Copyright © Travelog Mujahid Rindu...
Design by Dzignine
Sunday, April 4, 2010

AKU ADA ALLAH, KAMU?


Mengapa harus kita takut sedang kan kita mengaku yang kita ada Allah. Pernahkah kita terpikir bahawa setiap saat Allah sentiasa berbicara dengan kita.
Pernah dengar perkatan ini:
“Eh janganlah kamu buat begitu, tak baiik…” Nasihat kawan anda.
“Adikk, jangan buat kakak begitu, ingat lagi apa Mk cakap? Berbohong tu kan berrdosa….” Seorang Ibu menasihati anaknya yang nakal.
“kau ni pun, bawak bersabarlah, ni tak asyik nak naik syeikh jek, emo tak tentu pasal…” kata kawan seraya ingin menegur kawan nya yang lagi satu…
Itu semua hakikatnya teguran dan nasihat daripada Allah ta’ala. Islam adalah agama yang paling logic atas dunia. Bukti cukup jelas. Contohnya dalam bab akidah.
Mengapa Allah mengajak kita taat pada Yang Esa yakni  bertuhankan satu Tuhan tidak dua atau berbilang-bilang? Mengapa Allah melarang kita menggunakan orang tengah atau lebih klasiknya di gelar berhala dalam beribadat? Allah maha Genius! Maha Suci Allah!
 Sedangkan Negara tidak di pimpin oleh dua perdana Menteri, kapal tidak dibawa oleh dua nahkhoda, dan kereta tidak di pandu oleh dua driver secara serentak, betul tak? Bayangkan ada dua stereng dan dua pemandu yang membawa kereta, insyaAllah tak lama kemudian ke gaunglah gamaknya itu pun kalau tidak terbelah dua kan. Dia lah sahaja yang layak di sembah, dan tiada ada Tuhan Melainkan Allah, simple namun masih ramai yang tidak mahu mengaku kelogikan ini. Tapi takper.. kita doa-diakan jelah yer agar bertambah orang yang beriman dengan Allah.. ameen
Nak logic lagi? Al-Quran satu-satunya Quran yang sama ( kalimah dan makna tidak pernah berubah) sejak penurunannya ribuan tahun yang lampau. Setiap apa yang ada dalam al-Quran tidak ada satu pun yang tidal logic dan melanggar etika perjalanan hidup setiap makhluk Allah di muka bumi. Setiap ada kajian Sains lagi tu…. Logik tak kawan-kawan?
Apa lagi ek…  okaylah yang lain-lain korang berfikirlah sendiri, sebab Allah kata dalam quran banyakkan berfikir baru tahu kebenaran…. Kita berbalik kepada topic kita…
Setiap manusia di anugerahkan satu naluri yang cukup sempurna yang tidak ada pada makhluk yang lain. Bayangkan kita ada akal yang mampu berfikir dengan baik dan kemudian mampu menukarkan kepada kod-kod untuk mulut pula bersuara memberikan nasihat, teguran, dan tidak lupa juga kepada musuh tradisi umpatan, kejian, dan fitnah atau lebih terkenal dengan ungkapan mulut busuk!
Tapi cuba kesan daripada mana sumber saluran atau ilham untuk otak memproseskan dengan menggunakan fungsi enjin akal yang sihat bagi menyalurkan pada mulut untuk menterjemahkan ke dalam bahasa manusia.. haaa nilah pointnya! Jikalau kerusi dicipta oleh manusia, kupu datang daripada kepompong dan kentut daripada angin dalam perut.. makanya sumber suara itu datangnya daripada dua sumber iaitu ilham Allah atau pun hasutan Syaitan.
Jadik sama-samalah kita mintak perlindungan agar Syaitan tidak berupaya untuk mengontrolkan mesin penjana otak kita dan selalu memohon agar Allah sentiasa membimbing hati, akal dan nafsu kita ke jalan yang di redhoi!
Tadah tangan semua….. dan…
AMEEEEEEENNNNNNNNN…. (sama-sama kita doakan agar kita menjadi insan yang terbaik di sisi-Nya)
RS: Masih lagi dalam kesedihan MU kalah…. Aku tetap ada Allah, dan kamu pun begitu juga!

0 orang jawab:

Maghi-Maghi Perama!

Saing Kite Belake