 April 2010

"Jali, mung ganti kak Mer deh," tiba-tiba Kak Marhamah atau manja dengan panggilan Kak Mer kepada aku.

"Ganti apa Kak Mer?"

"Ni ha.. Farewell Gathering.. Eh part timer boleh ke?" tiba-tiba lagi Kak Mer bertanya kepada Abang Jamil yang berada di dalam biliknya.

"Boleh kot." Balas beliau dengan tertib.

"Alah pergi jer... Boleh. Part time Kak Nora pun pergi." Menyampuk Abang Din pula. Bukann tersampuk hantu tau.

"kalau boleh, nak jugak pergi nya.. hehehehehe" sambil tersenyum aku meluahkan kata-kata ini.

28 April 2010

Yelah. Makan free. mesti semua orang nak. Korang pun mesti nakkan makan malam free. Ni bukan sebarangan tempat kawan-kawan sekalian. Hotel Nikko tempatnya tau. Tau tak? Ianya terletak di Jalan Ampang kalaulah aku tak silap tempat lah.


Aku sampai di sana kira-kira pukul 6.58 petang. Solat maghrib di surau hotel yang bertaraf 4 bintang ini memang betul-betul selesa. Kitorang ramai-ramai solat maghrib berjamaah di ketuai oleh Imam terbaik di import daripada CCAC iaitu Ustaz Chong. Aku pulak tukang azan atau di kenali sebagai Bilal, bukan Bilal bin Rabah. Tu sahabat nabi kita (mari salawat ramai-ramai).

Sesi makan pun tiba. fulamak.. Sedap-sedap kot. Alhamdulillah, memang best gak ah menunya. Aku juga menjadi jurugambar untuk Abang Din pada malam tu. Lupa pulak nak bagitahu, farewell ini untuk siapakan? Korang mesti nak tahu punya. Ceritanya begini.


Setiap pertemuan ada perpisahannya. Setiap perjalanan akan ada tempat persinggahannya. Selepas CENSERVE Unit sudah pun keluar daripada S-Dev maka Madam Martinelli dan anak buahnya yang setia iaitu, Abang Din, Kak Mer dan Abang Khairulzain pun turut keluar membawa nama CENSERVE untuk di jadikan Centre. Ini kiranya majlis perpisahan buat mereka ah. Dan ada jugak staff-staff lain yang berpindah Unit dan sebagainya untuk diraikan pada malam itu. Terutamanya Dr Akmal yang dulunya Director of S-Dev yang kini telah di gantikan dengan Dr. Asiah. Begitulah adanya majlis berkenaan yang dio langsungkan dengan penuh gemilang serta berlinangan air mata perpisahan.


 Balik pukul 10 lebih ah kira-kiranya. Senyap keletihan. Solat Isyak dan Tidoo.

29 April 2010

Tenet! Tenet!

' Sry, tolong remind kawan-kawan bas standby di tangga besar pukul 7.30 pagi, tq'

Ringkas mesej daripada Abang Amer, PA kepada Cikgu Senu yang kini menjadi Deputy Director of S-Dev. 'Hmm ok.' Hati akku pula yang membalas. Terus aku menaip mesej kepada budak yang sudah pun bersetuju untuk mengikut ke Hotel Istana untuk sama-sama mengikuti program 'Seminar Kebangsaan; Pengajian Tinggi dan Model Ekonomi Baru (MEB).

Mesti orang pelikkan kenapalah aku rajin nak menyertai program ini. Sebab utama nya adalah MAKAN FREE.. hahahahaha

Dan sambil makan hotel dapat ilmu. huhu 2 dalam 1 tu. Walaupun sudah di remindkan sebanyak 3 kali, namun budak-budak ni tetap gagal untuk sampai tetap pada masanya. Namun begitu kami tetap bertolak ke sana kira-kira pada pukul 7.50 pagi. Oleh kerana jalan yang agak Jam dan tiba-tiba ada yang telah di tutup maka kami terpakasa ikut jalan yang agak jauh.

Sesampai kami di Hotel Istana pada pukul 9 pagi dan sedang menikmati juadah pagi ketika itu. Ada bekpes! Best! Best!

Maka kami bersebelas akhirnya berada di Hotel Istana untuk menikmati makanan hotel yang percuma serta menimba Ilmu MEB ini, dan insyaAllah aku akan  cerita kan tentang MEB sekiranya gambar dan ceritanya aku dapat siapkan pada masa yang aku nak.

Bersambung? ye, artikel ni masih ada sambungannya....

0 orang jawab:

Maghi-Maghi Perama!

Saing Kite Belake