Copyright © Travelog Mujahid Rindu...
Design by Dzignine
Thursday, July 1, 2010

Sarawak Punyer Cerita.... (Ep 1)

 Bukan mudah mengungkap cinta...
Kerana lidah tidak bertulang...
Bukan mudah mengungkap rasa...
Kerana lidah bahan petualang...

Alhamdulillah, dengungan di telinga aku akhirnya sembuh pada pagi ini, tatkala cerita ini aku taip. Otak-otak aku di perah untuk mengingati saat-saat manis aku di lcct hinggalah ke mari iaitu di IIC (bukan Internatioanl Islamic College) tapi Islamic Information Centre, Sarawak.
"Abang jali datang tak ke OR" beginilah bunyinya teks sms yang aku terima. Kekhusyukan aku menonton Jepun melawan Paraguay sedikit terganggu.

Aku bangun dan bingkas menuju ke OR. Pada waktu ni aku masih di Ali Cafe. Jauh. Mujur ada Shahrul dan motor beliau. Boleh lah aku di hantar dengan selamatnya ke sana.

Sesampai aku di sana, mereka masih sedang menyempurnakan solat hajat untuk kesejahteraan program.

"Mereka dah tahiyyat akhir tu bang.." balas Jasmin.

"Takpe-takpe, nanti abang datang balik ye. Nak masuk ofis dulu lah. Nanti kalau dah nak angkat barang bagitahu ye."

Aku melangkah ke ofis dan menyambung tontonan aku. Jepun harus mendapat sokongan aku kerana itulah sahaja pasukan Asia yang tinggal.

Tenet.. tenet...

"Abang Jali, datanglah. Kitorang sedang mengangkat barang ni ha. Hee.."

Aku pun; Hee...

Aku pun pergi ke atas namun mereka sudah pun membawa barang-barang ke bas. Cuma yang tinggal adalah untuk memulangkan troli S-Dev.

Selepas kuintai dengan teliti, bas pun sudah tersedia. Debaran aku pun semakin rancak. 'LCCT, nanti aku datang'

LCCT sudah di hadapan mata. Kitorang dengan kotak-kotak serta bagasi-bagasi yang ada di heret dengan menggunakan troli beroda ke kawasan makan. Di situ lah Cecep bermain bongkah kayu tersusun untuk menghabiskan masa menunggu pelepasan kitorang yakni pada pukul 7 pagi.
Aku dan peminat bola pula pergi menonton Sepanyol dan Portugal di kawasan lepak penumpang.

Selepas subuh.

Aku di laluan masuk ke lapangan dah. Pertama kali beg biru besar aku naik kargo. Terbang juga beg aku ni ya...

Berjalan ke ruang masuk 104 agak jauh. Kelibat beberapa kapal AirAsia sedang menunggu untuk berlepas. Hati aku 'excited' dan jiwa aku bergelora serta berdebar-debar. Pertama kali kut...

"104. Ha ni lah dia," aku menjerit.

Selepas kad pelepasan aku di check oleh pramugari cina yang cantik dengan pantas aku menuju ke tangga naik ke Kapal Terbang. 10 c adalah tempat duduk aku. sayang bukan tepi sekali.. tapi takper janji aku dah naik kapal terbang.

"bila nak bergerak ni yer..." Hati aku mula menyoal banyak soalan hati.


"Aunty kenapa pakai kapas tu?" tanyaku pada makcik-makcik cina indinesia kalimantan. Aku hairan kenapa harus pakai kapas.

"Kena pakai. Nanti sakit telinga. Bunyinya kuat nanti," balasnya.

"Boleh saya mintak sikit. Maaf ya, pertama kali. First time," sambil menunjukkan senyuman comel aku, maka makcik itu pun memberi kan kepadaku sedikit kapas.

"Dah dah bergerak ke?" sekali lagi aku bertanya Alyaa yang duduk di barisan sebelah aku.

"Ha'a." balasnya pendek.

Aduh. Cuak juga ni. Sedikit demi sedikit aku nampak tanah semakin menjauh. Jauh dan jauh. Kadang-kadang rasa terangkat tubuhku. Ye, aku kini di atas. Tinggi dan semakin tinggi. Rumah-rumah serta pergunungan menjadi kecil. Sekarang pula; "Awan... awankah itu?" "Subhanallah" hati-hati aku berbicara sesaa sendiri.

"Sebentar sahaja lagi minuman dann makanan akan di edarkan. Harga barangan boleh di lihat di katalog yang di sediakan." begitulah pengumuman yang telah di buat.

Kelibat kedua-dua pramugari cina sedang menolak troli di ruangan tengah. Aku membelek katalog di tangan ku. apa yang murah dan menarik? Semuanya mahal je. Alyaa pula dah tidur, begitu juga makcik- makcik di sebelah aku ni. Pun sudah tidur. Apa yang aku nak buat ni. Bosan tahap cipan menggigil kesejukan dah ni.

"Dah sampai amoi ni." cetus hati ku tatkala pramugari sudah pun berdiri di sebelah ku.

"Miss, one hot chocolat please," tempah penumpang di hadapan ku. apa lagi, aku pun bertindak.

"Miss, me too. Hot chocolate" tersenyum-senyum aku.

Kejap. Di mana pula meja untuk aku letak cawan ni. Takkan di pegang kut sampai Kuching. Tiba-tiba amoi tadi membuka sesuatu di hadapan ku. nah, tersergam sebuah meja yang terletak di belakang kerusi hadapan aku ni. 

"Oh disini rupanya meja."

"thanks ya," dengan senyuman sekali aku hadiahkan kepada amoi yang menolongku. Sambil tangan aku menghulurkan not RM10 dan di pulangkan not RM5 kepada ku.

Tiba-tiba telinga ku sakit. Berdengung dengan kuat. Sangat kuat. Terasa bagaikan gegendangaku ingin pecah. aku pekup telinga aku. tetap sakit. Aku terbayang kepala aku pecah, hidung aku tersembur keluar darah, telinga aku pula bernanah dan aku menggelupur kesakitan. Nyaris-nyaris aku memanggil pramugari.
Eh dah kat tanah? Dah sampai rupa-rupanya. Tapi telinga aku tetap jua berdengung.


"eh kejap, aku belum mandi lagi." Lamunan aku terhenti. Apabila aku tengok kawan-kawan sudah pun mandi, nanti aku pula yang lewat. Nanti-natilah aku sambung riwayat perjalanan ku ke negeri bumi kenyalang ni.

0 orang jawab:

Maghi-Maghi Perama!

Saing Kite Belake