Copyright © Travelog Mujahid Rindu...
Design by Dzignine
Sunday, June 20, 2010

Minta pada keadilan tapi....

Kepada seorang teman...


Tulisan ini datang bukannya untuk memuji mahupun mencaci.. kerana pada zaman yang penuh dengan teknologi ini, internet di jadikan medan rasmi untuk meluahkan perasaan, berbalah, mewujudkan kesalah fahaman. Sejak aku konsentrat dengan kerja aku ni (mereka website) aku menjadi sahabat baik kepada internet. Dan dengan internet juga kita akan dapat membaca luahan sahabat-sahabat kita di ruang maya...

Kawan...
Seperti mana yang aku (sepatutnya saya agar lebih manis namun bahasa rasmi di sini adalah aku, maaf) dihargai dan di kenali sebagai kawan, rasanya aku pun mahukan layanan yang adil sebagai seorang kawan. Aku tak minta lebih-lebih pun. kerana aku tahu aku ni sape lah...

Tapikan kawan...
Aku tak mahu nak membesar-besarkan perkara dan menghebohkan di sini. Aku sangat gembira pada sebulan di tahun baru 2010 ini. Aku bukan sahaja di layan sebagai kawan, pendengar setia malah menjadi istimewa.. namun ianya tak kekal kawan. Aku mohon maaf kalau aku yang silap (lepas muhasabah nyata aku yang silap).

Aku tak mampu kawan....
Aku tau kamu masih lagi marah dengan ku. Mungkin kamu tak tahu kenapa aku berkata sebegitu. Kerana cuma dengan itu, aku rasa terhubung kembali dengan kamu. Kamu mendakwa kamu pendengar yang setia, ye, dulu memang ya, tapi sejak kamu kembali daripada kajian di perantauan kamu semakin menghilang sehinggakan memaksa aku menjadi insan yang terhegeh-hegeh mencari kamu. Mungkin kamu tak sedar kerana kesibukan kamu agaknya.

Sape kata kawan..
Kamu tak pernah bersalah dalam hal ni, cuma aku yang tidak sabar. Mungkin betullah aku yang tak sesuai dengan kamu. Aku tak tahu apa yang kamu sibukkan, aku tak tahu kenapa kamu begitu tidak suka aku menolongmu... sedangkan kamu mendakwa mahukan layanan yang adil daripada kawan mu....Aku cuba berlaku adil, namun sikap pasifmu membuatkan aku tersinggung.....

Apa guna jadik kawan....
Andai kamu cuma suka meluah di internet daripada aku.. Aku bertanya khabar seolah bertanya khabar dengan orang yang hilang... masih dalam pencarian.... 

Tapi jujur kawan... (atau sepatutnya "sumpah kawan")
Aku tak pernah menganggap kamu musuhku yang baru. Aku tak berniat pun untuk memutuskan talian yang dulunya istimewa ini. Aku gembira bertemu dengan kamu, malah keluarga kamu... Aku bersyukur di kurniakan seorang teman rakan dan taulan  seperti kamu. Jujurnya,, kamu layanlah kawan-kawan mu dengan adil dan pastinya kawan kamu akan berlaku adil kepada kamu... 

Aku tidak sempurna kawan....
Jadik, maafkanlah aku atas kesilapan aku tempoh hari. Kamu berhak marahkan aku. Aku akan mengumpul segala kekuatan aku untuk memohon maaf darimu... Aku ingin menjadi kawan yang istimewa bagi mu lagi andai aku masih ada dan di beri peluang...

Aku tunggu dan menunggu kawan......

0 orang jawab:

Maghi-Maghi Perama!

Saing Kite Belake