Lead the Way....
Lelaki ini yang selalu menyintai mu....
Selalu...Tanpa Ragu.....
Hanya dirimu....
Kerana cinta ku..... (haaaaaaaaaaaaa - Koir bekap)
Aku mengucapkan syukur pada Mu ya Allah kerana menyedarkan siapa aku yang sebenarnya. Di mana kah taraf aku, dan apakah ukuran aku untuk nya... Mungkin jawapan Allah, "Kamu tidak sesuai dengannya," dengan memperlihatkan aku kejadian-kejadian yang aku sendiri tidak merancang malah mengkehendaki.
Maksud yang jelas adalah aku yang tidak sesuai, bukan dia. Aku memang masih di bawah taraf orang-orang yang hebat. Aku tidak hebat. Malah aku merasa masih hina dan penuh dengan daki-daki noda serta dosa. Apabila ini berlaku, aku bersetuju bahawa aku memang tidak sesuai untuk seorang yang baik serta hebat.
"Engkau ni bila nak kahwin?"
Cuma Allah yang tahu. Dengan siapa? Allah jua yang Maha Tahu. Bila? Allah jua yang Maha Tahu. Entah-entah aku tak sempat menunggu saat itu. Hati aku cuma satu, tidak ada siapa pun melekat di hati ini melainkan 'seseorang' itu. Mungkin aku menunggu dia? Hmmmm.. susah nak di kata. Tapi aku redho kerana aku masih di dalam kategori tidak baik dan sama taraf dengan nya.
Aku bukan membuka bicara untuk membebankan hati seseorang. Tapi aku cuma insan biasa yang kadang-kadang nak juga berkahwin. Tapi aku sudah menanam satu semangat bahawa aku nak berjodoh dengan dia, kalau tak dapat kat dunia pun, kat akhirat nanti pun jadik lah. Dan sesungguhnya aku memohon doa untuk memperisterikannya di syurga, apakah mungkin? Ya Allah kabulkanlah... Dengan jalan mati syahid boleh terus ke Syurga dan mintak apa yang kita nak kan? malah ada bidadari di sediakan untuk kita... dan aku harap 'dia' lah yang akan jadi bidadari itu.
Katakan diri mu...Yang bertakhta dalam hati ku...Oooooooooo.........
Aku tak semampu kawan-kawan aku yang mudah berkahwin di kala muda. Memang aku bukan anak sulung. Aku juga bukan dari golongan berada dan mampu. Aku tak nak timbul rasa terbeban di dalam hati aku untuk menjaga orang tua aku. Mereka menaruh harapan yang tinggi kepada aku, sebab akulah anak pertama yang menjejak kaki di alam universiti. Ini lah cerita yang harus kawan-kawan faham dan tahu....
Apabila madam bercerita tentang anaknya yang menjalinkan hubungan dengan seorang tanpa berhubung langsung (jarang-jarang sekali bertanya khabar), ia memberitahu hati aku agar sabar. Kalau anaknya boleh, dan aku harap ianya juga terjadi kepada aku.. tapi aku ternyata tidak sesuai.
Inilah cerita aku. Aku ingin mengembara seorang diri jika perlu.
"Dengan ikatan ni misi kita akan jadi kuat. Itu yang saya faham...."
Kata-kata itu sudah pun hilang di telan masa yang begitu cepat. Aku bingung bertanya diri sendiri, kenapa? mengapa? Aku sedar aku bukan yang terbaik. Jikalau aku berbaris dengan lelaki-lelaki hebat di luar sana, adakah aku jua di pilihnya? Tentulah tidak. Kerana mereka selalu berjuang bersamanya, namun aku? Cuma berlari di trek yang berbeza, adakah mungkin aku boleh mencuri mata serta hati nya?
Hahahahahahaha, aku ketawa sendirian. Inilah nasib aku. Aku harus tabah, dan percaya pada Yang Esa. Dia lah yang Maha Bijak mengatur alam ini, dan seluruh isinya. Malah dengan Maha Kuasanya Dia mengatur sel-sel di dalam badan manusia. Subhanallah.
Nasihatku kepada teman-teman, mana-mana yang berhubungan serta mampu, laksanakanlah ibadat mulia ini. Jangan tunggu lama-lama sehingga kamu tewas dengan hasutan syaitan. Sayangilah zuriat nabi Muhammad. Mungkin kita tidak berkahwin lagi, namun ingatlah setiap perlakuan ada side effectnya (side effect yang menjangkaui masa-yang kita tidak mampu lihat serta sentuh), iaitu anak-anak kita yang akan datang....
Berkahwinlah demi agamamu, demi Allah yang menciptakan kita daripada setitis air yang hina. Maha Suci Engkau ya Allah. Adililah perjalananku dengan barakahMu, aku tidak sekuat nabi Mu, namun titiplah kekuatan agar aku bisa menghadapi segala ujian mu.
Sesungguhnya aku mendoakan dia agar terus berjaya dan bahagia, ini bukannya frust kerana terpisah, malah aku tidak menganggap perpisahan itu wujud kerana hati ku tetap bersama dan setia dengan dia, malah cuma ku harap giliran dan jodohku bersama dia ada di Syurga. Aku dah book tau!
Yang bertakhta dalam sanubariku....
oooooo.....
2 orang jawab:
at: June 8, 2010 at 8:07 PM said...
season orang kawen posting pong best
at: June 10, 2010 at 3:33 PM said...
to anony:
Mesti ah. Posting kena lah ikut season kan? baru ngancam... hahahahahaha
Post a Comment