Copyright © Travelog Mujahid Rindu...
Design by Dzignine
Monday, May 3, 2010

Makan melantak! (Ep akhir)

MEB atau lebih di kenali sebagai Model Ekonomi Baru ini telah dirasmikan oleh...

"Eh oleh sape ek?"

"Ehh!"

"Alamak aku dah lupa.. tulah knapa tak salin?"

Takperlah tak kisahlah sape yang nak rasmikan, yang penting korang tau MEB ni apa sebenarnya. Actually, cewah bercakap omputih aku.. MEB ini di tubuhkan dengan satu matlamat yang bagus dan jitu iaitu ingin melahirkan kekreatifan dan juga produk-produk yang berkualiti dalam sektor ekonomi negara.Contoh mudah yang telah di kemukakan oleh salah seorang daripada ahli panel jemputan:

"di Ireland, tuan-tuan sekalian nak tau, sesungguhnya di sana statistik orang yang bekerja di sana adalah seorang individu boleh buat satu kerja."

Korang paham tak apa yang ingin di sampaikan oleh beliau ini?

"Manakala di Malaysia apa yang telah di nilaikan bahawa setiap sepuluh orang pekerja di sini membuat satu kerja."

Ha.. korang paham tak? Masih tak lagi ekkk...

Okeylah, begini. Beliau ingin menyampaikan bahawa di Malaysia, dari sudut peluang pekerjaan, available job dan produktiviti kita masih lagi jauh ke belakang. Dulu kita setanding dengan Korea Selatan namun kita sekarang ini duduk di bawah mereka. Manakala Thailand, Vietnam serta Indonesia pula sudah hampir dengan kita. Makanya MEB ini diwujudkan agar setiap pihak dapat membuka mata dan pantas memikirkan strategi baru bagi menyelamatkan keadaan ekonomi negara. Macam bola sepak jugalah kan.. dulu musuh utama kita adalah Jepun, Korea Selatan dan negara timur tengah ni, tapi sekarang dengan UAE pun kena belasah, nak kejar Korea Selatan pun belum tentu boleh catch up.

Manakala di Ireland berlaku sebaliknya. Di sana, dek kerana banyaknya peluang kerja serta productivity masyarakat mereka maka mereka boleh di nisbahkan dengan seorang ada satu kerja masing-masing. Mungkin nisbah yang melampau namun itulah realiti yang harus kita terima dan ambil pengajaran.

MEB yang dilancarkan baru-baru ini banyak berpusat kepada sumber pengeluaran produktiviti Universiti dan Pengajian Tinggi. Ini adalah kerana, universiti harus mengambil tindakan dan langkah yang lebih serius bagi melahirkan pelajar-pelajar yang mampu mencipta peluang pekerjaan nya sendiri bukannya merebut peluang yang ada. Jikalau budaya kreatif ini berjaya di terapkan kepada semua student kita maka InsyaAllah Malaysia akan menjadi satu negara yang maju dalam melahirkan produktiviti dan kreativiti yang tinggi serta bernilai lebih-lebih lagi dalam menjulang Ummah Islamiyyah.

Namun antara cabaran yang harus kita atasi adalah dengan menolak tepi soal ranking, kedudukan dan pengagungan ke atas nombor-nombor yang membuat kan visi serta matlamat penubuhan MEB ini boleh terkubur begitu sahaja. Dalam bahasa mudahnya,

"Kerana memandang kepada ranking semata, student di abaikan.. Pelaburan demi pelaburan yang sia-sia serta pembangunan yang tidak menguntungkan pelajar harus di elakkan dan di tapis agar kehendak pelajar dapat di penuhi dan memang tugas pendidik adalah melahirkan generasi yang berkualiti."

Seminar ini telah di hadiri naib-naib canselor serta profesor-profesor dari pelbagai bidang, Doktor-doktor daripada institusi pendidikan turut juga datang menyahut cabaran MEB ini, manakala bagi yang mengambil subjek HCI, Lecturer korang jugak turut hadir iaitu Mdm Murni.

Yang lain aku dah lupa dan pada masa ni aku telah pun....

"zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz....."

"maka dengan berakhirnya sidang kedua ini maka berakhirlah seminar kita pada hari ini.. Selepas ini anda semua di jemput untuk menjamah selera di meja makan yang telah di sediakan..."

Sedap sungguh alunan merdu suara MC pada hari ini. Aku terkejut dan dengan perasaan yang sangat hebat kepada bau makanan hotel membuat aku sepantas kilat menuju ke dewan makan. Cantik siot... Dengan layanan mesra daripada para chef serta caterer memang membuatkan aku tidak menyesal mengikuti program kali ini.

Alhamdulillah.. perut pun kenyang~
~The End...

0 orang jawab:

Maghi-Maghi Perama!

Saing Kite Belake