Tidak perlu menyalah kan berbatov untuk perlawanan antara musuh tradisi ni. Tapi lebih menyalahkan semua pemain secara keseluruhan. Tidak ada perwatakan juara serta permainan yang tidak fast counter attack yang biasa ada pada sang juara.
Namun tidak ada apa yang nak di banggakan dengan gol yang Cuma boleh diiktirafkan sebagai gol haram kerana menyumbat dalam keadaan yang menyalahi undang-undang. Boleh lah sempat melihat muka linesman gelabah tak tentu pasal kerana menghadiahkan gol tersebut.
Reff pun satu hal. Dah nama tempat sendiri, takkan nak lebihkan chelsick kot!
Permainan ala-ala carte kenduri kampung di sajikan oleh bintang-bintang pada malam ni, namun gol awal Joe Cole memang ada kelas nya yang tersendiri. Tidak di nafikan bahawa itu bukan gol bertaraf kampung Dusun!
Berbatov ≠ $30 juta. Bagi aku dia tidak sehebat mana bila di bandingkan dengan drogba atau rooney. Aku akui dia cukup mempunyai teknik yang sangat tinggi, namun keteknikan itu tidak mampu membantu Man Utd dalam mempertahankan kejuaraan (jikalau Chelsea sudah tidak mencicirkan mata diorang lagi ah). Berbal-Tov, memang agak bebal, tapi still tak boleh salahkan dia, kerana dia sudah membuat aksi yang terbaik da (kuut..) aku rasa pada malam tadi.
Orang tua. Memang berpengalaman. Itu semua orang akui. Tapi adakah mereka konsisten? Ha itu yang menjadi persoalannya. Ferguson lupa tentang konsisten, kerana baginya orang tua ada pengalaman dan pengalaman boleh membantu. Sebenarnya Pak Alex, pengalaman sepatutnya memberikan mereka kelebihan untuk membantu pasukan, namun ia menjadi sebaliknya kerana factor kurangnya kreatif dan agresif. Itulah kekuarangan nya bagi orang yang berpengalaman ini. Pak Alex tidak dapat tidak kena akui kadang-kadag budak-budak boleh membantu keagresifan dan kekeratifan di bahagian tengah serta di posisi Gary Neville (asyik dia jer aku attack malam tadi dan dalam ulasan kali ini).
Kita pergi satu-satu ye.
#1. Neville. Kapten yang mendapat kad kuning dan bertuah kerana Reff tidak menghadiahkan sepakan penalty kerana kebodohan nya mengasari Anelka di kawasan penalty. Memang terjahan yang dilakukan berupa body contact semata namun jika ia di adili oleh reff yang cukup gemar memberi hukuman penalty memang masaklah MU. Crossing yang agak teruk (agaklah) dan adalah juga satu dua yang menjadi seperti di saat Berbal-Tov mensia-siakan tandukannya dan sepakan lantunnya. Tak mampu untuk menyekat keupayaan Malouda yang mempunyai stail rambut yang agak teruk, dan Berjaya meng’assist’ kan gol pertama Chelsick!


#4. Park. No komen sebab aku minat dia. Hahahaha macam tak adil. Bagi penilaian aku yang tidak pakar dalam bola sepak (kerana aku menganggap aku masih seorang yang amatur dan tidak baligh dalam arena bola sepak serta masih dalam praktis sepak angin),Gandingan dia dengan Rooney lagi bagus daripada Berbal-Tov. Dia ada beberapa pelung untuk di sajikan namun bukan rezeki dia. Lagi pun dia taklah tua sangat jikalau nak di banding dengan tiga-tiga orang di atas kan?
Apakah selection player yang berkemungkinan boleh menundukkan Chelsick pada malam tadi?
Faktor ketiadaan anak-anak muda. Nani semestinya wajib di turunkan sejak awal permainan lagi. Kelicikan dia boleh membawa kepada gol sendiri mahupun gol oleh Berbatov. Buktinya dia jelas membantu Macheda menjarigkan gol. Dan Macheda harus di gandingkan dari awal, jangan harapkan Super Sub.. sebab Super Sub tidak ada pada MU pada musim ini!
Rafael harus bermain di posisi Neville. Memang kematangan di perlukan namun kecerdasan serta faktor kepantasan harus di ambil kira juga. Neville bermain beberapa game straight tanpa rehat terutamanya baru sudah berperang di Jerman, dan yang pastinya orang tua harus berehat!
Aku tidak pasti mengapa carrick tidak bermain pada malam tadi, lagipun Pak Alex harus sedar bahawa Fletcher agak kureng malam tadi… Namun tidak lah sekureng Scholes, boleh lah lagi buat makan.
Walau macamanapun memang adat permainan ada menang dan ada kalah. Tahniah untuk Chelsea, dan aku tetap meng’haram’kan gol kedua itu hahahahah. Anyway jangan putus asa, dunia belum Kiamat dan masih ada lagi peluang andai Arsenal dan Chelseick mencicirkan mata mereka dengan sengaja atau tidak sengaja.
RS: Tahniah kat Nu’man yer… Anda seharusnya bergembira….
Opps lupa nak berbicara pasal reff pada maam tadi. Memang Suck ah! Teruk tahap cimpanzi. Ni ah paling teruk aku tengok Ref mengadili permainan. Serba tak kena dia di buatnya. Perlakuan yang Sepatutnya di hukum tidak pula di tiupnya wisel tapi jika benda itu sepatutnya tidak di hukum dengan rajinnya pula dia meniup wisel. Agak pelik! Tak fit kuut…. Jangan lupa tengok apa komen Pak Alex nanti yer!
Linesman TIDOOOOO!itu sahaja! ~the END~
0 orang jawab:
Post a Comment