Copyright © Travelog Mujahid Rindu...
Design by Dzignine
Thursday, June 24, 2010

Debu jadik Permata....

Perjalanan yang tak di sangka…

Perjalanan hidup yang mengenal erti siapa lawan dan siapa kawan. Best giler…. Perjalanan ini pula membawa erti pegorbanan. Nikmat dowh… Dan sesungguhnya perjalanan yang membawa kepada penghargaan setiap nikmat dan rezeki yang Allah kurniakan tanpa ada rasa jemu… Alhamdulillah dowh


Sebelum aku melempiaskan segala kata-kata di perkarangan ini, aku ingin mengucapkan selamat Hari Lahir kepada kawan saya yang mencapai usia 24 tahun insyaAllah. Semoga panjang umur dan di murahkan rezeki. Dan juga berbahagia di samping orang yang tersayang dan di makbulkan segala doa-doa. Dan juga semoga awak (spesel sikit sebab tu guna awak, hahahahahahaha) berjaya meng’accomplish’kan segala misi-misi rahmatan lila’lamin. InsyaAllah… T_T
 
…cerita kedai kopi…
…tiada saksi….
…tiada wali….
….cerita kedai kopi….




Sekarang ini, aku sedang ber’online’ di sebuah rumah penginapan ustaz-ustaz penggerak Jakim kawasan Cameron (bukan Cameroon yang sudah pun keluar daripada persaingan Piala Dunia) Highlands (bukan cerita highlander yang lawan-lawan tu).

Mengapa aku di situ? Kenapa aku? Kenapa di rumah itu? Siapa aku? Pastinya akan aku rungkaikan apabila aku pulang nanti. Aku Cuma ingin memperceritakan tentang bestnya perjalanan hidup ini.

Aku yakin dan percaya, pasti ada di kalangan pembaca yang menganggap perjalanan hidup yang baik serta menarik adalah perjalanan hidup orang tak ada masalah. Anda silap! Aku nak ulang lagi, anda silap! Kenapa ulang? Suka hati aku lah!


Yang paling best adalah apabila kita ditimpa pelbagai ujian serta cabaran hidup. Fuyyooo… wa cakap lu… kalau kita tiada apa-apa masalah, hidup kita akan tertekan dan lebih tertekan daripada keadaan kita yang sedang tertekan ni. Betul ni.

Kita di uji adalah kerana ianya merupakan satu subjek penting dan rasmi semenjak kita dilahirkan lagi. Cuba Tanya mak bapak anda, pernahkan korang masa jadi baby dulu ada terjatuh daripada buaian, kena gigit nyamuk, kena patuk di ular, atau tv terhempak di atas badan anda? Pasti ada punya. Tak dapat makan kejap menangis, tak dapat tido, menangis, pampers dah di penuhi tahi-tahi, mula rasa tak selesa, menangis. Tapi apabila mak bapak anda bercerita kepada anda keadaan anda ketika kecil mesti anda ketawa dan terseyum sendirian. Dalam hati; Aku kah itu. Malunya… Yang pasti nya anda tidak akan menyesal malah menganggap kenangan paling berharga pulak.

Itulah makna kehidupan kawan-kawan. Sejak kecil lagi kita di uji, tapi kita tetap hidup kini. Kenapa perlu bersedih apabila di uji? Fitrah sedih memang ya, tapi kamu semua bukan nya budak kecil yang kuat menangis lagi. Malulah pada diri anda sendiri ketika kecil, bagaimana dulu anda seorang yang hebat, setiap kali jatuh bangun sendiri, dan tak pernah rasa nak bunuh diri kan? Asyik berseronok jer tau. Lepas kena marah diam seketika, tapi lepas tu berseronok lagi kan? Ha, kenapa tak jadik macam diri anda masa kecil tu? Ha, terdiam kamu!

Usahlah menangis dan meratapi atas kemiskinan, penindasan dan sebaginya kerana saudara kita di palestin hari-hari berperang antara batu dan peluru. Antara orang yang tidak berkubu dan tentera di balik kulit tebal kereta kebal. Bayangkan mereka! Mereka tetap kuat, kita? Kamu? Anda? Saya? Aku? Anta? Anti? Antum? Antunna? Kita fikirlah sendirik!

Lagi sekali mari kita ramai-ramai nyanyi HAPPY BIRTHDAY TO YOU! HAPPY BIRTHDAY TO YOU! HAPPY BIRTHDAY TO YOU… HAPPY BIRTHDAY TO YOU…


Tukar gaya sikit… ALLAH SELAMATKAN KAMU… ALLAH SELAMATKAN KAMU.. ALLAH SELAMATKAN SELAMATKAN KAMU.. ALLAH SELAMATKAN KAMU.. JANGAN RISAU!
p/s: Ucapan ini memang khusus kat seseorang yang mencapai umur 24 tahun tak lama lagi, dan bagi yang sedang menymbutnya pada hari ini, anggaplah ini jua untuk kamu! Daaa…. 

kredit gambar;
1) http://desagiritengah.files.wordpress.com/2009/01/gt-masyarakat.jpg
2) http://yiskandar.files.wordpress.com/2008/07/img_0229_kedai-kopi.jpg
3) http://rlv.zcache.com/orchid_birthday_greeting_card-p137600806734136702qqld_400.jpg

0 orang jawab:

Maghi-Maghi Perama!

Saing Kite Belake