Copyright © Travelog Mujahid Rindu...
Design by Dzignine
Saturday, May 8, 2010

Job Offered!

4 May 2010

"jali free tak hujung minggu ji?" tanya Cikgu Senu padaku.

"Jap, saya pergi tengok jadula dulu.." Aku membalas jawapa cikgu.

Cikgu menunggu aku di biliknya.

Aku melihat jadual peribadi milik aku.

'Takder papelah hujung minggu ni' cetusan hati ku tatkala aku melihat jadual petak yang kosong di situ..


"Asslamulaikum cikgu!" sambil kuketuk pintu biliknya.

" Masuk-masuk.. haa macam mana?" terus aku di tanya.

"Program apa cikgu?"

"alah program biasa jer.. Aku ada talk pada malam tu kat Ulu Yam. Jadik aku nak PA ah boleh tolong aku siap-siapkan LCD ke apa kan.. esokny pagi ahad tu ada sukaneka sikit.. takkan aku sorang yang gelek buah nyor aku yang tulis result ye dok," berseloroh cikgu.

"Hahahahahahahahaha," kitorang ketawa sama-sama.

"InsyaAllah free," aku pula bagitahu jawapan ku.

"Oklah kalu macam tu. Sabtu petang ah kita pergi sana. Takper, aku bayar ah nanti.. heheheh" jawab cikgu.

Hadiah

"So ada sape-sape yang wat video perkahwinan kakak awak?" aku bertanya.

"Takder lagii.." beliau menjawab.

"kalu begitu saya secara sukarela nak buatkan buleh?"

"Saya tanya umi dulu. Nak kena bayar ke?"

"Tak perlu. Da nama sukarela. Nak jadikan hadiah saya untuk perkahwinan tu. Dulu pun saya pernah buat untuk perkahwinan kawan saya, sebagai hadiah jugak Nak improve skill lah katakan."

"Ok lah kalau begitu."

Today (7 May 2010)

Tret.. truutttt... treeeekkk...... (Bunyi Henfon aku)

"Hello asslamulaikum tuan jali ke ni?" tiba kedengaran satu suara.

"Waalaikum salam. Ya, saya bercakap.Siapa yang bercakap ni?"

"Tak nal ke?" Dengan suara ala-ala macho memang membuatkan aku keliru siapa kah ini.

"Tak kenal lah.. siapa ni ek?"

"Ini Zainul bercakap.." Masih dengan tone yang sama.

"Zainul... Jenol! hampeh ko.. apsal?"

"Ada job ni. nak mintak tolong ko..."

"Apa dia?"

"kakak aku nak wat video.. Itu yang nak mintak tolong ko. Hari ini aku bagi bahan. Esok kakak aku nak. Video tentang history KL.. Dia bayar ah nanti. Macam mana?"

"ok. bagi bahan kat aku petang ni. Aku free pun hari ini sampailah petang esok. InsyaAllah, aku akan usahakan."

Aku senyum. Terima kasih ya Allah. Semakin Engkau membantuku selepas aku mengatasi ujian Mu. Dan aku sedang menanti ujian Mu lagi ni... Kerana...

"Tidak Beriman seseorang itu sehinggalah dia DIUJI"

~The End...

0 orang jawab:

Maghi-Maghi Perama!

Saing Kite Belake