Sekolah Kebangsaan Langgar adalah nama sekolah rendah ku. Pelbagai kenangan dan memori indah mahupun pahit turut terpalit di dalam kamus sejarah hitam putihku. Cikgu Mustapha, Cikgu Fawziah dan lain-lain adalah merupakan cikgu-cikgu yang mengajarku suatu ketika dahulu. Cikgu Bistaman a.k.a Doraemon turut juga terpasak namanya di dalam lipatan sejarah pendidikan ku.
"Projaik mani pulok?" tanya Mat Beri pula buat-buat lupa.
"Wat-wat lupey la tooh.." balas pula Tok Muding.
Kami ketika ini sedang lepak di taman sebelah kantin sekolah. Di sini lah tempat kami selalu lepak dan meng'usha' awek-awek kampung dulu, maksudku di sekolah lah.
"Prujeik mendey weh?" tanya aku.
"Hehe adey ah... ke mung nok ikut ugey?" balas Mat Beri.
"Nok ugey.. macang sedak eh dengor!" dengan menunjukkan ekspresi suka aku setuju nak ikut mereka.
Projek rahsia kata mereka. Entahlah. Aku pun tak tahu dan nak ambil tahu. Zaman kanak-kanak. Semua benda baru dan pelik itulah yang suka di buat. Tak kiralah bahaya ke tidak... Yang penting seronok.
"Kelah mendey eh kekgih? Pah neing ah..." tanya Tok Muding
"Bukang kelah matematik?" aku memberitahu dengan nada bertanya.
"Weyh cikgeuh Yusop weh.." Mamat pulok mencelah.
"Jong-jong! Kang adey hok keni katauk paley pulok!" Jerit mat Beri sambil berlari menuju ke kelas.
Pada waktu petang, di hari yang sama...
"Guani? Jadeih ke douk kitei geih Kuale Berang?" tanya Mamat.
Pada masa ini kitorang semua dah pun bertemu di depan rumah Mamat. Sudah menjadi kebiasaan kami pergi berjalan ke Kuala Berang dengan menggunakan basikal. 4 kilometer. Takdelah jauh sangat kan?
Sesampai kitorang di Kuala Berang, barulah aku tahu apakah projek yang mereka jalankan selama ini.
"Mung sunggauh kei ning nok jueing kaming?" tanya Tok Muding pada ku.
"Buleih jer.." balas aku slumber.
Preview (Klik Sambungan Posting Dulu):
"kameng wat2 belleih dallang, mu amek ah ais keghaing kat luor kekgeih, pahtuh mu laghih ah lalluh. Kitei juppei kat keda pisang gureing depang nung!!" Arah seorg komander a.k.a kawan aku semasa kitorang membuat satu operasi di zaman jahilliyyahku...
"Ho.. ni ah keda die..." beritahu kawan ku, Mamat dengan tiba-tiba.
"Gining.. mung kateiy nok wat skaleih dok?" tanya Tok Muding meminta kepastian aku.
Aku cuma memandang matanya, dan menganggukkan kepala sahaja.
"kameng wat2 belleih dallang, mu amek ah ais keghaing kat luor kekgeih, pahtuh mu laghih ah lalluh. Kitei juppei kat keda pisang gureing depang nung!!" rancang kawan aku yang sorang ni.
Memang macam seorang komander. Aku cuma pada masa tu, di ibaratkan sebagai anak ikan. Dan aku boleh juga di ibaratkan seorang budak suci yang sedang diuji. Hak atau Batil masih aku keliru. Yang aku tahu keseronokan.
Mereka terus masuk ke kedai. Membelek-belek barang-barang yang ada di kedai runcit tersesebut seolah-olah ingin membeli sesuatu. Aku pula standby di luar. Target kami adalah untuk mencuri aiskrim Cornetto (agak mahal jugaklah masa tu). Peti aiskrim masa tu memang berada di luar kedai. Mereka sudah pun berjaya menarik perhatian pekedai tersebut.
Tapi aku. Aku ni adalah budak baik. Skema. nak buat kerja yang aku rasa was-was dan takut. Aku gabra. Terketar-ketar. Aku ambil satu aiskrim. Aku sorok di dalam baju. Tapi aku tak lari. Aku rasa aku dah selamat. Namun aku silap.
sepasang mata sudah pun memerhatikan tindakan aku tadi. Rupa-rupanya pekedai itu dah tahu taktik kitorang. Dia sudah pun perasan aku mengambil sesutau.
"weih budok! mende dalam baju tuh?! Wat keluor!!!" Jerit pekedai.
Aku tergamam. kaki aku seolah terlekat pada bumi. Mulut aku terkunci.
"Wat keluor!!" marah pekedai tersebut.
Aku memang takut. Dan secara spontan aku melatah:
"Aku lupey! Aku lupey! Aku Ssaloh! Aku Ssaloh!" Sambil memberi balik aiskrim Cornetto kepada tuan kedai.
"Mung nok masauk penjare? Nok akuh tipaun pulaih?" ugut tuan kedai.
"Aku lupey! Aku lupey!" Aku melatah lagi.
"Gih laghih nung!" Pekedai tu menghalau sambil memaki-maki aku.
Kawan-kawan aku yang plan tadi senyap dan buat tak tahu jer. hanya melihat dari sudut kedai jer.
"bakpey mung dok laghih tadih?" Mat Beri menyoal aku.
"Akuh dok tauh..." jawab aku.
Mungkin satu pengajaran buat aku. Subhanallah, memang Engkau telah menjaga aku. Aku mohon maaf ya Allah. Aku tersilap di masa kecil aku. So, jangan mencuri! Potong tangan baru tau.
Anda ada pengalaman? Inilah pengalamanku. Salam sayang daripada penulis Ibn Sudin.
0 orang jawab:
Post a Comment