Copyright © Travelog Mujahid Rindu...
Design by Dzignine
Tuesday, May 4, 2010

Matahari menampakkan sinarnya (Episod 1)

"Aduh sakit pale aku..." Sambil memicit-micitkan kepala aku mengaduh kesakitan.

Terngiang di telinga aku kata-kata bos-bos aku di CENSERVE perihal kemasukan aku di CENSERVE sebagai Part Time.

"Tadi Kak Nani da perasan bahawa Izuddin dah tak kerja kat sini." Kata Abang Din pembuka bicara.

Izzudin adalah kawan baik aku di Censerve Team. Orang yang cukup hebat di dalam management, memang tiada tandingannya. Otaknya ligat memikirkan planning yang aku sendiri pun belum tentu leh fikirkan. Yelah jenis aku ni jenis simple minded tapi de, masyaAllah memang itulah anugerah Allah pada kawan baik yang sorang ini.

Dialah yang dulu kerja di S-Dev sebagai Part Time di bahagian Admin. Oleh kerana komitmen dia dengan study serta Suksis maka beliau memberikan aku tugas selaku penyambung warisan dia. Kontrak nya berakhir bulan 6 maka aku cuma duduk menumpang akaun dia lah. Jadinya setiap kali aku claim gaji maka gaji aku akan masuk ke dalam akaunnya.

"Jadi macammana kira?" Tanya Abang din balik secara mengemukakan persoalan secara umum.

"Ohh, tadi dah tanya Kak Nani pasal ingin buat offer letter kat jali tapi back date lah iaitu start 1 April lah. Tapi dia kata tak buleh.." Terang abang Jamil.

"Tapi kalau madam sain boleh kot." Sambung abang Jamil tanpa sempat orang lain menyampuk.

Aku cuma mendengar. Dalam hati aku ada dua perasaan. Satu perkara ini mungkin akan jadi lebih susah kerana aku tidak claim bulan 3 lagi kerana aku ingat nak claim untuk 2 bulan sekaligus dengan akaun Izzudin. Namun gaya sekarang aku akan di offer secara sah untuk bekerja sebagai part time admin assistant di Censerve. Dan bermakna gaji yang pertama kalinya akan di masukkan ke dalam akuan Bank Islam aku. Gembira adalah perasaan kedua aku.

Namun aku tak mengaharapkan apa-apa keajaiban kerana bagi aku, hanya bos layak bercakap dengan bos. aku cuma boleh mengambil langkah tunggu dan lihat.

28 April 2010

Derapan kakiku laju menuju ke ofis. Ku tolak pintu kaca tak dapat-dapat. Keliru aku di buatnya. Kulihat jam di hanset aku sudah pun pukul 9 pagi, takkan masih kunci lagi kut..

2 minit setengah berlalu...

Terpandang satu perkataan yang sangat menyakitkan hati aku. PULL. Bermakna TARIK.

"Laaa.. bodohnya aku, duk tercegat kat depan ni macam tunggul kayu. Dah namanya tarik, kenalah tarik.. duk ditolaknya pintu maunya tak dapat masuk aku!" Mengomel aku dalam bahasa utara pelat kerana aku orang timur.

Aku melalui meja Kak Mer, kerana aku suka menyakat Kak Mer pagi-pagi. Terpandang satu benda di atas meja kak Mer. Apa benda ni? Surat untuk sape ni? Aku perhatikan nama di atas tu. Att: Br Razali bin Sudin @ Alias....

"Ini untuk aku ni..." Cetusan hati aku pun berlaku.



Aku pejamkan mata aku.

"Ini adalah mimpi ni.. Aku kan masih meminjam kontrak Din.. Kalau aku di terima pun selepas kontrak Din habis."

Aku buka mata ku!



Benda ini memang wujud di depan mata aku.. Maka benarlah apa yang dilihat. Satu lagi perancangan Allah buat ku.. Teringat kata-kata Madam:

"Jali try ah apply.."

Apply ke mana? Ha itulah satu persoalan yang akan membuatkan anda semua terpinga-pinga.. InsyaAllah bersambung lagi..

~Bersambung...

0 orang jawab:

Maghi-Maghi Perama!

Saing Kite Belake