
Aku menyambung kata-kata aku lagi:
"Aku bukan sengaja meninggalkan kamu (merujuk orang yang mengambil aku), sungguh bukan aku memebnci kamu seperti mana apa yang aku dengar daripada mu. Aku tidak membenci kamu malah menyayangi kamu (sayang sahabat, kawan dan taulan, itu sahaja dan tidak menyanyagi lebih daripada itu). Aku tahu kerana pada asalnya harapanmu itu aku sahut tanpa berfikir sedalam-dalamnya"
Aku tarik nafas panjang-panjang:

Aku berpaling ke belakang, tangan ku labuhkan ke dahan pohon ciku sambil menghadap sebatang sungai di depan ku:

Aku menggemgam tangan ku seraya berkata:
"Aku ada misi untuk di laksanakan. Aku ada perkara yang aku nak buktikan pada seseorang. Aku bukanlah insan yang hina dan tidak tahu apa-apa. Aku cuba untuk membuat apa yang terbaik untuk diriku dan keluarga ku. Aku berjanji pada diriku aku selagi ibu dan bapaku tidak goyang kaki, aku tidak akan berhenti semata-mata memikirkan tentang diri aku, selagi mereka tidak bahagia mana mungkin aku akan bahagia walaupun aku berjaya di dampingi oleh wanita yang solehah dan sangat cantik, insyaAllah cuma istiqamahlah jalannya untuk aku terus bertahan dalam perjuangan ini, dengan sedikit semangat tiupan hidayah daripada Allah..."
Urrrrrgghhh.
"aku harap aku mampu bertahan, walaupun kadang-kadang aku rasa kematian itu sangat dekat dengan ku...."
"Sangat dekat..."
"Ya Allah berilah aku peluang untuk aku melihat kebahgiaan orang tua ku..."
Aku memandang ke langit yang biru. Subhanallah. Biarlah setenang itu Engkau curahkan ke dalam hati ku Ya Allah.
Debuk!! MEAOWWWWWWWWW!!!!! ERRRRRR!!!!!
"Mak engkau!!! Terkejut aku kucing hitam ni! Nak melompat melompatlah kat tempat lain!! Potong keadaan betullah!!!"
Aku berlari-lari anak pergi jauh daripada pohon rendang itu....
Apa pandang-pandang? Ada Hutang?
~The End~
0 orang jawab:
Post a Comment